Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Ke Klinik
Khamis 9 Febuari 2012, merupakan hari ke-3 haid saya (saya mula datang haid pada 7hb, Selasa setelah haid saya lambat 4 hari daripada biasa). Secara automatik, setelah saya dan suami bersetuju untuk melakukan IVF, maka kami perlu ke klinik pada salah satu hari antara hari haid pertama hingga ke-3 dan kerana itu saya datang hari ini (sepatutnya semalam, tapi kerana kami ada temujanji lain, maka ditukar ke hari ini). Temujanji telah dibuat semalam untuk hadir ke klinik pukul 10:00 pagi.
Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan Yoshi*ka Sensei, sensei perempuan yang mempunyai kemampuan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris lebih banyak berbanding sensei perempuan yang seorang lagi. Walau bagaimanapun, saya tak kisah sama ada berjumpa dengan sensei ini atau yang satu lagi, yang penting perempuan.
Daripada pertemuan tersebut, sensei memberitahu bahawa saya perlu mengambil suntikan setiap pagi pada tarikh-tarikh yang sensei maklumkan (cop pada BBT).
Nampak tak cop bebanyak tuh? Arahan semua tuh..hihihi |
Ini pula termometer saya, teman baik BBT, yang mana saya tak boleh miss menggunakannya setiap pagi dan mencatat suhu tersebut di kertas graf |
Suntikan tersebut merupakan HMG150IU(x2), dengan nisbah LH:FSH masing-masing adalah 1:3. Daripada hari ini sehinggalah Ahad (4 hari), saya perlu mengambil suntikan ini. Di samping itu, nasal spray harus diteruskan.
Surat cinta hari ini; Penerangan tentang IVF dibuat hari ini oleh jururawat, saya perlu mengambil suntikan dari 9hb hingga 12hb. Kemudian pada 13hb perlu datang klinik untuk tujuan pemeriksaan. |
[II] SMS dengan Kawan Lama
Pulang daripada klinik, setelah selesai makan, solat dan suami pun dah pergi sekolah, saya mula buka laptop. Tiba-tiba saya disapa oleh seorang kawan yang dulunya banyak membantu saya dan suami di sini. Suami beliau telah tamat pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang komputer dan beliau sednrii telah selesai pengajian bidang perubatan malah pernah berkhidmat di hospital Jepun...memang pasangan yang hebat! Anak-anak mereka juga bijak, khususnya kakaknya yang kletah tuh..berbahasa Melayu slang Jepun...hehehe..Alhamdulillah..seronok dapat bertanya khabar setelah hampir setahun tak berjumpa :)
Comelkan anak kedua mereka;) |
[III] Ke Tamano
Sebenarnya semalam (Rabu) saya ke klinik juga. Niat asal ke klinik tu sebab nak tau, adakah saya perlu datang hari ini atau boleh datang esok. Sebab saya tak pasti, dia suruh datang salah satu hari pada hari pertama hingga ke-3 haid atau datang hari ke-3 haid. Selepas bertanya pada staf klinik di うけつけ, hari ni (Rabu) pun saya boleh jumpa sensei. Jadi, saya pun tunggulah memandangkan saya datang sekitar pukul 9.30 pagi...namun, hampir 1 jam menunggu, saya masih tak dapat giliran berjumpa sensei. Memandangkan saya dah janji dengan seseorang, saya pun beritahu pada staf klinik tersebut yang saya tak jadi jumpa sensei hari ini dan ingin buat temujanji esok. Staf klinik tersebut terus memohon maaf berkali-kali pada saya. Nampak dia bersalah betul. Tapi saya tidaklah marah ke, hanya memang saya tak boleh tunggu lagi sebab ada hal lain. Setelah membuat temujanji untuk esok, saya berangkat ke destinasi seterusnya.
Sebenarnya, hasrat di hati saya dan suami adalah untuk melihat kapal baru yang dilancarkan di Tamano. Walaupun tahu majlis pelancaran itu akan bermula pukul 10:30 pagi, namun saya mahu juga mencuba nasib dengan jam di tangan menunjukkan pukul 10:45 pagi..huhuhu..perjalanan yang mengambil masa hampir 50 minit membawa kami ke Tamano hampir pukul 12 tengahari. Saya menjemput Shi*a dan anak-anaknya di rumah mereka dan terus ke tempat pelancaran kapal. Namun, ざんねん でした!Pintu pagar telah ditutup dan pengawal keselamatan pun takde..maklumlah, waktu rehat..eemm..takde rezeki hari ini!
Walaupun saya tak dapat tengok pelancaran kapal, tapi saya dapat pergi satu tempat di Tamano ni yang tak pernah saya dan suami pergi...hehehe..Alhamdulillah..akhirnya saya dan suami dapat menjejakkan kaki ke Miyama Koen. Punyalah berapa puluh kali kami melintasi jalan untuk ke koen ini dan melihat papan tandanya, namun Allah tak izin, makanya memang tak sampai jugakla..Rupa-rupanya besar taman nih..MashaAllah..Allah izin juga untuk lihat keindahan ciptaanNya:) Kami pusing-pusing menggunakan kereta kerana suhu yang agak rendah (sampai turun ゆき masa perjalanan pulang) memang tak mengizinkan kami untuk jalan-jalan menikmati keindahan taman ini. Tapi sempat jugala bergambar;)
Banyak betul itik kat tasik ni... |
Menurut teman saya, itik ni ada semasa musim sejuk sahaja. Masuk musim panas, entah ke mana perginya mereka... |
Kami dan itik:D |
InshaAllah panjang umur, saya ingin ke sini lagi はる nanti;)
[IV] Tonton TV (6-9 Febuari)
1) 7 Febuari
Pakaian yang dipakai Nabi S.A.W |
Bercerita tentang kepimpinan Rasulullah S.A.W |
2) 8 Febuari
Ustaz bercerita tentang sunnah Rasulullah S.A.W |
Pakai serban juga sunnah Rasulullah S.A.W. |
3) 9 Febuari
Princess Atsu |
Rancangan Ejen Halal |
Episod akhir mengenai Rasulullah S.A.W dengan tema Bertemu Allah SWT |
Ustaz sedang bercerita tentang kisah di mana apabila Nabi jatuh sakit, Nabi tak mampu untuk solat berjemaah. Jadi satu hari tu, Nabi selak bidai/langsir dan lihat para sahabat sedang solat... |
Ustaz sebak hingga mengalirkan air mata... |
Rancangan Reflections bersama Prof. Dato' Dr. Sidek Baba |
Banyak sungguh rancangan-rancangan bermanfaat di TV Alhijrah, Segalanya Bermula Di sini:)
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment