Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Pengajian dalam Talian
Alhamdulillah...hari ni, Selasa, saya dapat ikuti kembali pengajian online bersama-sama teman Malaysia dan Indonesia di Skype. Gembira sangat dapat bertanya khabar, mengaji bersama dan berkongsi ilmu. Pada pertemuan kali ini kami membaca ayat-ayat suci AQ dari Surah Al-Maidah [5] ayat 24 hingga ayat 36. Dan antara tafsir ayat-ayat yang dibaca oleh N*za adalah tentang kisah dua putera Nabi Adam a.s iaitu Habil dan Qabil [ayat 27-31], yang mana akibat daripada korban yang dilakukan oleh Qabil tidak diterima Allah, beliau telah membunuh saudaranya Habil. Kemudian Allah telah menunjukkan cara menanam mayat saudaranya melalui burung gagak.
Tafsir ayat 27: Dan bacakan (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai 2 orang anak Adam; Haabiil dan Qaabiil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang daripadanya (Haabiil) dan tidak diterima korban dari yang lain (Qaabiil). Berkata (Qaabiil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu !'. (Haabiil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
Tafsir ayat 28: "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbirkan sekalian alam;
Tafsir ayat 29: "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah balasan orang-orang yang zalim".
Tafsir ayat 30: Maka nafsu jahat (Qaabiil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu, menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
Tafsir ayat 31: Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qaabiil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qaabiil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbus mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.
[II] Kedatangan yang Tidak Diduga Membawa Rahmat
Hari ini saya rasa takde selera, akibatnya, saya tak tahu nak masak lauk apa untuk makan tengahari. Namun memandangkan suami ada mesyuarat, dia akan pulang sekitar lepas Asar. Jadi, saya tak terikat untuk masak segera (memandangkan pengajian pun selesai pukul 12:40). Sebelum waktu suami pulang, saya masak nasi dan keluarkan ayam (tapi dalam kepala masih belum ada idea).
Setibanya suami di rumah pukul 5 petang, dia bagitau yang kawan UMPnya nak tumpang mandi di rumah. Terus saya tanyakan, kawannya ada di mana? Katanya dalam 20km nak sampai Okayama. Bila saya congak-congak, emmm..sempat kot nak clearkan bilik depan (ada banyak kotak) dan sediakan sedikit minum petang. Kemudian suami ke masjid untuk berjumpa dengan kawannya.
Sekitar pukul 7 malam barulah suami dan kawannya (beserta 3 orang hero) sampai. Alhamdulillah masa tu saya dah siap-siap potong bahan-bahan yang nak dimasukkan dalam cucur..heheh.. nampaknya hanya cucurlah yang sempat saya hidangkan pada tetamu kami. Sememangnya kami biasa juga menerima kunjungan kawan-kawan bekeluarga di sini. Jadi, memang mengalu-alukan sesiapa yang mahu singgah mahupun tumpang tidur.
Daripada setengah mangkuk, tinggal suku..sat lagi siapla..hihih |
Cucur ikan bilis + sayur (carrot, kentang, kucai) |
Keropok kacang hijau..マレーシア から credit to シャヒラちゃん...おいしいかった!;) |
Kami diberi omiyage dari Hiroshima...MashaAllah..おいしいそう!
4perasa yang berbeza dan sedap! |
Sekitar pukul 8 malam, kawan suami bergerak dari rumah kami ke destinasi seterusnya, Kobe...Selamat Jalan!:) |
Dan suami kembali ke rutin harinnya...
Habis bungkus semua...sejukkkkk |
[III] Tonton TV
1) Menu Alam
Ikan Baung Goreng |
Salad Kao Sok |
2) 30MUD
Masih dengan bab Menutup Aurat, tapi kalini fokus pada Bonggol Unta |
Ustaz lukis 2 perbandingan wanita bertudung yang tiada bonggol unta dan ada bonggol unta (tengah) |
Kalau yang macam wanita di sebelah tepi (kiri) tu, okay;) |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment