Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
Khamis, 16 Febuari 2012, ada 3 perkara penting yang perlu saya lalui hari ini.
[I] Pertemuan Dengan Sensei dan Suntikan
Seperti yang telah dipersetujui sebelum ini, saya perlu ke klinik untuk sensei memantau keadaan saya setelah 4 hari berturut-turut (daripada hari Isnin) disuntik dengan HMG300IU.
Berdasarkan pemeriksaan pada hari itu dengan Terad* Sensei, katanya folikel saya masih kecil. Jadi mulai hari ini, beliau mencadangkan supaya saya mengambil suntikan HMG450IU. Selesai sesi perbincangan dengan sensei, saya ke tingkat 1 untuk suntikan. Dan esok, saya perlu ke klinik lagi untuk pemeriksaan.
[II] Membuat Persiapan untuk Soubetsukai 2012
Pulang dari klinik, saya singgah ke pasaraya Hallows dan kedai 100 Yen untuk membeli beberapa bahan dan barangan untuk keperluan sambutan Soubetsukai Okayamalaysia bagi tahun 2012. Memandangkan selesai sahaja pertemuan dengan sensei, masa sudah agak suntuk, saya dan suami buat keputusan untuk makan nasi di Joyfull untuk memberikan tenaga pada saya yang akan buat salah satu menu bagi majlis malam nanti dan buat suami yang perlu ke sekolah meneruskan perjuangan kertas kerja jurnalnya.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah pukul 1:40 tengahari dan saya memberi sms pada Haja*, kawan Malaysia yang akan sama-sama membantu buat nuget. Sebenarnya kawan saya ni dah sarat, memang tinggal tunggu hari je..due nya dua puluh berapa entah Febuari. Emm, tapi sebab dia dan suaminya sudi untuk bantu saya, saya memang menerima dengan tangan terbuka..hehehe..dan saya up kan jumlah daging cincang daripada 1kg kepada 2kg supaya dapat hasilkan jumlah nuget yang lebih banyak.
Kawan saya tidak datang dengan tangan kosong..mereka bawa Belgian Waffle..wow.. MashaAllah..pertama kali makan...sedap!!;) Arigatou H&J:) |
Kebiasaannya, dengan 1kg daging cincang, saya dapat dalam 90-120 biji nuget (yang bulat), bergantung pada tangan yang scope/menggentel di peringkat permulaan..hehehe..Jadi, InshaAllah, kalau saya guna 2kg daging, jumlahnya akan bertambah sekali ganda, dan semua orang akan dapat merasai nuget limited edition itu..hihih
[III] Soubetsukai 2012
Majlis bermula sekitar pukul 7:30 malam. Dan sekitar itu jugalah saya dan suami sampai ke dewan atau Kaikan/International Hall. MashaAllah, meriahnya soubetsukai atau majlis meraikan pelajar-pelajar yang tamat pengajian atau graduasi tahun ini. Jumlah yang tamat pengajian untuk tahun ini dijangka 14 orang, 12 orang pada sesi Mac dan 2 orang pada sesi September (salah seorangnya suami saya la, InshaAllah, semoga dipermudahkan).
Pemandangan aneka hidangan dan bahagian wanita |
Close-up bahagian lelaki |
Saling bersalaman dan mengucapkan tahniah atas kejayaan kawan-kawan |
Mereka yang memakai bunga kuning adalah pelajar-pelajar yang akan bergraduasi...congrats all!! :) |
Semua pun memang suka gambo..pantangla nampak kamera dengan jurukamera :D |
Tahniah adik-adik manis! Akhirnya penat-lelah anda semua berbayar;) All the best in your future undertakings!:) |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment