Friday, 24 February 2012

Jumaat yang Menenangkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Jumaat...hari yang mulia...dan hari yang menenangkan bagi saya:)

Selesai menyiapkan sarapan, saya dan suami menjamu selera sambil mendengar IKIM. Slot pertama sehingga pukul 11 pagi adalah berkenaan Mahabbah Rasulullah dan slot selepas itu adalah Usrati, bersama Ustazah Hafizah.

[I] Akidah Dalam Rumahtangga Muslim, Slot Usrati, IKIM

Menurut Ustazah Hafizah, dalam pembentukan akidah, ada beberapa asas yang perlu dititikberatkan. Dalam mengukuhkan akidah kita dan anak-anak, ada beberapa KPI yang ingin dicapai iaitu:

1. Mencintai Allah
2. Merasai dilihat oleh Allah
3. Memohon ampun pada Allah
4. Beriman pada Qadha' dan Qadar

Rasulullah sendiri memohon kepada Allah supaya redha dengan apa yang ditakdirkan pada diri Baginda (ada doanya, tapi saya tak sempat salin. cuma dapat salin sikit-sikit, terputus-terputus...saya taip je dulu apa yang saya dapat, nanti saya cuba cari dan perbaikinya...

Doa Nabi S.A.W: Ya Allah, dengan pengetahuanmu pada yang ghaib.....hidupkan aku jika ia baik bagiku, matikan aku jika ia tidak baik untuk....tanamkan rasa ikhlas....ketenteraman hati yang tak pernah putus....kehidupan yang damai yang tak pernah mati....)

Terdapat kisah mengenai Imam Ahamd yang mengunjungi ayahnya, 'Ubadah. Dia melihat 'Ubadah kelihatan uzur dan nazak. Dia tanya pada ayahnya, "Berilah aku pesanan". Jadi kata 'Ubadah, "Dudukkan aku". Pesan 'Ubadah, "Wahai anakku, sesungguhnya kamu tidak akan merasakan kelazatan iman sehingga engkau beriman pada Qadha dan Qadar baik takdir baik atau buruk".

Makhlik pertama yang Allah cipta adalah pena. Dan Dia berfirman supaya pena itu menulis. Jadi pena itu menulis sehingga hari akhirat.

Kata 'Ubadah lagi, "Jika tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar, maka mati kita adalah mati orang yang tidak beriman".

Apa jua yang menimpa kita, di sana ada 1000 hikmah yang sangat besar.

Allah Maha Bijaksana. Semasa Allah takdirkan sesuatu untuk kita, Allah tahu apa penawar dan apa racun buat kita. Contoh dengan anak-anak, ibu bapa peka dengan kejayaan akademik anak-anak mereka. Kalau anak dapat nombor 1 dalam kelas, ibu bapa senyum hingga ke telinga. Tapi kalau dapat nombor 1 daripada belakang, sebaliknya yang terjadi. Seharusnya ibubapa perlu tanamkan pada anak-anak bahawa kadangkala kejayaan adalah racun, bukannya penawar. Kenapa ia jadi begitu? Kemungkinan bilda dapat sesuatu kejayaan, rupa-rupanya ia sama naik dengan sifat mazmumah seperti ujub dan ri'ak. Kadangkala kita perlu peruntukkan masa untuk duduk bersama dengan anak-anak, mendengar permasalahan mereka.

Setiap masa, kita  perlu yakin pada Allah. Apa yang Allah takdirkan pada kita adalah Penawar yang terbaik untuk jiwa dan raga kita, penawar buat iman kita.

Bacalah doa berikut pada pagi dan petang serta saat azan berkumandang. Doanya adalah:

"Rodhitubillahi rabba wabi Islami dina wabi Muhammadi nabiya warasula"
Maksudnya: Aku redha Allah tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad rasulku.

Bacalah doa di atas 5 kali sehari (semasa azan), 3 kali waktu pagi dan 3 kali waktu petang. Namun seboleh-bolehnya bacalah banyak sehingga hati tenang dan tidak lagi berkeluh kesah.

Redha memang ada pada diri setiap orang. Namun kadangkala kerana pengaruh sekeliling, sifat redha itu semakin pudar. Ada kes kawan ustazah, wanita, sudah berkahwin. Dia dan suaminya tinggal di rumah setinggan, hanya ada 2 bilik sahaja. Namun dia tahu itulah kemampuan suaminya. Dan hanya iatu yang mereka mampu dan mereka redha. Tapi, bila datang keluarganya, maknya menyatakan ketidakpuasan hati dengan keadaan kehidupan anaknya dan menyesal kerana telah menghantar anak itu belajar sehingga universiti.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman, "ingat mengingatilah dengan kebenaran dan dengan kesabaran". Jadi kebenaran yang dimaksudkan ini adalah redha dengan takdir Allah. Oleh itu, cuba dokong orang lain untuk redha. Redha tak bermaksud tidak berikhtiar. Ikhtiarlah dalam keadaan jiwa yang tenang. Kita redha bahawa segalanya adalah dengan izin Allah. Cuba fikir-fikirkan, adakah mulut kita menyebabkan anak tak terbina rasa redha dengan apa yang dihadapinya dalam keadaan-keadaan tertentu???

Contoh, jika anak kurang pandai. Kita katakan pada anak, "Anak umi yang seorang ini memang ingatannya kurang sedikit daripada abang dan kakak. Tapi, mungkin kerana Allah nak adik berusaha lebih, sebab dengan usaha itu Allah akan beri pahala yang lebih berbanding orang lain".

(Ustazah menjawab persoalan mengenai suami dan isteri)
Tidak ada suami yang sempurna, yang lengkap. Suami MEMANG tidak sempurna, tidak lengkap. Tetapi, kehadirannya melengkapkan kekurangan yang ada pada kita. Bijaksanalah seorang isteri apabila suami boleh berubah kepada keadaan yang lebih baik. Suami merupakan ujian buat isteri dan isteri juga ujian buat suami. Namun, suami dan isteri perlu ada matlamat yang sama. Walaupun suami dan isteri mempunyai karakter yang sama, tapi jika matlamat tak sama, tak kemana. Jika matlamat sama, untuk dapatkan rahmat Allah, jika ada perselisihan faham pun, yakinlah dengan matlamat yang baik, Allah akan pelihara.

(Ustazah menjawab mengenai menjadi ibu yang terbaik)
Tidak ada istilah menjadi ibu yang terbaik. Kita semua dalam proses. Allah yang menilai dan memberi ganjaran. Untuk menjadi ibu yang sabar dengan karenah anak-anak;

1. perlu berterusan menuntut ilmu - menuntut ilmu ini lazat. kalau tak rasa kelazatan itu, perlu mohon pada Allah. proses ini terus membina kita dan kita mesti ada rutin mendengar ilmu.

2. perlu sokongan - ini suatu fitrah. sebaik-baik sokongan adalah daripada suami. kalau suami tak sokong, sahabat-sahabat ada.

3. kesungguhan - sama ada kita nak atau tak nak, ia sememangnya membina kesungguhan kita. orang yang hanya belajar dan berpegang pada ilmu yang 10 tahun yang ke mana, dia tidak akan ke mana.

Contoh kisah ketika ustazah belajar di Jordan. Ada seorang isteri berbangsa Jordan, di sini digelar Ummu Muhammad. Ummu mempunyai ramai anak dan anak-anak dihantar belajar jauh. Ustazah bertanya pada Ummu, "tak rindu pada anak-anak ke?". Kata Ummu,"mana mungkin tak rindu pada anak-anak. tapi saya bangun malam dan membaca doa dari Surah Furqan, ayat 74,

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Maksud: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami) dan Jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.

Ummu bukan baca 1 kali atau 3 kali, tetapi istilah yang digunakan adalah baca hingga lumat. Jika rindu, baca sehingga hilang rindu sedikit demi sedikit. Jika ridau, baca sehingga hilang risau. Dalam doa pun Allah membezakan antara orang yang lalai dan bersungguh-sungguh. Semoga kita ada nilai kesungguhan dan keikhlasan dalam mendidik anak. Ustazah nasihat, doakan anak-anak orang lain juga, anak saudara, anak jiran dan anak sahabat. Jangan lokek dalam berdoa. Orang turut mendoakan orang lain adalah orang yang besar hati, besar jiwa. Ia melihat anak orang lain seperti anaknya sendiri. Jangan risau, Allah akan turut memberikan yang terbaik pada anak-anak kita.

1 kenyataan Ustazah Hafizah yang menarik minat saya adalah keadaan kita sekarang (apa yang ditakdirkan kepada kita) merupakan penawar pada segala resah gelisah kita. Bermaksud, Allah dah berikan yang terbaik kepada kita, hambaNya dan sesungguhnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Saya akui kenyataan itu. Kadangkala kita rasa ujian yang Allah beri pada kita itu suatu musibah yang amat berat, yang tak tertanggung oleh kita. Tetapi sebenarnya, di sebalik itu, hikmahnya, hanya Allah sahaja yang tahu. Dialah Yang Maha Bijaksana. Dialah Sebaik-baik Perancang. Oleh itu, bersyukurlah atas apa jua yang ditakdirkan Allah pada kita, baik ianya suka, duka, susah, senang...Redha dan teruslah bersyukur...Peringatan untuk diri saya sendiri...Semoga saya menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur, Amin.


[II] Kucing

Saya suka sangat pada kucing. Macam mana saya boleh pupuk minat pada kucing ni? Sebenarnye, dari arwah moyang, hinggalah nenek dan emak saya, semuanya suka dan sayang sangat pada kucing. Pernah pada satu masa, mak saya membela hampir 20 ekor kucing..huhuhuh..Tapi yelah, dek kerana rasa sayang (dan geram) kat binatang yang manja nih, memang apa sahaja sanggup dilakukan penggemarnya.

Walaupun begitu, di sini, saya tak bela kucing pun. Emmm..susahlah nak bela kat sini. Kenapa?
1) Harganya mahal, menyamai harga sebiji kereta..
2) Bukan semua apartment/tuan rumah sewa membenarkan binatang peliharaan dibela di rumah mereka
3) Maintenance kucing ni pun mahal; dari makanannya, tempat buang air, alat mandian bla bla bla..

Kesimpulannya, tumpang kasih kucing jiran jelah. Itupun tak pernah saya dapat pegang kucing jiran saya nih. Bukan nak dekat orang lain..huhuhu..Tapi walau apa pun, dapat melihat kucing pun benar-benar membuatkan saya gembira dan tenang, Alhamdulillah:)



Ketika gambar ini diambil, kucing jiran saya ni sedang lepak-lepak..saya yang baru sampai rase begitu teruja, terus panggil dia dari dalam kereta, bagitau yang saya nak ambil gambar dia..tuh telinga dia senget sebelah tuh..:D


Lebih 5 kali saya panggil dia, barulah dia nak bagi pose macho nih..Macho kan? hehehe


[III] Halaqah, TV9

Alhamdulillah, saya berkesempatan menonton Halaqah di TV9 melalui asyik.tv. Tapi tak dapat tengok sampai habis sebab mula pun dah pukul 11:30 malam waktu Jepun. Tajuk yang dibincangkan kali ini adalah Telaga Kausarku dan tetamu jemputannya adalah Dato' Noh Gadut, salah seorang ulama' yang tersohor di Malaysia.

Tajuk ini dikupas berdasarkan Surah Al-Kausar yang berikut:

Allah عزّوجلّ berfirman:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ[١] فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَر[٢] إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ[٣]٣ 
  1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
  2. Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkurbanlah.
  3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah). [QS: Al Kautsar : 1-3]
Surah yang terpendek dalam Al-Quran, namun mengandungi maksud yang indah dan bermakna yang harus didalami isinya.

Antara kata-kata Dato' Noh yang saya masih ingat, kebanyakan ulama' berpendapat bahawa Telaga Kausar itu terletak di Padang Masyar. Ia akan menghilangkan kehausan orang-orang yang dibangkitkan semula yang menunggu untuk dihisab di mana ketika itu matahari hanya berada beberapa jengkal daripada kepala. Bayangkanlah, pada keadaan matahari yang terletak jauh daripada kepala seperti sekarang pun, kita masih mengeluh kerana bahang kepanasannya yang tak tertahan dek tubuh kita. Inikan pula bila ianya begitu hampir..bayangkan, pasti kita merasa sangat-sangat haus. Tapi, mana nak cari air? Dari Telaga Kausar. Tetapi, bagaimana untuk kita dapat minum air daripada Telaga Kausar itu? Daripada siapakah kita perlu meminta izin? Sebagaimana yang semua sudah maklum, telaga tersebut merupakan telaga Nabi S.A.W. Jadi, kalau nak dapat syafaat Nabi S.A.W, kena sayang Nabi. Apa tanda kita sayang Nabi? Banyak-banyaklah selawat ke atas Baginda dan mengamalkan sunnahnya. Adakah sudah cukup selawat kita pada Baginda? Kalau belum cukup, jom selawatttttt...



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment