Saturday, 25 February 2012

Resepi Mee Goreng Biasa-biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


Pagi ni saya masak mee goreng...emmm...inilah mee yang saya biasa goreng untuk sarapan dan kadangkala tu makan sehingga tengahari. Maklumlah, hari cuti...jadi masak banyak sikit supaya boleh makan banyak kali. Lagipun pagi ni saya dan suami dah ada perancangan nak ke flea market...hihihi


Memang biasa-biasa je..hihihih..


Saya kongsikan resepinya supaya menjadi rujukan suami yang mungkin kena masak di masa akan datang...heheheh

Bahan-bahan:

1. Mee kuning - 3 bungkus
2. Bawang besar dan bawang putih
3. Udang Kering
4. Cili kisar
5. Isi ayam
6. Udang basah
7. Telur
8. Tauhu goreng
9. Sawi
10. Daun kucai
11. Taugeh
12. Kicap masin dan kicap manis
13. Sos tiram, cili dan sos tomato
14. Garam
15. Perasa

Cara-cara:

1. Tumbuk udang kering, bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya untuk menumis.
3. Tumiskan bawang-bawang dan udang kering sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan cili kisar dan masak lagi hingga cili garing.
5. Masukkan isi ayam dan udang basah, tunggu hingga ayam dan udang masak.
6. Masukkan telur dan kacau sebati.
7. Masukkan pula sos-sos dan kicap.
8. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Masak hingga mendidih.
9. Masukkan mee kuning dan kacau sebati.
10. Masukkan pula sayur-sayur dan kacau lagi.
11. Perasakan dengan garam dan perasa.
12. Sedia untuk dinikmati.



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment