Bismillahirrahmanirrahim...
Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
Sabtu, 4 Feb bersamaan 11 Rabi'ul Awal 1433H...
[I] Ke Kelas Bahasa Jepun
Setiap hari Sabtu saya dan suami menghadiri kelas bahasa Jepun di Kyoyama Kouminkan. Masanya adalah antara 10 pagi hingga 11:30 pagi.
Alhamdulillah, kami terus mengikuti kelas ini sejak dari pertama kali mengikutinya, dengan sensei yang sama iaitu (
Takagi Sensei) sekitar November 2009. Jika dahulu kami bermula dengan buku I yang kulitnya berwarna pink, sekarang kami telah memakai buku II yang kulitnya berwarna kuning dan minggu ini kami sambung topik ke 38.
|
Minna no Nihongo II |
[II] Beli Ikan
Selesai kelas, kami ke DO, sebuah pasaraya yang terkenal di kalangan
foreigner di mana pasaraya ini dibuka 24 jam dan menjual pelbagai barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Tujuan kami ke situ bukan sahaja untuk membeli barangan keperluan harian, tapi juga membeli bahan-bahan mentah yang segar yang dijual di luar pasaraya pada harga yang amat berpatutan...khususnya pada waktu kami datang kerana kebiasaannya mereka mula menjual pada pukul 9 pagi dan selesai pukul 12++ tengahari. Memandangkan kami datang di hujung waktu penjualan, maka amat mudah untuk urusan tawar menawar dilakukan :D. Kali ni saya membeli 4 ekor ikan saba (saiz sederhana besar); Y800, 4 ekor sotong (saiz besar);Y500 dan 1 bekas udang merah (tak tahu berapa ekor dan beratnya, tapi banyak); Y700. Total semua = Y2000. Sangat-sangat berbaloi!!!:D
Nak tengok gambar saya shopping ikan? heheh..adala gambar sesikit..tapi gambar lama...
|
Memandangkan ketika kejadian ini, nihongo sangat tersangatla fail nye..hahaha..jadi saya banyak guna sign language.. |
|
Sedang tanya harga, "いくら ですか!” |
|
Besar juga ikan-ikan tuh...:) |
|
Membayar seperti harga yang telah dipersetujui semasa tawar-menawar, tapi Alhamdulillah, dah dapat harga murah, dapat diskaun lagi Y100;) |
[III] Program TV
Saya begitu teruja untuk terus berkongsi rancangan-rancangan yang bagus bersempena Maulidur Rasul yang akan disambut esok. Semoga dengan menonton rancangan sebegini, rasa cinta pada Rasulullah S.A.W akan mula menyemarak dan membara:)
|
Alunan lagu-lagu selawat ke atas Nabi S.A.W |
|
Alhamdulillah..ramai yang hadir...dan turut serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi S.A.W |
|
Rancangan bertajuk 'Yalla Shabab", pelbagai topik berkisar orang muda dibincangkan dalam rancangan ini yang ditayangkan setiap Sabtu petang |
|
Sheikh ini menerangkan tentang buku yang bagus bertajuk "Suwar wa Khawater" |
|
Sheikh ini sedang mempromosikan sebuah kitab yang bagus |
|
Sakit merupakan kafarah iaitu penghapus dosa. Jadi jika kita sakit kita harus bersyukur kerana Allah sedang menghilangkan dosa-dosa kita... |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
Salam,
ReplyDeleteBagaimana dapat belajar dalam Kelas Jepun secara percuma... Boleh beri info sedikit mengenainya. Terima kasih