Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Ke Klinik
Masa pertemuan dengan sensei untuk hari ini adalah 9:30 pagi. Tetapi, kerana darah saya perlu diambil, saya perlu tunggu nama dipanggil oleh jururawat di tingkat 1.
"Jururawat: Su****mu binti sama...
Saya: Hai..."
Mereka panggil saya dengan nama Su****mubinti...emm...apa-apa jelah...saya okay..hehehe.. Masuk je dalam bilik, perlu kunci pintu dan beri BBT, macam biasala...Sebaik duduk di kerusi, saya menghulurkan tangan kiri sebab sejak akhir-akhir ni, kerapkali tangan kanan yang dicucuk. Tapi bila jururawat memicit dan menekan tangan kiri saya, katanya mahu lihat tangan kanan. Saya pun hulurkan...emmm, nampaknya dia akan cucuk tangan kanan saya. Okay. Tapi yang tak okay nya, dia cucuk di tempat yang sama seperti sebelum-sebelumnya. Aduhaiiiii...dan macam biasa, bila dia mula nak masukkan jarum, saya pandang kaki meja. Saya dah biasa dengan rasa jarum masuk menembusi kulit. Tapi bila tiba-tiba dia tarik keluar jarum tu dalam keadaan belum ada darah yang dapat diambil, masa tu saya rasa sakit yang lebih daripada biasa. Dan jururawat tuh memohon maaf kepada saya dan masuk dalam (ada pintu yang menghubungkan bilik ambil darah dengan ruangan kerja mereka). Aikkk??? Kenapa?
Dalam pada saya sendirian di bilik tu, tiba-tiba rasa sebak datang..mulalah air mata nak bergenang..buat pertama kalinya saya rasa sakit. Sebab selama ni, saya kuatkan semangat menghadapi apa jua bentuk dugaan dan cabaran sepanjang tempoh perubatan di sini. Lagipun saya tahu, mereka yang bertugas di sini semuanya pakar, daripada sensei sehinggalah kepada staf-staf bawahan. Perkhidmatan dan layanan memang tip top!
Tak sempat air mata mengalir, masuk pula jururawat lain. Baik yang pertama tadi, mahupun yang kedua ni, kedua-dua mereka memang saya familiar. Jururawat kedua itu bertanya, いたい! Saya jawab いいえ (menyembunyikan perasaan tadi yang dah lama pergi). Dia tanya lagi, "きもちが わるい!(perasaan tak sedap ke?) Saya jawab Tak. Lepas tu dia rasa kedua-dua tangan saya. Emm..dia pun pilih tangan kanan. Melihat pada tempat cucuk yang dah lebam dia tanya, "selalunya mereka cucuk di sini ke?" Saya jawab "ye". Kemudian dia tunjuk satu salur darah lain yang berhampiran dan tanya, "di sini dah pernah cucuk"? Saya jawab "belum". Dia pun cucuk kat situ. Alhamdulillah, akhirnya sejumlah darah saya yang dikehendaki berjaya dikeluarkan. Saya tanya dia, むずかしい!Dia jawab, そうね。。ほそい だから。。Emmm, rupa-rupanya susah nak amik darah saya sebab salur darahnya halus = hosoi. Huhuhuh..dan faktor cuaca yang sejuk ni pun mempengaruhi. Kesian mereka, pasti mereka bimbang setiap kali ditugaskan untuk mengambil darah saya..huhuhu..Semoga selepas ini Allah akan lebih memudahkan urusan mereka, Amin.
Selesai 1 urusan, saya menunggu untuk dipanggil ke bilik doktor. Setelah nama dipanggil, saya disuruh ke bilik 212, bilik Yoshi*ka Sensei. Hai, bersedia untuk dengar keputusan. *mode suspense*
Keputusan ujian darah harini, normal. Alhamdulillah.. |
Seterusnya, keputusan yang dinanti-nantikan...
Ada 6 embryo yang sihat dan berkualiti...Alhamdulillah.. |
No 1, 3, 4, 5 & 7 adalah embryo tahap blastocyst yang terhasil selepas 5 hari disenyawakan |
Embyo no. 4 adalah yang terbaik dengan gred 4AA, manakala embyo no. 3 & 5 juga bagus dengan gred 4AB |
Embryo no. 1 dengan gred 4AB juga bagus..begitu juga no. 7 dengan gred 4BB |
1 Perkara yang sedikit mengejutkan saya dan suami adalah embryo yang terbaik dengan gred 4AA adalah hasil daripada percantuan semulajadi atau istilahnya conventional IVF...Allahu Akbar..ternyata setinggi mana kebijaksanaan manusia menilai dan memilih embryo (melalui kaedah ICSI) dengan sedikit ilmu yang dipinjam Allah, namun Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa...
Setelah itu sensei bertanya sama ada saya ada mengalami kesakitan di mana-mana. Saya katakan bahawa saya sering mengalami sakit pinggang dan beberapa hari yang awal setelah prosedur mengeluarkan folikel dijalankan, di bahagian rahim terasa seperti warm. Sensei terus arahkan saya ke bilik sebelah untuk memeriksa keadaan rahim dan ovari saya. Semasa ultrasonography dilakukan, sensei memberitahu bahawa ovari saya masih sedikit bengkak. Tapi ia suatu keadaan yang normal dan tak perlu dirisaukan. Berikut gambarajah ovari saya...
Keadaan ovari masih bengkak, tapi dah berkurang.. |
Kemudian sensei menerangkan tentang perancangan beliau mengenai pemindahan thawed embryo yang akan dijalankan selepas 2 pusingan haid.
Pusingan haid ke-2 yang mana saya perlu mengambil ubat hormon |
Embryo yang akan dipindahkan adalah tahap blastocyst, bukan cleavage |
Di akhir perbincangan dengan sensei, saya akan diberi ubat pil yang bernama Pranoval, yang perlu saya ambil mulai hari ke-3 haid yang akan datang, dimakan 1 biji setiap hari selepas makan malam. Seterusnya sensei mengarahkan saya ke tingkat 1 untuk dipanggil berjumpa jururawat bagi tujuan account/costing briefing...huhuhu...berdebar..
Agak di luar jangkaan..huhuhuh |
Lepas penerangan setiap kos yang perlu dibayar (Eigo de), saya perlu tulis alamat, no. tel dan nama. Dan disebut juga di hujung perbualan, よろしく おねがいします。。faham-fahamlah ye...hihihi |
Kami pulang dengan perasaan bercampur-baur, gembira sebab ada 6 embryo yang berpotensi untuk dipindahkan ke dalam rahim dengan embryo-embryo yang berkualiti adalah daripada persenyawaan secara semulajadi dan gundah-gulana sebab tak pasti lubang mana nak korek untuk bayar kos yang dinyatakan di atas sebelum atau pada 5 Mac depan...Hasbunallahu wanikmal wakil...
[II] Baca Buku
Dalam pada menunggu giliran tiba untuk dipanggil ke bilik sensei, saya baca 1 buku ni yang dibeli di KOOP Okadai. Komen saya: Buku yang sangat sangat bagus, penuh dengan tip-tip yang praktikal untuk menjalani kehidupan ini dengan sederhana, simple dan tenang serta membantu semua orang yang membacanya untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Tajuknya:
Don't Sweat The Small Stuff...and it's all small stuff |
Written by Dr. Richard Carlson. If I got a chance to meet him, I might say, "Dr, this book is really awesome!" |
Topik yang saya baca hari ini adalah:
Topics number 67, 68, 69 & 70, Done~ |
Ringkasan topik nombor 67: Practice Ignoring Your Negative Thoughts/Cuba Abaikan Fikiran Negatif
1. Dianggarkankan bahawa purata fikiran/apa yang difikirkan manusia setiap hari adalah 50,000 per hari dan ia terdiri daripada fikiran-fikiran positif dan negatif.
2. Malangnya, kebanyakan fikiran ini adalah yang negatif (antaranya marah, takut, pesimis dan risau), dan bagi memastikan kita berada dalam keadaan tenang, bukanlah sama ada kita patut fikir yang negatif atau tidak, sebab kita memang suka fikir yang negatif pun. Tetapi yang penting adalah apa yang harus kita lakukan pada fikiran tersebut.
3. Secara praktikalnya, hanya ada 2 cara yang boleh dilakukan terhadap fikiran negatif ini iaitu;
a) analisa fikiran tersebut: renungkan, fikir dalam-dalam, kaji, memikirkannya lagi
b) belajar untuk abaikan: tolak, kurangkan perhatian, tak perlu ambil serius
4. Cara kedua iaitu (b) adalah lebih berkesan dalam usaha kita untuk lebih tenang
5. Apabila kita fikirkan sesuatu, kita perlu ingat, ia hanyalah fikiran kita. Ia tak boleh melukai kita tanpa kebenaran kita.
6. Sebagai contoh, kita melalui sesuatu yang menyedihkan di zaman kanak-kanak, apabila kita terfikirkannya sekarang, semasa zaman dewasa, kita ada 2 pilihan; samaada
a) ingin masuk ke dalam zaman kanak-kanak itu, menjadikan ia suatu yang penting dan oleh kerana itu, kita meyakinkan diri kita bahawa kita tak sepatutnya bahagia, atau
b) kita memilih untuk menolak fikiran itu. tapi itu tidaklah bermakna bahawa zaman kanak-kanak itu tidak sukar, ia sudah pun berlaku, tetapi pada masa sekarang, kita ada pilihan untuk memberi perhatian kepada fikiran yang mana. sebagai contoh, daripada memikirkan kesedihan zaman kanak-kanak itu, kita pilih untuk fikirkan perkara lain yang positif seperti kenangan sambutan hari lahir.
7. Dalam banyak keadaan, kita akan mendapati bahawa jika kita abai atau tolak fikiran negatif, kita akan segera mendapat ketenangan yang kita mahukan.
8. Dan dalam keadaan yang tenang, kebijaksanaan dan common sense akan memberitahu kita apa yang patut kita lakukan.
9. Strategi ini perlukan latihan, tetapi ia usaha yang sangat berbaloi.
Emm...menarik, kan? Saya pun nak cuba jadikan strategi ini sebagai amalan sehari-hari..tapi ingat, kene banyak latihan ye..;)
[III] Tonton Program TV
Ada 2 program yang saya tonton malam ni, macam biasa, 30MUD dan program Para Sahabat Nabi S.A.W.
Ustaz kata wanita wajib tutup lurah |
Program seterusnya:
Kisah hari ini adalah tentang Hamzah bin Abdul Mutalib r.a |
Oleh Wahsyi dengan lembingnya |
Bapa saudara yang akrab dan sering melindungi Nabi S.A.W |
....dipimpin oleh Hamzah ketika Perang Badar |
Hamzah adalah watak utama |
Hamzah dilantik sebagai panglima Perang Qainuqa' |
Hamzah dibunuh oleh Wahsyi semasa perang Uhud. |
Semoga dirahmati Wahai Singa Allah dan RasulNya, Aminn.. |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment