Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
20 Febuari, Isnin..
[I] Menjalani Prosedur Egg Retrieval
Alhamdulillah, usai solat Subuh, saya dan suami tidak tidur..(sebab selalunya kami tidur; seboleh-bolehnya kami tunggu lepas solat sunat Ishraq, dek kerana kesejukan yang menggigit tulang-temulang). Sebab utama keberjagaan kami adalah kerana ingin mempersiapkan diri ke klinik untuk prosedur penting, Egg Retrieval. Bukanlah sebab saya nak makan ke..(sebab saya dah mula puasa mulai 12:05 malam tadi), tapi menyiapkan fizikal dan mental, yang mana bagi saya, buat pertama kalinya dalam hidup ini akan masuk ke operating room, manakala suami perlu ke bilik kecil, bersendirian, melakukan mission not impossiblenya...emmm..
Nak tahu apa yang kami akan lalui pada hari ni? Cuba tengok jadual kat bawah tuh..
Terpaksa x-large kan dia nak bagi nampak..boleh faham tak? hihihi |
Setibanya di klinik pukul 7: 59 pagi, ternyata klinik begitu lengang...hanya ada doktor dan beberapa jururawat serta kakitangan klinik yang terlibat dengan urusan kami. Sekitar pukul 8:02 pagi, suami diarahkan untuk ke bilik kecil di tingkat 2 dan saya pula ke tingkat 3. Kami saling mengucapkan 'Selamat' antara satu sama lain:).
Apa yang saya perlu lakukan di tingkat 3?
Setelah melakukan perkara-perkara di bilik pertama, saya disuruh ke tandas, tapi tak diberitahu pula untuk apa..(mungkin bagi membuang air kecil bagi memudahkan prosedur dijalankan)...Kemudian, saya dibawa ke bilik rehat, iaitu bilik-bilik di sebelah kanan tandas. Saya direhatkan sebentar di salah satu bilik sambil jururawat memeriksa tekanan darah serta memasukkan tiub tempat ubat bius akan salurkan ke dalam badan saya. Selepas itu, saya diiring untuk ke operating room oleh seorang jururawat dan sebaik sahaja memasuki bilik tersebut, saya perlu menyebut nama dan no id klinik saya (ingat-ingat lupa jugak la..huhuhu). Kemudian saya disuruh baring ke atas katil yang bahagian kakinya direnggangkan. Setelah itu, masuklah Yoshi*ka Sensei memperkenalkan dirinya dan mengucapkan selamat pagi..(bagus betul doktor kat Jepun nih). Sensei memeriksa keadaan ovari saya, melihat saiz telur dan terdengar jururawat mengatakan ubat bius akan mula dimasukkan. Sebaik sahaja saya disuruh berdehem, tak sampai seminit pun, saya dah out..huhuhuh
Sekitar pukul 9:05 pagi, saya tersedar kerana jururawat masuk ke dalam bilik. Dia kata saya boleh tidur lagi 30 minit. Saya pun terus pejam mata dan out sekali lagi..hihihih..Ubat bius tu memang betul-betul berkesan buat saya yang memang senang tidur nih..Kemudian sekitar pukul 9:40 pagi, jururawat masuk lagi dan ambil darah saya. Selesai pemeriksaan dilakukan, saya disuruh membuang air kecil dan seterusnya saya dibenarkan menukar pakaian dan pergi ke tingkat 2 untuk berjumpa sensei.
Selesai tukar pakaian, sekitar pukul 10 pagi, saya turun ke tingkat 2 dan sms suami supaya kami sama-sama dapat berjumpa sensei dan mendengar hasil prosedur yang baru sahaja selesai. Alhamdulillah, dalam pukul 10:15, kami berjumpa Yoshi*ka Sensei dan beliau memaklumkan terdapat 21 folikel (yang diharapkan ada telur di dalamnya) telah dikeluarkan daripada kilang telur saya. MashaAllah, banyak tuh...hihihih..kami gembira kerana ada juga telur yang dijangka matang yang dapat dikeluarkan dan jumlahnya amat memberangsangkan. Kemudian sensei memeriksa ovari dan rahim saya secara ultra sonoghraphy sekali lagi dan mengatakan bahawa keadaan saya normal dan saya dibenarkan pulang. Namun sensei ada memaklumkan tentang risiko berlakunya OHSS (Ovarian Hyperstimulation Syndrome) kerana banyak folikel bersaiz besar telah berjaya dihasilkan oleh ovari dan ia mungkin akan menyebabkan pembengkakan ovari dan akibat daripada itu, akan terdapat banyak cecair (daripada folikel) masuk ke dalam perut dan paru-paru. Ya Allah, harap-harap ia tak berlaku, Amin. Saya pulang dengan dibekalkan dengan 2 jenis ubat iaitu Famotar (dimakan 3kali sehari selepas makan selama 3hari yang berfungsi sebagai antibiotik) dan Tomiron (dimakan 1tablet selepas makan malam selama 14 hari).
Sampai di rumah, saya benar-benar merasa lapar..maklumlah, orang puasa setengah hari. Sememangnya saya telah masak kari kambing malam tadi dan kami makan bersama dengan nasi. MashaAllah...tersangatlah sedapnye..tapi sensei dah pesan supaya saya makan pada tahap mild atau sedikit. Ok sensei!
Selepas itu, suami ke sekolah, meneruskan rutin hariannya, manakala saya baring di atas katil bagi merehatkan tubuh badan yang berusaha gigih hari ini. Otsukaresama!
[II] Link-link Rujukan Berkaitan IVF
Setelah terbangun dari lena, entah kali yang ke berapala hari ni..huhuh..saya jalan-jalan kat internet dan terjumpa link-link yang bagus untuk saya lebih memahami IVF dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
1) http://www.ivf-treatment.com/pertanyaan.htm
2) http://dradilah.blogspot.com/
3) http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007294.htm
Memang sungguh-sungguh bermanfaat!;)
[III] Tonton TV
Nama Program: Para Sahabat Rasulullan S.A.W |
Kisah Sahabat kali ini adalah mengenai Ali bin Abu Thalib r.a |
p/s: Sekitar petang dan malam, saya mendapat sms daripada teman-teman di sini, bertanyakan khabar saya setelah melakukan prosedur pagi tadi. Ya Allah, saya benar-benar merasakan diri saya tidak keseorangan walaupun jauh tercampak di atas bukit nih..huhuhu..Alhamdulillahhh...:)
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment