Saturday, 25 February 2012

Flea Market Datang Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

[I] Ke Flea Market

Harini 25hb, Sabtu minggu ke-4 bagi bulan Febuari. Seperti bulan yang sebelumnya, saya tidak melepaskan peluang untuk ke Okayama Dome. Ada apa ek? Yeee betullll..flea market. Memandangkan cenderahati yang ingin dibawa pulang masih tidak mencukupi, saya gagahi diri untuk ke jualan tersebut, mana tahu rezeki saya ada bulan ni..Dan Alhamdulillah..sangat-sangat berbaloi belian pada harini. Nak tengok apa yang saya perolehi? Sekejap...sebelum tu, saya nak kongsi gambar-gambar menarik yang dijumpai dalam perjalanan ke Okayama Dome...


Praktikal kan basikal Jepun? Ibu atau bapa boleh bawa anak mereka sehingga 2 orang,
1 orang depan, 1 orang belakang;)


Teksi Jepun, antara pemandu dan penumpang ada pemisah..nampak tak?


Antara persimpangan utama...


Kereta dari 2 arah bertentangan sama-sama jalan? Tak bahaya ke? Di Jepun, Tak...


Papan Tanda...kalau nak balik rumah, belok ke kiri, Central Okayama...tapi sebab nak pergi Dome, belok kanan:D


Rezeki dok belakang orang yang sedang diuji...huhuhuh

Bukan show off ye, hanya untuk kenangan saya dan keluarga:) Alhamdulillah, bila saya bertanya pada peniaga sama ada barang-barang tu dah dipakai ke belum, semua kata barang baru...しんぴん です!


Buku cerita (Y50/satu), beg (Y30/satu), botol minuman (Y50) dan pencil case (FOC)



Y200 + Y150 + Y150


Y100 + Y300 + Y300


Y300 + Y300 + Y400


Y1000 + Y300 + Y300

[II] Ke Profoods

Dalam perjalanan pulang, saya beritahu suami yang saya mahu ke kedai Profoods. Kedai ni memang terkenal dengan bahan-bahan dan peralatan untuk membuat kek, biskut, roti dan yang sewaktu dengannya. Tapi tujuan saya ke sana bukanlah untuk cari bahan untuk buat kuih muih, tapi cari bahan untuk buat kari..hehehe..Suami on je, tapi katanya nak kene isi minyak dulu. Saya pun okay jelah. Nak tau kami isi minyak kat mana? Tuuu..


Fracasso...restoran makanan Barat

Kemudian kami meneruskan pencarian bahan membuat kari. Kalau kari orang Pakistan, mereka memang tak letak bahan ni. Kari Jepun pun sama. Apalah agaknye bahan tu ek..hehehe..Jeng jeng jeng..


Santan..hehehe..Y198/400ml/tin..dua-duanya produk dari Thailand..jenama ni memang pekatla santanya..

Ye betulll...Saya ke situ mencari santan kelapa. Bagi saya santan di sini lebih murah berbanding pasaraya APrice (Y250++) mahupun Kurusawa san (di sini lebih murah Y2 hehehe) Alang-alang datang, suami suruh beli banyak..banyak mana la kan? Adalah 6 tin..hihihi..

Inilah Profoods...


Purofu-zu desu! Dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam. No. tel: 0120-41-2622


[III] Penerang Hati

Apa tuh? Doa ke? Nak tahu? Cuba klik video di bawah;)




Ye, itulah lagu terbaru kumpulan Saujana feat Sixth Sense;) Credit pada tuan yang mengupload video nih:)



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment