Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Pertemuan Dengan Sensei
Hari ini saya berjumpa Yoshi*ka Sensei untuk mengetahui perkembangan terkini folikel saya. Menurut sensei, terdapat 1 folikel yang bersaiz 20++mm manakala yang lain-lain hanya sekitar 14-16++mm. Oleh itu, sensei mengarahkan agar saya mendapatkan 1 kali lagi suntikan HMG150IU(x3).
[II] Berita Kelahiran Bayi Pertama Okayamalaysia untuk tahun 2012:)
Sekitar pukul 6:40 petang, suami mendapat sms daripada suami Haja* bahawa isteri kesayangannya selamat melahirkan puteri sulung mereka pada pukul 6:30 petang tadi. MashaAllah, punyelah kami happy:D Tak sampai 10 minit selepas itu, tersebarlah khabar gembira itu di facebook dan ramailah yang mengucapkan tahniah di atas anugerah tidak ternilai buat J*mmy dan Haja*;) Yang buat kami terase mereka hampir adalah baru semalam mereka berdua sama-sama membantu saya membuat nuget di rumah saya. Agaknya sebab bekerja keras menyiapkan nuget 200++ biji sampai terberanak Haja* dibuatnya. Walau apa pun, ini semua memang sudah tertulis bagi mereka berdua, dan pasti sejuk perut uminya melahirkan puteri comel (mirip wajah ayahnya) pada hari Jumaat:)
Nak tengok gambar puteri comel? Saya tak pasti ibu bapanya membenarkan atau pun tidak. Tapi, saya tidak ada niat buruk, hanya ingin mengekalkan memori indah melihat bayi semanis puteri mereka.
Bismillahillazi layadurru ma'as mihi shaiuun fil ardhi wala fissamai wahuwal 'aliyul 'azim
Tenangnya bila menatap wajahnya..hamba Allah yang suci, tiada dosa, Subhanallah! |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment