Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
MashaAllah...nasi beriani dan kari kambing...emmm, menu favorite saya dan suami buat masa ini. Minggu ini sahaja, dah 3 kali saya masak kari kambing...hehehe..
Sebenarnya dah lama saya teringin makan kari kambing versi Malaysia (sebab kari kat sini banyak versi, Jepun ada, Pakistan ada, Bangladesh ada dan lain-lain lagi). Pada entri sebelum ni saya ada cerita tentang bentou yang saya beli di kedai Khadijah san, tapi rupa-rupanya minggu tu beliau tak buat kari kambing, tapi kari ayam dan kambing goreng (kot..hehehe).
Setelah beberapa minggu saya membuat permintaan pada suami untuk membeli kari kambing, akhirnya Sabtu minggu lepas, suami membeli kambing boneless di Kurusawa san (1kg). Tanpa melengahkan masa, esok malamnya (Ahad), saya buat kari kambing. Kemudian hari Rabu, saya buat lagi menu yang sama. Dan yang terakhir, harini, menu yang sama juga :D (Jangan bau kambing sudaaaahhh..hihihih)
Suami ada menyatakan hasratnya untuk membela kambing. Duduk di kawasan kampung. Kenapa???
Pertama, sebab pengembala kambing tu sunnah Nabi S.A.W.
Kedua, minum susu kambing juga sunnah Nabi S.A.W.
Ketiga, makan daging kambing pun sunnah Nabi S.A.W.
Pendek kata, sebab nak ikut sunnah Nabi S.A.W;) Saya tak pasti sama ada hasrat suami tu akan dapat direalisasikan atau tak. Entah, macam tak boleh bayangkan lagi sekarang. Cuma saya berdoa, kalau benar membela kambing tu baik bagi kami, semoga Allah mudahkan, Amin:)
Nak tengok gambar nasi beriani dan kari kambing saya? Tuuuuu...
Ada rupa nasi beriani ke? hehehe |
Manala kambingnye, tak nampak pun...huhuhu |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment