Thursday 23 February 2012

Resepi Kek Marble Cream Cheese

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Menyebut tentang kek ini, saya sentiasa teruja. Saya amat gemarkan kelembutan kek dan kombinasi rasa coklat dan cheese yang sememangnya merupakan favorite saya :D

Tapi kalau ada yang lihat pada gambar kek saya ni, mesti timbul tanda tanya..betul ke sedap ni? hehehe.. sebenarnya masa saya buat ni...musim sejuk kan..jadi ada sedikit kesilapan teknikal...masa buat tu pulak nak cepat...huhuhu.. Dan akibat daripada itu, kek tidak terlalu gebu, tapi tetap lembut dan naik elok je;)

Banyaknye jerawat dia..hehehe..


Resepinya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan (acuan saiz 20cm):

a) Bahan-bahan kek

1. 180 gm Mentega
2. 170 gm Gula kastor
3. 3 biji Telur
4. 20 gm Serbuk Koko (saya pakai jenis Van Houten)
5. 120 gm Tepung Naik Sendiri
6. 1 sudu teh serbuk penaik

b) Bahan-bahan lapisan krim keju

1. 125 gm krim keju
2. 30 gm gula
3. 1 sudu teh esen vanila
4. 1/2 biji telur
5. 1 sudu teh jus lemon
Cara-cara:

1. Di dalam satu mangkuk, pukul mentega dan gula hingga lembut.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Satukan semua bahan-bahan kering (tepung, serbuk koko dan serbu penaik) dan ayak. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan tadi.
4. Bahagikan adunan kepada dua.
5. Untuk lapisan krim keju, satukan semua bahannya ke dalam satu mangkuk yang lain dan pukul sebati.
6. Tuangkan separuh daripada adunan kek ke dalam acuan dan seterusnya tuangkan semua adunan lapisan krim keju ke atas adunan kek tadi.
7. Kemudian, tuangkan baki adunan kek tadi. Jika sukakan marble effect, ambil chopstick atau lidi pencungkil makanan dan kacaukan adunan dengan bentuk bulatan. Tetapi jika tidak mahu, biarkan saja.
8. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 55 minit atau sehingga kek masak.
9. Keluarkan daripada oven dan sejukkan sepenuhnya.
10. Akhir sekali, kek boleh diletakkan topping dan disejukkan dalam peti sejuk atau dipotong dan terus dinikmati.



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment