Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
Saya ingin berkongsi 2 video ceramah yang menarik, penuh bersemangat yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk ketika beliau berkunjung ke Malaysia pada bulan Febuari 2012. MashaAllah, penuh inspirasi....Semoga bermanfaat:)
[I] Sebahagian daripada syarahan yang bertajuk: "The Fortunate Muslim Family: Divine Solution to the Fragmented Family" yang disampaikan pada 20 Febuari 2012 di Universiti Malaya, KL.
p/s: lepas tengok video ni, jangan lupa puji masakan isteri-isteri kesayangan anda ye!;)
[II] Sebahagian daripada syarahan yang bertajuk: "Being Steadfast on the Path" yang disampaikan pada 22 Febuari 2012 di Universiti Malaya, KL.
Sedikit isi penting daripada syarahan tersebut yang saya kongsikan di sini:
1) Maksud ayat 97 Surah An-Nahl[16]: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
[Whoever does righteous, whether male or female, while he is a believer-We will surely cause him to live a good life and We will surely give them their reward [in the Hereafter] according to the best of what they used to do]
2) Sekiranya kita ingin miliki kehidupan yang baik, bahagia, berpegang teguhlah pada jalan Allah.
[For us to achieve good life/pure life/happy life/, steadfast in the path.]
3) Kita selalu salah faham dan menyangka, bila kita tidak perolehi apa yang kita mahukan, itu bermaksud Allah tak gembira dengan kita. [If we don't have what we want, that means Allah don't happy with us.]
4) Kadangkala, disebabkan Allah sangat menyayangi kita, Dia tak beri kita sesuatu dan menimpakan kesusahan/bencana. [Sometimes, because He loves you so much, He doesn't give you something, He inflicted you with some form of calamity.]
5) Tiada sesiapa pun dapat menjanjikan bahawa dalam dunia ini, kita akan dapat apa sahaja yang kita mahukan. [Nobody ever promise that in this world, we will get whatever we wanted.]
6) Jika kita perolehi semua yang kita mahukan di dunia ini, untuk apa Allah janjikan syurga di kemudian hari? Kita masih mahu mencari syurga itu sehingga bila-bila pun, walaupun dalam keadaan kita tidak mempunyai apa yang kita mahukan. [ Because if that's the case (we get whatever we wanted), what's the point of having paradise a little bit later? When I have everything I wanted here. We still want to look forever and ever, even though, we don't have what we want].
7) Jika mahukan kepuasan, kesenangan, kebahagiaan, maka berpegang teguhlah pada jalan Allah. [If you want contentment, happiness, steadfast on the path.]
6) Apabila Allah sangat menyayangi kamu, Dia membenarkan kamu melalui banyak ujian. [Allah loves you much, He let you go through many more test.]
7) Sebagai contoh:
i) kehilangan (kematian) anak yang masih bayi [lost children in infancy]
ii) sakit kuat/tenat [terminally ill]
iii) melalui pergolakan hidup yang berat [going through heavy turbulence]
8) Semua ini adalah tanda bahawa Allah sayangkan kamu, Allah beri kamu peluang untuk hampir kepadaNya. Jadi rangkullah peluang itu, itulah syurga kamu, ia tidak akan datang lagi. [Its a sign of Allah's love, He gives you opportunity to get close to Him. Embrace it, that's your paradise, it'll not come again.]
9) Dalam menghadapi ujian Allah, jangan putus harapan, jangan goyah. Itulah syurga kamu, ia tidak datang secara murahan [do not loose hope, do not sway. that's your paradise, it doesn't come cheap]
10) Jika kita lihat kehidupan Rasulullah S.A.W, Baginda kehilangan anak lelaki Baginda, malah sejak dari dilahirkan, Baginda kehilangan ayah, seterusnya ibu, datuk dan pak cik. [Rasulullah S.A.W lost children, also one after another, start with his father, then mother, grandfather and uncle.]
11) Oleh itu, berpegang teguhlah pada jalan Allah.
Semoga Allah kurniakan kita dengan pegangan teguh di jalanNya, Amin. [So, steadfast on the path].
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment