Jumaat...3 Febuari...bersamaan 10 Rabi'ul Awal 1433H
[I] Program Islami
Alhamdulillah...saya benar-benar ingin melahirkan kesyukuran saya ke hadrat Allah kerana telah memberi ilham-ilham yang baik kepada banyak orang-orang penting di stesyen TV mahupun radio yang begitu agresif mewar-warkan tentang tarikh penting, hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, yang sebelum-sebelum ini, tak pernah lagi makluman yang begitu meluas berserta promo program-program bertemakan Nabi S.A.W yang sungguh-sungguh ingin mengingatkan seluruh umat Islam di Malaysia khususnya terhadap peribadi mulia, Rasulullah S.A.W. Tak percaya? Cuba tengok contoh-contoh di bawah ni...
1) Program Assalamualaikum di TV Alhijrah
|
Pengacara, Amin sedang menemubual Habib Ali Zaenal Abidin bertemakan topik "Cinta Rasul" |
|
Personaliti yang ditemubual, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid |
|
MashaAllah...sungguh berseri dan tenang wajah beliau... |
|
Kitab-kitab yang dibahaskan atau dibincangkan semasa sesi taklim bersama beliau |
|
Makluman mengenai majlis taklim yang bakal diadakan |
|
Turut diselitkan semasa program Assalamualaikum adalah Qasidah yang bertajuk "Muhammadiah" |
|
Pihak Yayasan Restu turut dijemput ke set program Assalamualaikum untuk mewar-warkan tentang Wakaf
Jom ramai-ramai pakat wakaf!! |
|
Program bertemakan Islam yang membicarakan pelbagai isu keagamaan yang berlangsung setiap hari, sekitar pukul 5:40 petang waktu Jepun, selama 5-10 minit, berselang dengan fattabiouni. |
2) Promo Program
|
Promo berkenaan majlis taklim di Darul Murtaza |
|
Promo Drama sempena Maulidur Rasul bertajuk "Runtuhnya Sebuah Dosa" di TV3 |
|
Promo Rancangan Madrasah AlHijrah |
|
Promo Program Cinta Masjid di Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, KL |
|
Promo Assalamualaikum Istimewa Maulidur Rasul |
|
Sempena Maulidur Rasul ini, ramai penceramah diberi peluang mengacarakan Reflections yang mana kebiasaannya, rancangan ini dihostkan oleh Imam Suhayb Webb |
[II] Kambing....mbeeekkkkk
Hari ini, akhirnya... setelah dapat melepaskan 'gian'..hehehe..
Alhamdulillah...Sebenarnya lama dah teringin nak makan kari kambing. Dari 1 minggu ke 1 minggu, saya mohon suami belikan kari kambing di kedai Khadijah san yang sememangnya menjadi tempat
favorite orang lelaki muslim di sini yang mana selesai saja solat Jumaat akan singgah makan di kedai tersebut. Jadi, pada hari ini, saya nekad untuk ke kedai tersebut membeli kari kambing dan barang-barang halal lain yang saya rasakan perlu.
Setibanya saya sekitar 12:50 tengahari, Khadijah san sedang menyusun makanan di atas meja supaya senang para pelanggannya mengambil makanan secara buffet. Dalam pada itu, saya melihat-lihat barang-barang lain (beliau turut menjual pelbagai bahan mentah beku seperti ayam, lembu, kambing serta rempah ratus, makanan segera, makanan dalam tin, minuman dan banyak lagi yang InshaAllah halal) dan akhirnya saya turut membeli beras Thai 5kg (Y1500), air mangga, kurma dan coklat. Set nasi beserta ayam, kambing dan salad berharga Y700. Nak tengok?
|
Taraaaa..masih dok dalam bekas :D |
|
Tak sabaq nak lepas giannnnnn..ngeee |
[III] Menonton Prof Muhaya
Alhamdulillah...saya berkesempatan menonton rancangan Reflections yang dihostkan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad. Seringkali saya mendengarkan beliau di radio IKIM dalam slot Islam Itu Indah. Namun kali ini berbeza sekali kerana saya dapat melihat beliau di kaca tv...rupa paras beliau, cara beliau berkata-kata, senyum dan banyak kali...semuanya menarik perhatian saya kerana selama ini saya hanya mendengar mutiara-mutiara kata yang lahir daripada pertuturan beliau di corong speaker...MashaAllah..
Nak lihat beliau???
|
Beliau seorang yang murah dengan senyuman :) |
|
Membincangkan tentang Akhlak Rasulullah S.A.W Pembimbing Umat |
|
3 Akhlak Baginda yang beliau kupas adalah Seni Bercakap, Senyum dan Toleransi |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
Salam MaulidurRasul Mak ha !! <3 ##
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul Adik!!:) Banyak-banyak selawat kat Nabi yaaaa;)
Delete