Friday 24 February 2012

Resepi Cucur Udang

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Hari ni saya makan tengahari dengan cucur udang je..aik? Kenapa? Takde selera ke? Taklah..hanya rase teringin nak makan selain daripada nasi..sebab sebelum-sebelum ni, hari-hari makan nasi..hehehe..


Cucur udang...tapi udangnye di dalam..hihihi

Rasanya semua orang pun tahu cara-cara nak buat cucur kan. Jadi saya masukkan bahan-bahan dengan cara-caranya lebih kurang ek;)

Bahan-bahan:

1. Tepung gandum
2. Bawang besar
3. Udang kering - sikit je
4. Cili kering - 1-2 sudu
5. Kentang dihiris nipis
6. Udang segar
7. Daun kucai
8. Garam
9. Lada Sulah
10. Telur
11. Air

Cara-cara:

1. Tumbuk udang kering dan bawang besar, tak perlu ditumbuk lumat.
2. Masukkan semua bahan-bahan kering dahulu ke dalam mangkuk; tepung, bawang, udang kering, cili kering, kentang, udang segar, daun kucai, garam dan lada sulah, gaul semua bagi sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan kita yang kita kehendaki.
4. Masukkan telur yang telah  dipukul ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Goreng dengan api sederhana.
6. Sedia dinikmati dengan sos.

InshaAllah mudah dan resepi segera untuk sarapan, minum petang, mahupun makan tengahari (ditujukan kepada sayalah tuh):D

Alhamdulillah..kenyang:)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment