Thursday, 23 February 2012

Pertemuan Dengan Sensei [6]

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Khamis, 23 Feb, pukul 9:30 pagi kami telah berada di klinik untuk bertemu semula dengan sensei setelah prosedur egg retrieval dijalankan Isnin lalu. Emmm...berdebar juga nak jumpa ni sebab InshaAllah sensei akan bagitau keputusan percantuman/persenyawaan benih saya dan suami. Walaupun selepas melakukan prosedur tersebut sensei memaklumkan yang jumlah benih saya dan suami mencukupi serta saya dibenarkan pulang, namun masih banyak perkara yang tidak pasti..^ ^

[I] Bertemu Sensei

Hari ini, sebelum berjumpa  sensei di tingkat 2, saya perlu berada di machi ai@ tempat menunggu di tingkat 1 untuk diambil darah. Tak sampai 5 minit menunggu, saya dipanggil oelh jururawat untuk ke bilik khas. Masuk je bilik, jururawat meminta BBT untuk menyemak apakah jenis suntikan yang perlu diberikan kepada saya (walaupun dalam sistem komputer mereka sudah ada maklumat tu semua dan ubat pun dah siap dalam tray). Jururawat itu bersungguh-sungguh menunjukkan ubat yang ingin disuntik ke dalam tubuh saya dan sekali lagi, saya menghulurkan tangan kanan yang sudah kehijauan..huhuhu...Ya Allah, semoga hambaMu ini terus tabah menghadapi apa jua ujianMu, Aminnn..

Selesai proses ambil darah di tingkat 1, saya diarahkan ke tingkat 2 untuk bertemu sensei. Alhamdulillah, lebih kurang 30 minit menunggu, nama saya dipanggil untuk bertemu sensei. Oh, harini Terad* Sensei...emmmhh..nampaknye bersilatla kejap lagi..hehehe..sensei menunjukkan keputusan hasil ujian darah dan persenyawaan benih saya dan suami. Keputusan ujian darah hari ini adalah seperti berikut:


Keputusan keseluruhan = Normal :)


Manakala keputusan hasil persenyawaan benih saya dan suami adalah seperti berikut..jeng jeng jeng..

21 = Jumlah folikel yang dibawa keluar
12 = Jumlah telur/ovum yang matang
10 = Jumlah yang bersenyawa
10 = Jumlah yang selnya membahagi
9 = Embryo yang sihat

Kemudian sensei menunjukkan ilustrasi sel embryo-embryo kami yang telah terbentuk mengikut keadaan yang dikehendaki.

Jika dilihat pada ilustrasi di atas, ada 11 embryo.
Tetapi hanya 9 embryo yang sihat/いい iaitu dilihat dari column sebelah kiri, ada 6 embryo yang sihat dan
di column sebelah kanan, dikira dari atas, 1-3 adalah embryo-embryo yang sihat manakala
 2 yang terbawah merupakan yang kurang sihat/わるい



Alhamdulillah, sensei berpuashati dengan keputusan makmal tersebut dan mengatakan bahawa embryo ini akan dipantau lagi sehingga ia menjadi tahap blastocyst yang mana selnya akan lebih membahagi berbanding sel yang ada sekarang (yang baru membahagi sehingga menjadi 6, 7 dan 8 sel) iaitu hari ke-3 selepas egg retrieval dilakukan. Menurut sensei, embryo-embryo yang berikut adalah antara yang terbaik:


Embryo no. 5 melalui kaedah ICSI, mempunyai 8 sel gred B dan
embryo no. 6 melalui kaedah ICSI, mempunyai 8 sel gred A

Dan ini juga:


Embryo no. 1 melalui kaedah konvensional IVF dengan 8 sel gred B dan
embryo no. 7 melalui kaedah ICSI dengan 8 sel gred A

InshaAllah pada hari ke-5 selepas egg retrieval, ia akan menjadi blastocyst dan seterusnya semuanya akan dibekukan/freeze. Dan sensei meminta kami hadir pada Isnin minggu hadapan untuk mengetahui keputusan terkini embryo tahap blastocyst. Ya Allah, semoga semua urusan pemantauan embryo sehingga tahap blastocyst dan pembekuannya akan dipermudahkan, Aminnn...


[II] Jalan-jalan Cari Makanan

Hehehe...Alhamdulillah..mungkin kerana agak gembira dengan keputusan yang diperolehi, saya dan suami menuju ke salah sebuah pasaraya yang jaraknya tidaklah berapa jauh daripada klinik..dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta. Memang dari semalam dah bagitau suami yang saya ingin ke situ untuk membeli beberapa barang dapur yang sudah kehabisan..khususnya susu kotak dan buah-buahan. Pernah seorang kawan bagitau yang pasaraya ini murah pada 1 hari tuh, Rabu ke Khamis..dia tak ingat. Jadi, kami pun sambil-sambil mencuba nasib, mana tau hari murah tu adalah Khamis..hehehe

Nak tau kami ke pasaraya mana? Nama pasaraya tersebut: AEON BIG. Pasaraya ni agak baru juga dibuka (saya baru discover 2 minggu lepas..hehehe). Sebelum ni di situ ada pasaraya juga, nama Megamart. Dulu suka juga datang situ sebab Megamart nih harga barang-barangnya amatlah berpatutan. Tetapi ia lebih kepada penjualan barang-barang rumah dan pakaian. Makanan dan minuman turut dijual, tetapi ianya kelihatan barangan sampingan melihatkan kepada peruntukan ruang yang lebih kecil berbanding barang-barang rumah...ala-ala home centre jugakla..Nak tengok pasaraya nih? Jom layan gambar....


Tulisan BIG je yang besar..hihihih


tu diaaa..AEON BIG, anak syarikat kepada AEON Co. Ltd. yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2011 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan perniagaan "Discount Store"nya.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di link ini: http://www.aeon.info/common/images/en/pressroom/imgsrc/110819R.pdf


Tempat jual nombor ekor pun adeerrr (sebelum pintu masuk lagiii)...biaselah Jepun..huhuhu


Cuba teka amende nih..hehehe
Yups..selalunya bila hari hujan, setiap pasaraya akan letak mende alah nih kat luar pintu nak masuk, tujuannya adalah sekiranya pengunjung pasaraya ingin membawa masuk payung mereka, jadi masukkanlah payung itu ke dalam lubang tuh dan secara automatik, payung akan bersalut plastik apabila ditarik keluar. Jadi, bolehlah bawa payung ke dalam pasaraya dengan hati tenang kerana tak perlu letak payung di luar (risau kene curi) dan tidak membasahkan dan mengotorkan lantai pasaraya...bijak..bijak..


Tak ketinggalan, sebaik sahaja memasuki pasaraya, di salah satu sudut tepinya diletakkan tempat pembuangan bahan-bahan kitar semula, seperti contoh dalam gambar di atas adalah PET Bottle



Jangan lupa asingkan petutupnye!


Turut disertakan panduannya sebelum membuang ke dalam lubang tersebut


Tuh dia contoh orang Jepun yang sedang membuang bahan-bahan kitar semula antaranya
tray makanan dan kotak minuman

MashaAllah..memang salute sungguh kat orang-orang Jepun nih..sungguh berdisiplin..orang awam memainkan peranan untuk buang bahan-bahan boleh kitar semula di tempat yang menerimanya manakala pasaraya-pasaraya pula menawarkan perkhidmatan menerima bahan-bahan kitar semula tersebut. Dan secara logiknya, orang pasti akan ke pasaraya untuk membeli-belah barang keperluan harian sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Jadi memang boleh sangat mereka bawa apa sahaja bahan-bahan yang boleh dikitar semula ke pasaraya tempat mereka membeli-belah tuh...tersangatlah praktikalnya! Itu belum lagi saya tunjukkan gambar-gambar orang Jepun yang membawa beg atau troli mereka sendiri untuk membeli-belah sehinggakan kashier tak perlu beri plastik pada mereka dan dua-dua pihak boleh "Save the Mother Earth"..clap clap clap

Terpanjang pula bercerita tentang kitar semula nih...Oklah, jom tengok barang-barang yang dijual kat pasaraya nih..ada orang dah tak sabar nak membeli-belah tuh..hehehe


Bayangkanlah sekeping ikan salmon hanya berharga Y85...murah kan?;)

Ikan bilis pelbagai saiz ada dijual di sini..Y297 je..


Sotong kering dan udang kering pun ade;)


Tako atau sotong kurita..sedap kalau buat takoyaki :D


Kani atau ketam...hanya isinya sahaja..harga mengikut berat


Air dalam botol besar camni memang banyak dijual kat pasaraya Jepun..saya pun tak pasti sangat kandungannya sbb memang tak pernah beli, memang tak boleh beli pun rasenye..orang kata ini Mirin/Sake = Arak Jepun..
InshaAllah nanti saya siasat lagi..


Kat Jepun ni saya tak pernah jumpa lagi kordial pelbagai perisa macam di Malaysia yang biasanya kita guna beberapa sudu dan campur dengan air dan gula. Kat sini pelbagai jenis minuman yang dah siap diminum dijual pada harga yang berpatutan seperti  jus buah-buahan, air coklat, air teh pelbagai perisa dan kopi. Cuma kalau jus buah tuh, kena perhatikan berapa peratus kandungan buah dan berapa peratus bahan-bahan lain..semua diberitahu, baguskan?


Macam jus epal nih, hanya 10% epal dan selebihnya adalah bahan-bahan lain


Sekitar hari Valentine yang lalu, pelbagai jenis coklat dan bahan-bahan membuatnya dijual hampir di semua pasaraya. Kebetulan saya memang ada ke pasaraya membeli barangan harian sekitar sebelum hari tersebut. Jadi memang banyaklah coklat pelbagai rupa, saiz dan rasa dijual. Masa saya ambil gambar ni, dah hampir 2 minggu sambutan tersebut berlalu, jadi hanya tinggal saki bakinya sahaja. Harga pun dah turun ;)


Coklat bentuk Doraemon pun ada. Di Jepun, ketika sambutan Hari Valentine (oppss, tak berapa digalakkan disambut oleh orang Islam ye..), pihak perempuan perlu memberi coklat kepada pihak lelaki. Nanti, pada sambutan Hari White Day, pihak lelaki pulak perlu memberi hadiah pada pihak perempuan.


Coklat bentuk Pokemon..memang karakter kegemaran anak-anak saudara saya nih..

Alhamdulillah..pelbagai barangan dibeli daripada makanan, minuman, sabun, sikat..hihih..seronok pulak membeli-belah harini..orang Jepun pun ramai jugak membeli-belah sama...saya datang pada hari murah ke? Wallahu' alam. Harap-harapnye iye la..:)

p/s: Alhamdulillah...buat pertama kalinya saya dapat beli strawberry/いちご pada harga Y380..selalunye Y450  keatas..うれしいね...


[III] Berbasikal dan Jalan Kaki

Berbasikal dan berjalan kaki merupakan perkara-perkara yang common dilakukan oleh orang Jepun. Saya dan suami juga gemar berbasikal khususnya ke tempat-tempat yang tidak terlalu jauh dari rumah seperti sekolah suami, tempat belajar Nihongo, Tsushima Mall, taman/うんどう こえん dan rumah teman-teman Malaysia yang berhampiran. Di samping menjimatkan kos (tak perlu bayar petrol dan parking), ianya aktiviti yang sihat untuk kecergasan tubuh badan, mengurangkan stress dan menjimatkan masa (sebab kat Jepun banyak lampu isyarat)..hehehe

Apa buktinya ia merupakan perkara yang biasa? Cuba lihat gambar-gambar di bawah...


Budak-budak sekolah menengah yang pulang dari sekolah..berbasikal..


Kelihatan seorang pelajar yang melintas di zebra crossing; laluan penunggang basikal dan pejalan kaki


Saya dah jadi macam mamarazi pulak dok skodeng pelajar-pelajar yang berbasikal..hehehe

Ketika lampu hijau ditunjukkan pada penunggang basikal, pemandu kereta dari arah pukul 9 (andaikan kereta putih itu berada pada penunjuk pukul 6, sedang berhenti kerana lampu merah) juga diberi lampu hijau, namun perlu berhenti seketika jika ada penunggang basikal atau pelintas jalan kaki melintas..sungguh cekap sistem ini!


Terutamanya pada hari hujan, orang lebih gemar berjalan kaki...


Itulah serba sedikit pembuktian yang ingin saya kongsikan di sini. Mungkin kerana negara maju seperti Jepun ini telah menyediakan banyak kemudahan bagi penunggang basikal dan pejalan kaki serta Orang Kurang Upaya, khususnya lorong-lorong khas bagi penunggang basikal dan pejalan kaki, ditambah pula dengan faktor cuaca yang nyaman serta minda rakyatnya yang kelas pertama, yang sayangkan bumi yang sudah tua ini, maka perkara ini berjaya direalisasikan. Saya doakan agar negara saya juga akan mencontohi budaya dan peradaban yang baik daripada negara maju seperti Jepun ini, Amin:)



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment