Sunday, 19 February 2012

Sehari Sebelum Egg Retrieval/Gathering

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Ahad...hari rehat daripada makan ubat dan mengambil sebarang suntikan...Alhamdulilahhhh..hihihi..lengan saya dah berbirat asyik kena ambil darah. Punggung pun dah hampir bengkak akibat disuntik setiap hari. Syukurlah turutan punggung yang disuntik adalah secara berselang-seli. Kalau setiap hati sebelah yang sama, maunya bengkak dari awal lagiiii..huhuhuh

[I] Jalan-jalan Sakan

Bila memikirkan esok saya akan melalui sesuatu yang tak dapat saya jangkakan, maka saya ajak suami jalan-jalan sebab kononnya lepas hari esok, mungkin saya tak digalakkan untuk keluar berjalan-jalan. Emmm..perlu banyak berehat. Jadi kami jalan-jalan sambil makan makan burger di Dom Dom..hehehe..

Kemudian saya menghantar bungkusan-bungkusan kepada mereka-mereka yang menepati syarat...(ape mendenya lah tu..rahsiaaaa..) hehehe..


[II] Jumpa Pakar Alihbahasa

Pulang jalan-jalan, saya singgah ke rumah Li*, pakar bahasa saya. Semalam saya tak habis berguru, namun syukurlah Li* sudi menerima kehadiran saya ke rumahnya hari ini untuk menyambung perbincangan semalam. Alhamdulillah, banyak  sangat perkongsian beliau yang membantu dan InshaAllah memudahkan urusan esok, Amin. Doakan saya...


[III] Pertama kali dalam Hidup

Di sebelah malam, saya masak kari kambing untuk pertama kalinya dalam hidup ini. Mungkin kerana mulai pukul 12 malam ini saya perlu berpuasa sehingga selesai prosedur egg retrieval, makanya semangat untuk meneydiakan hidangan yang luar biasa untuk santapan tengahari esok sangat membuak-buak..hihihi.. Subhanallah, betapa hebatnya ciptaan Allah, yang menjadikan kambing sebagai salah satu makanan yang sungguh enak, apatah lagi bila dimasak mengikut kegemaran citarasa saya dan suami...MashaAllah!!! Kenapalah saya tidak mencubanya sejak dulu lagi...Allah Maha Mengetahui..


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment