Wednesday 1 February 2012

Program-program Favorite

Hari ini saya ingin kongsikan program-program menarik di radio dan TV yang saya merupakan program favorite yang sedaya upaya saya akan cuba menghadirkan diri. InshaAllah majlis ilmu yang dicurahkan keberkatan di dalamnya, Amin.

[I] Islam Itu Indah, IKIMfm

Setiap hari Rabu, dari pukul 11 pagi hingga 12 tengahari saya akan berusaha memastikan diri saya berada di rumah dan mendengar radio. Program apa yang menarik sangat tuh???

Sejak dari tahun lepas (2011), saya mula mengenali personaliti yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia ini. Nama beliau: Prof. Dr. Muhaya Muhammad. Seorang personaliti yang merupakan doktor pakar mata yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan beliau. Kerana itu saya fikir, slot yang diamanahkan kepada beliau oleh IKIMfm dari 11 pagi hingga 12 tengahari (waktu Jepun) ini diberi nama Islam Itu Indah.


[II] 30MUD, TV Alhijrah

Seperti malam-malam sebelumnya, saya bersyukur kerana berkesempatan mengikuti slot Ustaz Don di TVAlhijrah yang menyambung penceritaan kisah kelahiran Rasulullah S.A.W.


[III] Refelections, TV Alhijrah

Setelah mengambil nasal spray pukul 11:30 malam (memandangkan suami masih belum mahu tidur), saya mengikuti rancangan Refelctions. Namun agak pelik sedikit malam ini kerana ia bukannya diterajui oleh Imam Suhayb Webb, tetapi Dr. Maszlee.

No comments:

Post a Comment