Thursday 18 October 2012

Alhamdulillah...Sirih Pulang ke Gagang

Bismillah..

Alhamdulillah, sudah 3 minggu kami berada di tanahair tercinta..(28Sept, 4:30ptg mula menjejakkan kaki di KLIA). Walaupun perasaan teruja membuak-buak (sb dah tak  sabar nak makan nasi  lemak bungkus daun pisang..hahaha), perasaan hiba turut silih berganti. Emm, mungkin kerana memikirkan kawan-kawan baik yang ditinggalkan, mungkin juga kerana memikirkan entah bila lagi akan berpeluang ke negara matahari terbit yang bersih, selamat dan mendamaikan..dan..emm..mungkin juga disebabkan oleh pelbagai kenangan pahit manis yang dilakar sepanjang berada di sana. Emm, semuanya mempunyai peratusan yang menyumbang kepada sayu dan hibanya hati ini. Namun, perjalanan kehidupan perlu bergerak ke hadapan. Mustahil untuk kami terus berada di bumi sakura itu setelah apa yang dihajati suami telah berada dalam genggamannya. Sudah tidak ada lagi sebab untuk kami berada di sana. Tapi kami redha dan bersyukur atas segala yang ditentukanNya buat kami sekeluarga..sangat-sangat bersyukur..

Agar saya tidak lupa rentetan perjalanan sekembalinya ke tanahair, saya coretkan diari perjalanan daripada hari bertolak dari Jepun hinggalah ke hari ini;

28 Sept (Jumaat)
4:30 pg - bertolak dari rumah Hajar ke terminal bas
5:00 ptg - bas mula bergerak
8:30 pg - tiba di Kansai Airport, Osaka
9:30 pg - check-in
11:00 pg - kapal terbang berlepas
4:30 ptg - kapal terbang mendarat di KLIA
6:00 ptg - kaklong sekeluarga tiba
7:00 mlm - menjamu selera di restauran ala thai
8:30 mlm - saya dan suami bertolak ke Raub dgn kereta Persona
12:30 mlm - tiba di rumah mertua

29 Sept (Sabtu)
Berehat di rumah mertua

30 Sept (Ahad)
11:00 pg - Bertolak ke Kuantan dengan keluarga mertua
2:00 ptg -tiba di rumah saya, penyewa masih mengemas, brg2 masih memenuhi rumah
3:00 ptg - lepak di Teluk Cempedak
4:30 ptg - keluarga mertua pulang ke Raub, saya ke ECM
9:00 mlm - check-in Homestay Badsr

1 Okt (Isnin)
Selesai solat Subuh, saya dan susmi ke rumah kami, plannya nak menyapu dan mengemop.