Thursday, 23 February 2012

Resepi Kari Sotong

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Hari Selasa yang lalu, saya masak kari sotong...pertama kalinya dalam hidup :D Nak tengok ghupenye?


Gambar tak berapa nak cun..hihihi

Walaupun tidak berapa manis dipandang, tapi saya sangat sukakan rasanya. Sebenarnya saya teringin nak makan kari sotong kat kedai mamak yang seketul-seketul yang di dalamnya ada inti tuh. Tapi, sotong yang begitu takdelah pulak. Jadi, masak apa yang ada jelah. Tapi cara  masak kuah kari tuh saya ikut macam cara yang mamak masak tu..

Bahan-bahan:

1. Sotong
2. Bawang besar dan bawang putih
3. Halia
4. Serbuk cili
5.Serbuk kari Baba's
6. Serbuk jintan manis dan jintan putih.
7. Rempah ratus 4 serangkai; kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
8. Halba campur
9. Santan
10. Air
11. Garam dan gula

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah ratus 4 serangkai sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang-bawang dan halia yang ditumbuk tadi dalam kuali. Kacau dan masak hingga semuanya kekuningan.
4. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kari dan serbuk jintan dan kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan halba campur dan kacau lagi.
6. Masukkan bawang besar yang dikisar dengan air ke dalam periuk tadi dan tunggu sehingga air tersebut mendidih.
7. Kemudian masukkan sotong dan santan.
8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukupnya.



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment