Bismillahirrahmanirrahim...
Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Ke Klinik
13 Febuari, Isnin,
sensei menetapkan tarikh untuk saya ke klinik bagi tujuan pemeriksaan. Sebelum ini, sejak dari hari Khamis yang lalu sehingga hari Ahad, saya perlu ke klinik setiap hari untuk mendapatkan suntikan HMG150IU(x2). Jadi hari ini
sensei mahu periksa keadaan saya, khususnya jumlah dan saiz folikel. Yang letih skit kat Jepun ni, setiap kali
sensei nak tahu keadaan pesakit, setiap kali itulah perlu buat
ultra sonography check. Walaupun saya masih dalam keadaan haid (hari ke-7), kena buat juga. Emmm..redha jelah.
Alhamdulillah, menurut Yoshi*ka Sensei, jumlah folikel saya agak memuaskan iaitu 14; 8 di sebelah kanan dan 4 di sebelah kiri. Dari segi saiz, juga sudah agak memuaskan sebab masih terlalu awal, hari ke-7. Jadi sensei mengurangkan dos ubat suntikan saya yang mana sebelum ini, nisbah LH:FSH masing-masing adalah 1:3 dan nisbah dos baru adalah 1:1. Dan saya perlu disuntik dengan dos ini selama 3 hari (Isnin, Selasa, Rabu)
InshaAllah hari Khamis ni, datang lagi jumpa sensei untuk pemeriksaan.
|
Macam biasa, sebelum balik, dapat surat cinta..hehehe..Ia memberitahu bahawa saya telah mendapatkan suntikan HMG150IU(x2) dan perlu datang lagi setiap hari untuk suntikan selama 2 hari. Pada 16hb perlu datang jumpa sensei. |
[II] Aktiviti Menarik Kelmarin
Kelmarin, Sabtu (11 Feb), macam biasa saya ke klinik untuk suntikan pagi. Yang bestnya, harini cuti umum Jepun, jadi tak perlula saya dan suami ke kelas
Nihongo...
yeayyyy..Menurut
sensei minggu lepas, hari ini adalah hari penubuhan Jepun. Walaupun kelas takde, tapi saya ada
plan lain..hihihi..saya diajak oleh 2 buah keluarga Malaysia di sini untuk makan
strawberry..syokkan? hihihi..Pukul 9:00 pagi kami dah bertolak dari rumah. Sampai je klinik, tak sampai 5 minit dah dipanggil untuk suntikan dan lepas tu terus boleh balik. Saya tiba di rumah mereka pukul 9:30, punyalah teruja nak makan
strawberry. Sebenarnya yang lebih teruja adalah mak buyung..hihihi...kami ni tolong meriahkan je..Tapi tahun ni memang teringin jugak makan
strawberry kat kebun sebab dah tahun akhir (
strawberry kat sini macam-macam saiz..banyak yang besar-besar, kembar pun ada..yang paling
best..manisssss), ditambah pulak harga
strawberry tahun ni
maintain mahal...huhhuuh..kalau pergi pasaraya mana-mana pun,
standard je harga dia Y450 dan ke atas.
Pukul 10 pagi, kami bertolak ke destinasi yang dituju. Kami tiba sekitar pukul 10:40 pagi, tapi tempat
parkingnya sudah ditutup..huhuhu..maksudnya takleh masuk. Nak
yoyaku tak dibenarkan pulak.
Okay, kerana tidak berputus asa nak makan
strawberry, kami
survey kebun-kebun lain yang berhampiran. Pun, takde rezeki kami. Emmm, akhirnya kami buat keputusan untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami menjumpai sebuah pasaraya baru.
MashaAllah, tak sangka ada pasaraya baru kat (kawasan kampung)? hehehe..Tapi kat sini memang tak pelik kot. Nama pasaraya: AEON BIG. Dek kerana tak dapat petik strawberry di kebun, terpaksalah mak buyung petik di AEON..hihihi..Emmm..menarik juga pasaraya ni, pilihan dan harga barangannya masing-masing pelbagai dan berpatutan.
Selepas itu, tiba-tiba ada
contigency plan...hehehe..menurut mak buyung, kedai Dom Dom di
Airport Okayama yang kami biasa singgah beli
burger tu dah berpindah ke
Tenmaya Happy Town Higashi. Memandangkan perut masing-masing dah berkeroncong, kami sama-sama bersetuju untuk makan
burger Dom Dom. Buat pertama kalinya kami menjejaki
Happy Town Higashi tuh (selalunya lalu je). Menarik jugakla, cuma bangunannya agak lama sedikit..Sampai je, kami terus ke kedai Dom Dom di aras bawah. Apalagi yang boleh
order pun..
Fish or Ebi..Macam biasa, kami
order dua-dua supaya dapat rasa dua perasa..hehehe..
MashaAllah, nikmat sungguh rasenye lepas 9 bulan tak makan burger..hehehe...
Alhamdulillah:)
Di samping tu saya nak kongsikan ilmu yang saya perolehi daripada rancangan Cinta Masjid...
|
Penyampai: Ustaz Don |
|
Antara adab-adab dalam masjid: Masuk kaki kanan, Solat tahiyatul masjid, Niat i'tikaf dan Pakaian bersih dan indah |
|
Ustaz nak tunjuk cara Nabi duduk..kaki rapat ke dada dan tangan seperti memeluk lutut |
[III] Semalam, Hajat Kesampaian
Hari ini (12 Feb) kami ke klinik lebih awal. Pukul 9 pagi dah siap disuntik dan 9:10 dah sampai ke rumah kawan-kawan untuk bersama-sama konvoi ke kebun
strawberry.
Alhamdulillaahhhhh...setibanya di sana,
parkingnya masih dibuka...Rezeki mak buyung dan bayinya..hihihi..Nak tengok kebun
strawberry Jepun?
|
Parkingnya dibuka sebagai tanda pengusaha kebun mengalu-alukan kedatangan kami:) |
|
Sebelum masuk, beratur untuk bayar. 1 orang dewasa: Y1500 |
|
Posing pertama dengan strawberry..しあわせ。。 |
|
Khusyuknye..hihihi |
|
Satu... |
|
Dua... |
|
Tiga... |
|
Bunga |
|
Siapa tu? |
|
Yups...Mr Bee
|
|
Penuh dah... |
|
Kat luar pun makan lagi? hihihih
|
|
Model produk..hehehe
|
|
Muka kekenyangan:) |
|
Alhamdulillah...おいしいかった! |
|
Untuk rujukan di masa hadapan;) |
Minnasan, Otsukaresama deshita!
Di sebelah malanya saya sempat menonton filem lama bertajuk "
The Lions"...best sangat!
|
Diadaptasi daripada kisah benar mengenai hero Islam di Libya: Omar Mukhtar |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment