Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Ke Klinik
Jumaat...harini saya ke klinik untuk suntikan HMG150IU(x2). Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama, hanya sekitar 15 minit saja. Kebetulan saya bawa kamera...nak tengok Futari Clinic?
Papan tanda Futari Clinic |
Bangunan 2 tingkat ini merupakan bangunan lama Futari Clinic yang sering saya kunjungi 2 tahun lalu |
Dah hari-hari pergi klinik, boleh jadi Model Futari Clinic ni..hihihi |
[II] Menonton Fattabiouni
Pasti semua orang mengenali program di TV Alhijrah ni, Fattabiouni. Bagus kan? Ia menceritakan tentang sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W yang bagi saya, belum ada program tv di negara saya (maksudnya Buatan Malaysia) yang mempunyai pengisian yang begini detail (tapi kalau ada, saya mohon maafla, saya yang terlepas pandang). Malah, ada banyak perlakuan Nabi S.A.W yang sebelum ini saya tak pernah tahu (maklumlah, membaca pun malas..hehehe). Alhamdulillah, ada hamba Allah yang diberi idea dan ilham untuk menerbitkan program yang sarat dengan mesej ini bagi tontonan umum yang mana melalui tv, begitu besar lingkungan penonton yang mendapat manfaat daripadanya..hebat..MashaAllah..
fattabiouni.com |
[III] Menonton Tanyalah Ustazah
Seingat saya, sebelum datang ke Jepun, saya tak pernah dengar program bernama Tanyalah Ustazah ni. Yang ada dulu hanya Tanyalah Ustaz. Tapi walau apa pun, saya suka dengan kehadiran program-program bercorak ketuhanan sebegini sebab orang awam boleh bertanya kepada orang alim apa yang terbuku di minda dan dada mereka berkisar topik yang dibawakan pada hari itu.
Ustazah yang bertugas hari ini tenang je menjawab segala permasalahan berkisar topik "Taat Suami vs Taat Allah" |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment