Saturday, 18 February 2012

Injection Malam & Melawat Anak Kecil Pertama Okayama Tahun Ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Suntikan pukul 9 malam di Bangunan Lama

Sabtu...hari ini saya perlu mengambil suntikan, tapi tidak seperti selalu di waktu pagi. Malah ubat yang akan disuntik juga berbeza. Memang luar biasa daripada hari-hari sebelumnya, tapi sensei mengingatkan bahawa ianya penting dan saya perlu datang 10 minit lebih awal.

Setibanya saya sekitar pukul 9:50, saya terus ke interphone dan menyebut nama. Ternyata jururawat bertugas telah menunggu. Pintu dibuka secara automatik dan saya terus masuk dan memakai selipar klinik. Jururawat yang dari tingkat 2 turun ke bawah dan mengucapkan Konbanwa dan terus memandu saya naik ke atas. Beliau menyuruh saya menunggu di salah satu bilik yang ada katil dan sofa. Kecil, tapi praktikal. Saya menunggu beberapa minit dan kemudian jururawat datang dengan ubat serta meminta BBT saya. Dengan merujuk kepada BBT, beliau menunjukkan ubat yang akan disuntik iaitu HCG10,000 dan menyuruh saya baring di atas sofa. Seperti biasa, suntikan di punggung. Selesai sahaja prosedur tersebut, saya dibenarkan pulang.

Sampai di kereta, jam baru menunjukkan pukul 9:01 malam. Ehhh...jururawat tu suntik lebih awal daripada masa yang sepatutnya? 1 atau 2 minit je kot..hehehe..Walaupun saya perlu mengambil suntikan pada waktu malam, namun kerana saya telah meminta izin daripada Takag* Sensei untuk ambil cuti 2 kali Sabtu iaitu hari ini dan 25hb, jadi saya tetap tidak menghadiri kelas Nihongo. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti berfaedah di sebelah siangnya bagi menggantikan kelas yang tidak kami hadiri..boleh pulak macam tu ye..hihih..Alhamdulillah selesai semua suntikan..hanya perlu tunggu hari Isnin untuk prosedur yang mendebarkan itu..



[II] Membeli Hadiah untuk Bayi Pertama Okayamalaysia

Kami ke Nishimatsuya, sebuah kedai harga patut yang menjual pelbagai barang anak-anak dari usia 0 hingga 12 tahun. Kebetulan saya ingin memohon jasabaik teman saya, Li* untuk mengalihbahasa dokumen yang baru saya perolehi daripada klinik semalam untuk saya lebih fahami mengenai prosedur egg retrieval. Jadi saya menjemput beliau di Happy Town dan kami sama-sama ke Nishimatsuya mencari hadiah dan seterusnya melawat bayi pertama Okayamalaysia:) Selepas itu, kami sama-sama ke Masjid Okayama untuk solat Maghrib dan seterusnya ke Kurusawa untuk beli sedikit barangan halal. Memandangkan urusan alihbahasa belum selesai, Li* mengajak saya untuk ke rumahnya esok. Alhamdulillah, Allah jadikan Li* sebagai pemudahcara kami..syukurr...



[III] Melawat Puteri Sulung J*mmy dan Haja*

Kami tiba di Saisekai Byouin pada pukul 6:15 petang. Memang sengaja pilih waktu antara 6 hingga 8 malam untuk melawat bayi sekali. Naik tingkat 8, terus cari bilik Haja* dan kebetulan katil beliau yang paling hampir dengan pintu bilik (bilik 4 orang). Wajahnya kelihatan tenang dan ceria apabila melihat kami datang. Beliau menceritakan pengalaman pertamanya melahirkan secara normal dan kata-katanya yang saya ingat adalah sakit bersalin ni memang sangat sangat sakit..tidak ada sakit yang paling sakit melainkan sakit bersalin...fuuhhh..tuh diaaa..(saya ni pulak memang tak sabar-sabar nak mengandung dan bersalin..cari ubat lagi tuh menyediakan diri ke keadaan itu..hehehe..padahal sakitnye..eemm..mungkin saya dah tak kisah kan sakit tu kot..keinginan untuk mendapat anak itu lebih tinggi mengatasi apa pun..tuh diaaa...tekad seorang bakal ibu:D)

Nak tengok bayi dan umi?

Uweeekkk...nak umi lah tuh..hihih


Senyap daaaah..pandai jururawat tuh:)


Sengih skit...


Semoga J*mmy & Haja* menjadi ayah dan umi yang mithali & semoga puteri sulung mereka menjadi anak solehah yang akan berbakti kepada kedua ibubapa nya, Amin:)
p/s: yang sebelah kiri tuh pun tak lama je lagi..semoga dipermudahkan, Amin..


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment