Sunday, 26 February 2012

Bersukan vs Tak Bersukan

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Harini saya dan suami menjalani 2 rutin yang berbeza. Seorang bersukan sakan, seorang lagi langsung tak bersukan, layan blog...ngeeee

[I] Bahagia Tengok Suami Bersukan

Alhamdulillah...Ditakdirkan harini tak hujan. Jadi kawan-kawan Timur Tengah ajak suami main bola di Undou Kouen. Suami pergi dalam pukul 2 petang. Lepas 1 jam setengah, suami pulang ke rumah dengan bau yang harum..hehehe..Tak lama lepas tuh, dapat pula mesej daripada adik-adik Malaysia ajak main futsal. Kebetulan mereka kekurangan pemain. Daripada pukul 4 petang, tunda ke pukul 6 petang. Emm..suami ikutkan...Macam biasa, main 2 jam. Sekitar 8:30 malam barulah suami tersayangku pulang. Kalini memang berkali-kali ganda keharumannya..huhuhu Tapi saya bahagia tengok suami bersukan. Sebab, khususnya pada musim sejuk begini, adalah amat sukar untuk mencipta keinginan bersukan, apatah lagi nak bersukan tu sendiri. Dahla suami masa kat Malaysia boleh dikatakan sports man gaklah.. chewaaahhh.. Takdelah, sukan kan bagus untuk kesihatan..ermmm..Teruskan bersukan ye suamiku;)


[II] Bahagia Bila Dilarang Bersukan

Hehehe...siapalah yang bahagia tu? Emm...Sayalah kan...Siapa lagi...Kalau suami dah bersukan, mestilah saya yang tak bersukan tuh. Tapi saya bukan suka-suka tak nak bersukan. Sensei yang tak izinkan...(sensei yang memahami..hihih) Masa sensei periksa keadaan saya Khamis lalu, katanya ovari saya bengkak, tapi sememangnya ia normal bagi mereka yang buat prosedur macam saya. Namun, bagi memastikan kesembuhannya, sensei kata, "normal life, ok..でも、うんどうは してない"...heheheh..  Alhamdulillah, dapatlah saya merehatkan diri yang suka je nak buat macam-macam kerja bila dok rumah nih..:)

Dok baca tafsir, terjumpa ayat yang mak selalu suruh baca ni. Tapi sokmo terlupa nak cari maksudnya. Nak tau ayat apa? Okay, Surah At-Taubah, ayat 51,

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya,

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

MashaAllah, patutlah mak beriya-iya suruh anaknya jauh di perantauan ni baca ayat ni selalu...


[III] Menonton Program Kegemaran

Sambil merehatkan tubuh badan, saya menonton program-program kegemaran di tv tempatan (baca sebagai Malaysia :D).

1) Law Kana  Bainanaa


Pernah tak dengar tentang jurugambar Mat Salleh masuk Islam sebab kagum dengan Pencipta Alam ini?
Ya, betul, nama beliau dulu adalah Pete Sanders. Tetapi setelah masuk Islam, nama beliau Abdul Adham. Subhanallah!

Inilah Pete Sanders/Abdul Adham
Apabila ditanya kepada beliau, apakah yang beliau ingin katakan tentang Nabi S.A.W, jawab beliau,
"Seorang yang penuh dengan kasih sayang dan tidak suka menghukum orang" MashaAllah!

Beliau turut menyeru kepada seluruh umat Islam, berhentilah mengatakan Islam itu bagus dan sebagainya. Tetapi, buatlah  sesuatu yang akan menonjolkan bagusnya Islam itu. Apa yang saya faham daripada itu adalah, janganlah hanya bercakap yang Islam ni bagus, Islam ni cara hidup, tapi lakukan atau praktiskan "bagusnya" Islam itu dalam kehidupan contohnya melalui akhlak mulia sesama Islam dan bukan Islam dan jika bekerja, jadilah pekerja yang jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti tinggi dan sebagainya. Wallahu'alam.

Memandangkan program ini banyak segmen, setelah segmen mengenai Abdul Adham, segmen seterusnya menceritakan bahawa Nabi S.A.W menyayangi barang-barang kepunyaannya. Salah satu yang ingin saya kongsikan adalah nama keldai Nabi S.A.W.

Nama keldai Nabi S.A.W: Ya'fur

Seterusnya adalah kisah perkuburan Baqi' di Madinah. Beruntunglah mereka-mereka yang disemadikan di sana. Pernah masa saya menunaikan umrah tahun 2009, mutawif yang mengiringi jemaah kami berkata, InshaAllah balasan yang baik bagi mereka yang disemadikan di perkuburan Baqi'. Berdoalah supaya kita disemadikan di sana. Malah, jika kita meninggal dunia di tanahair sendiri sekalipun, sekiranya Allah makbulkan permintaan kita untuk disemadikan di sana, maka di sanalah kita bersemadi. Aik? Macam pelik je bunyinya kan? Tidak ada yang pelik di sisi Allah. Kalau Allah kata "Jadi", maka "Jadilah". Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Allahu Akbar!

Sebab tu saya kata mereka yang disemadikan di sana beruntung sebab dapat berjiran dengan keluarga Nabi.


Nampak tak lekuk yang macam separa bulatan tuh? Ada 3 kubur.
Salah satunya adalah kubur anak Nabi S.A.W, Fatimah Az-Zahra

Sabda Nabi S.A.W:

Sabda Nabi S.A.W: "Inilah Uhud, gunung yang mencintai kita dan kami mencintainya"

Segmen seterusnya tentang buku sirah Nabi S.A.W.

Dalam buku ini menceritakan perkara-perkara yang mana Allah telah menegur Nabi S.A.W sepertimana yang terdapat dalam Surah At-Taubah dan Surah At-tahrim

Segmen seterusnya adalah tetamu jemputan.

Beliau mengkaji sirah Nabi S.A.W. Bila ditanya apakah yang menarik perhatiannya semasa mengkaji tentang Nabi S.A.W, katanya Nabi mempamerkan "Kemuliaan Manusia". Kenapa beliau berkata begitu? Semasa Nabi ingin mencarikan ibu susuan untuk anak Baginda, Nabi telah memilih seorang keluarga tukang besi. Kenapa Baginda memilih tukang besi? Setelah pengkaji membaca kitab-kitab bagi mendalami kajiannya, beliau mendapati ketika itu, tukang besi merupakan pekerjaan yang paling hina di kalangan penduduk Arab. Bagi menaikkan martabat tukang besi, Baginda telah memberikan anak Baginda untuk disusukan mereka. Betapa hebatnya peribadi Nabi S.A.W!

Inilah buku hasil tulisan tetamu jemputan tersebut




Seterusnya bila dah keluar skrin di bawah nih, tamatlah 30 minit program ini.


Bro Ahmad, pengacara program.
2) Dalam Mihrab Cinta

Filem ni saya dah pernah tengok di awal kemunculannya dulu, tahun 2010 (kot). Masa tu tengok di Youtube. Tapi kebetulan malam tadi keluar di TV Alhijrah, jadi saya tengok lagi. Bagus sangat mesej yang dibawa cerita ini. Saya sertakan link videonya di Youtube. Credit pada yang menguploadnya;)

Diterajui oleh Dude Herlino, Asmirandah dan Meyda Sefira




Melihat cerita ni, saya teringat kepada maksud ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 216,

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya".

Indahkan maksud ayat tu. Ada yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Emm..bila saya renung-renungkan, saya terfikir, mungkin saya sangat inginkan zuriat pada masa sekarang, tapi Allah masih belum berikan atas alasan-alasan Allah yang tersendiri, yang pastinya adalah yang terbaik buat saya dan suami. Mungkin sekarang bukan masa yang terbaik sebab suami perlu fokus dengan penyelidikannya. Dan mungkin juga kalau saya bersalin di Jepun, saya akan mempunyai kesukaran-kesukaran yang tak mampu saya pikul sendiri di sini. Wallahu'alam. Walaubagaimanapun, saya bersyukur atas segala yang Allah takdirkan buat  saya selama ini...


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment