Sunday 5 February 2012

Hari Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Ahad, 5 Febuari, bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1433H

[I] Maulidur Rasul



Alhamdulillah..sambutan Maulidur Rasul 1433H masih diteruskan dengan tema
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

Tarikh 12 Rabi'ul Awal ini merupakan satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana pada tarikh tersebut lahirlah seorang pesuruh Allah, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Seorang Rasul yang diutus untuk menyampaikan kalam Allah, menyebarkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi rahmat buat seluruh alam ini:) Subhanallah!


Akhlak Rasulullah merupakan Al-Quran...Subhanallah!!!

Rasulullah seharusnya dijadikan suri teladan oleh seluruh umat Islam khususnya dan seluruh manusia amnya dalam semua aspek baik politik, ekonomi, sosial mahupun sebagai hamba Allah.



Kerana itu, tidak pelik jika Rasulullah berada pada ranking pertama The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History , buku yang ditulis oleh Michael H. Hart




[II] Mengasah Kemahiran

Malam ini saya dikunjungi oleh seorang adik di sini. Kedatangannya dengan tujuan untuk memohon sedikit pencerahan daripada saya berkenaan penulisan tesisnya. Saya maklumkan di awal perbincangan bahawa saya kurang arif memandangkan latar belakang pendidikan saya yang berbeza dengannya. Namun, InshaAllah, saya boleh cuba untuk melihat apa-apa yang boleh dibantu dari aspek bahasa iaitu perkataan yang digunakan, struktur ayat dan tatabahasa yang betul. Ya Allah, bantulah kami, berilah kami kefahaman dan permudahkanlah, Amin.


[III] Selawat Nabi















Jom Selawattttt :)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment