Friday, 3 February 2012

Hari Istirehat

Khamis...

Sebelum ini saya menggambarkan hari Khamis sebagai hari menuntut ilmu. Tapi, sejak dua menjak ni, keadaannya menjadi sebaliknya, atau saya gelar sebagai hari istirehat, namun saya tetap bersyukur:)


[I] Kelas Batal, Terpaksa Rehat

Hari ini saya mempunyai kelas bahasa Jepun yang perlu dihadiri di sebelah petang. Namun, sekitar pukul 2 petang, saya mendapat mesej daripada sensei yang berbunyi begini:

"きょうは、べんきょうは おやすみ です。ジミさんにも つたえてください。すみません。”
(faham tak? kalau tak, saya tolong alihbahasa naaaa...."Harini kelas cuti. Tolong beritahu Jimy sekali. Maaf")


Alhamdulillah...:D Kenapa saya seronok sangat dapat mesej ni? Sebenarnya, saya sendiri merasakan badan saya agak kurang kuat untuk berbasikal ke Ai Plaza hari ini. Hasil daripada nasal spray yang telah saya ambil sejak 29 Januari yang lalu, yang perlu saya ambil setiap hari itu, ia menyebabkan pinggang saya lenguh, sakit-sakit dan kadangkala kepala pening. Oleh kerana itu, saya memberitahu suami bahawa saya ingin menaiki bas ke kelas hari ini (sekitar pukul 1 petang) dan minta bantuan suami untuk dapatkan jadual bas (jadualnya adalah seperti di link di bawah dan saya perlu klik bas nombor 17 untuk naik di Myozenji dan turun sebelum Okayama eki, berdekatan bangunan Ai Plaza sendiri)

http://www.okayama-kido.co.jp/bus/jikoku.html

Saya siap-siap tanya dengan suami bagaimana saya nak pastikan kiblat kerana saya ingin ke sana lebih awal dan solat Asar di kelas (Asar lebih kurang 3:15 ptg dan kelas mula 3:30 ptg), maklumla, orang takde IPhone...hehehe..Ini semua antara usaha saya untuk jadi orang yang menepati waktu kerana sudah beberapa kali saya terlewat ke kelas kerana solat Asar di rumah (kalau saya solat di rumah, pukul 3:25 ptg baru bertolak dari rumah dan sampai ke kelas sekitar pukul 4 ptg. Walaupun saya memaklumkan pada sensei yang saya akan lewat kerana solat dan sensei membenarkan, namun saya tetap rasa tak sedap hati kerana telah mengganggu teman sekelas saya yang telah bermula lebih awal dan terganggu ketika kehadiran saya di tengah-tengah proses pembelajaran.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk saya:) Kesimpulannya, saya benar-benar dapat merehatkan diri di rumah.


[II] Save Our Mother Earth

Hari  Khamis turut merupakan hari pembuangan sampah yang boleh dibakar (burnable) seperti sisa makanan, barang-barang berasaskan getah seperti bola, selipar, barang-barang berasaskan kulit seperti beg tangan, kasut dan tali pinggang, botol shampoo dan sabun serta ranting kayu. Sebelum dibuang, semua sampah ini perlu diletakkan dalam plastik kuning, plastik yang dibeli khas untuk buang sampah. Sebelum saya datang Jepun (saya datang 2009), dengarnya di bandar Okayama ni tak perlu beli pun plastik sampah khas ni. Bila dah beberapa bulan menetap di sini, saya bertanya pada sensei kelas bahasa Jepun di Kyouyama Kaominkan, katanya mungkin kerana Majlis Bandaran Okayama pitih dah kurang, jadi untuk tambah pitih, makanya kaedah ini diperkenalkan...hehehe..

Seperti biasa, ada waktu yang ditetapkan untuk pembuangan sampah nih, iaitu antara pukul 7 pagi (atau lebih awal) sehingga pukul 8:30 pg. Kebiasaannya di kawasan saya ni, pukul 8:40 pg memang takde dah sampah-sampah tu, lori sampah dah angkut :D Nak tengok tempat pembuangan sampah barang-barang harian kat Jepun? Silalah skrol ke bawah ye..;)

Saya tolong makcik ni pegangkan basikal dia sebab bila sampah diangkat, basikalnya terjongket..heheh




Gambaran sampah-sampah yang dibuang di tempat pembuangan sampah atau dipanggil "Gomi Station"-stesen sampah



Pemandangan dari jauh..kecik je tempat buang sampah ni. Ia menampung sampah-sampah yang dibuang oleh penduduk sekitar stesyen ini. Sebenarnya ada banyak Gomi Station bagi memudahkan penduduk setempat..baguih betul!;)



Ini adalah pemandangan selepas semua sampah diangkut oleh lori...ruang hadapan ditutup dengan tirai hijau menandakan tidak boleh buang sampah.


Agak-agaklah, sesuai tak kalau kita aplikasikan kaedah pembuangan sampah di Jepun ni, kat Malaysia??? Tepuk dada tanya iman;)


[III] 30MUD & Reflections

 Alhamdulillah, hari ini saya dapat menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don pada pukul 11 malam dan Reflections pada pukul 11:30 malam. Saya ingin kongsikan apa yang saya pelajari hari ini:)



Seperti biasa di permulaan, ustaz mohon maaf pada alim ulama, tuan guru, kalau ada tersalah kata dan mohon diberikan teguran pada kesalahan dan kekurangan


Baca doa dulu sebelum belajar:)


Pada episod kali ini, ustaz cerita tentang perkahwinan Nabi S.A.W yang mana Baginda berkahwin dengan Khadijah pada usia 25 tahun. Semasa berkahwin dengan Khadijah, Baginda tidak berpoligami dan dianugerahkan 7 orang anak. Namun selepas kewafatan Khadijah, selepas 2 tahun pemergian Khadijah, barulah Baginda berkahwin lagi.


Ustaz cuba melakonkan aksi Malaikat Jibril memeluk Nabi ketika di Gua Hira' dan menyampaikan wahyu pertama iaitu "Iqra'!". Ketika usia Nabi S.A.W mencecah 40 tahun, Baginda mula membawa dirinya ke Gua Hira' sehinggalah Baginda mendapat wahyu yang pertama itu. 

Selesai 30 Minit Ustaz Don, kita sambung dengan Reflections plak...hihihih..




Reflections atau Musahabah Diri





Salah satu sumber biografi Rasulullah S.A.W adalah Al-Quran




Maksud Surah Ad-Dhuha





 
Perkara penting dalam ayat ini adalah penduduk Mekah bertanya pada Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah berhenti menurunkan wahyuNya?


Rasulullah S.A.W merupakan anak yatim. Sejak dari Baginda di dalam perut ibunya, bapanya telah meninggal dunia. Kemudian ibunya pula meninggal dunia, setelah itu pak ciknya. Jadi Allah la yang menjaga Baginda. Berdasarkan kehilangan orang-orang yang disayangi Baginda seorang demi seorang, Rasulullah yatim banyak kali dan Allah mengingatkannya kepada Baginda.


Allah lah yang memberikan kecukupan kepada Baginda


Allah menjadikan Baginda sebagai seorang yang lengkap bagi keperluan seorang manusia





3 nilai penting dalam kehidupan Rasulullah yang diterangkan dalam surah ini adalah;
 1) Anak Yatim  2) Sentiasa Mencari Kebenaran  3) Tidak Memerlukan Orang Lain


....bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa Baginda.
Dan Baginda bersyukur dan terus beribadah sebagai tanda bersyukur


Bacalah Al-Quran seperti anda mendengar sunnah daripada Baginda S.A.W


Diberi kefahaman melalui kefahaman Baginda S.A.W...Aminnn


"Semoga Allah SWT memberi petuntuk yang kita perlukan"..Aminnnn


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment