Wednesday, 29 February 2012

Ketawa Penawar Duka

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


Hari ini saya berasa teramat kurang selesa...kesakitan terasa di sekitar perut, rahim dan pinggang. Tapi saya redha.  Memikirkan keadaan yang kurang selesa itu, saya berehat sambil mencari-cari sesuatu yang dapat melegakan ketidakselesaan tersebut. Akhirnya saya jumpa video ni, satu ceramah yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk..sungguh kelakar..hihihih...



Hahahah...this video really makes my day! Saya benar-benar rasa terhibur dan ia serba sedikit menjadi penawar pada kesakitan yang saya hadapi. Dalam masa yang sama, saya turut mendapat mesej yang begitu bermanfaat di sebalik penceritaan tersebut. Good job Sheikh! Semoga Allah merahmati Sheikh Ismail Menk, Amin.


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Video Ceramah/Syarahan

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


Saya ingin berkongsi 2 video ceramah yang menarik, penuh bersemangat yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk ketika beliau berkunjung ke Malaysia pada bulan Febuari 2012. MashaAllah, penuh inspirasi....Semoga bermanfaat:)

[I] Sebahagian daripada syarahan yang bertajuk: "The Fortunate Muslim Family: Divine Solution to the Fragmented Family" yang disampaikan pada 20 Febuari 2012 di Universiti Malaya, KL.



p/s: lepas tengok video ni, jangan lupa puji masakan isteri-isteri kesayangan anda ye!;)



[II] Sebahagian daripada syarahan yang bertajuk: "Being Steadfast on the Path" yang disampaikan pada 22 Febuari 2012 di Universiti Malaya, KL.


Sedikit isi penting daripada syarahan tersebut yang saya kongsikan di sini:

1) Maksud ayat 97 Surah An-Nahl[16]: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
[Whoever does righteous, whether male or female, while he is a believer-We will surely cause him to live a good life and We will surely give them their reward [in the Hereafter] according to the best of what they used to do]

2) Sekiranya kita ingin miliki kehidupan yang baik, bahagia, berpegang teguhlah pada jalan Allah.
[For us to achieve good life/pure life/happy life/, steadfast in the path.]

3) Kita selalu salah faham dan menyangka, bila kita tidak perolehi apa yang kita mahukan, itu bermaksud Allah tak gembira dengan kita. [If we don't have what we want, that means Allah don't happy with us.]

4) Kadangkala, disebabkan Allah sangat menyayangi kita, Dia tak beri kita sesuatu dan menimpakan kesusahan/bencana. [Sometimes, because He loves you so much, He doesn't give you something, He inflicted you with some form of calamity.]

5) Tiada sesiapa pun dapat menjanjikan bahawa dalam dunia ini, kita akan dapat apa sahaja yang kita mahukan. [Nobody ever promise that in this world, we will get whatever we wanted.]

6) Jika kita perolehi semua yang kita mahukan di dunia ini, untuk apa Allah janjikan syurga di kemudian hari? Kita masih mahu mencari syurga itu sehingga bila-bila pun, walaupun dalam keadaan kita tidak mempunyai apa yang kita mahukan. [ Because if that's the case (we get whatever we wanted), what's the point of having paradise a little bit later? When I have everything I wanted here. We still want to look forever and ever, even though, we don't have what we want].

7) Jika mahukan kepuasan, kesenangan, kebahagiaan, maka berpegang teguhlah pada jalan Allah. [If you want contentment, happiness, steadfast on the path.]

6) Apabila Allah sangat menyayangi kamu, Dia membenarkan kamu melalui banyak ujian. [Allah loves you much, He let you go through many more test.]

7) Sebagai contoh:
    i) kehilangan (kematian) anak yang masih bayi [lost children in infancy]
    ii) sakit kuat/tenat [terminally ill]
    iii)  melalui pergolakan hidup yang berat [going through heavy turbulence]

8) Semua ini adalah tanda bahawa Allah sayangkan kamu, Allah beri kamu peluang untuk hampir kepadaNya. Jadi rangkullah peluang itu, itulah syurga kamu, ia tidak akan datang lagi. [Its a sign of Allah's love, He gives you opportunity to get close to Him. Embrace it, that's your paradise, it'll not come again.]

9) Dalam menghadapi ujian Allah, jangan putus harapan, jangan goyah. Itulah syurga kamu, ia tidak datang secara murahan [do not loose hope, do not sway. that's your paradise, it doesn't come cheap]

10) Jika kita lihat kehidupan Rasulullah S.A.W, Baginda kehilangan anak lelaki Baginda, malah sejak dari dilahirkan, Baginda kehilangan ayah, seterusnya ibu, datuk dan pak cik. [Rasulullah S.A.W lost children, also one after another, start with his father, then mother, grandfather and uncle.]

11) Oleh itu, berpegang teguhlah pada jalan Allah.

Semoga Allah kurniakan kita dengan pegangan teguh di jalanNya, Amin. [So, steadfast on the path].

"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Hadis Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad





Ringkasan Hadis Mengenai Prinsip Menuntut Ilmu:

Sesiapa yang Menuntut Ilmu untuk:

1) Bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya
2) Bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya
3) Menarik perhatian orang ramai memujinya

Maka Allah akan masukkannya ke dalam Neraka.

Ya Allah, semoga hambaMu ini tidak mempunyai niat mahupun terlintas di hati seperti perkara yang di atas dalam urusan menuntut ilmu, Amin.


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Berpengajian Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Pengajian dalam Talian

Alhamdulillah...hari ni, Selasa, saya dapat ikuti kembali pengajian online bersama-sama teman Malaysia dan Indonesia di Skype. Gembira sangat dapat bertanya khabar, mengaji bersama dan berkongsi ilmu. Pada pertemuan kali ini kami membaca ayat-ayat suci AQ dari Surah Al-Maidah [5] ayat 24 hingga ayat 36. Dan antara tafsir ayat-ayat yang dibaca oleh N*za adalah tentang kisah dua putera Nabi Adam a.s iaitu Habil dan Qabil [ayat 27-31], yang mana akibat daripada korban yang dilakukan oleh Qabil tidak diterima Allah, beliau telah membunuh saudaranya Habil. Kemudian Allah telah menunjukkan cara menanam mayat saudaranya melalui burung gagak.

Tafsir ayat 27: Dan bacakan (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai 2 orang anak Adam; Haabiil dan Qaabiil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang daripadanya (Haabiil) dan tidak diterima korban dari yang lain (Qaabiil). Berkata (Qaabiil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu !'. (Haabiil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Tafsir ayat 28: "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbirkan sekalian alam;

Tafsir ayat 29: "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah balasan orang-orang yang zalim".

Tafsir ayat 30: Maka nafsu jahat (Qaabiil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu, menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Tafsir ayat 31: Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qaabiil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qaabiil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbus mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

[II] Kedatangan yang Tidak Diduga Membawa Rahmat

Hari ini saya rasa takde selera, akibatnya, saya tak tahu nak masak lauk apa untuk makan tengahari. Namun memandangkan suami ada mesyuarat, dia akan pulang sekitar lepas Asar. Jadi, saya tak terikat untuk masak segera (memandangkan pengajian pun selesai pukul 12:40). Sebelum waktu suami pulang, saya masak nasi dan keluarkan ayam (tapi dalam  kepala masih belum ada idea).

Setibanya suami di rumah pukul 5 petang, dia bagitau yang kawan UMPnya nak tumpang mandi di rumah. Terus  saya tanyakan, kawannya ada di mana? Katanya dalam 20km nak sampai Okayama. Bila saya congak-congak, emmm..sempat kot nak clearkan bilik depan (ada banyak kotak) dan sediakan sedikit minum petang. Kemudian suami ke masjid untuk berjumpa dengan kawannya.

Sekitar pukul 7 malam barulah suami dan kawannya (beserta 3 orang hero) sampai. Alhamdulillah masa tu saya dah siap-siap potong bahan-bahan yang nak dimasukkan dalam cucur..heheh.. nampaknya hanya cucurlah yang sempat saya hidangkan pada tetamu kami. Sememangnya kami biasa juga menerima kunjungan kawan-kawan bekeluarga di sini. Jadi, memang mengalu-alukan sesiapa yang mahu singgah mahupun tumpang tidur.


Daripada setengah mangkuk, tinggal suku..sat lagi siapla..hihih


Cucur ikan bilis + sayur (carrot, kentang, kucai)


Keropok kacang hijau..マレーシア から credit to シャヒラちゃん...おいしいかった!;)


Kami diberi omiyage dari Hiroshima...MashaAllah..おいしいそう!


4perasa yang berbeza dan sedap!


Sekitar pukul 8 malam, kawan suami bergerak dari rumah kami ke destinasi seterusnya, Kobe...Selamat Jalan!:)

Dan suami kembali ke rutin harinnya...


Habis bungkus semua...sejukkkkk


[III] Tonton TV

1) Menu Alam

Ikan Baung Goreng


Salad Kao Sok

2) 30MUD


Masih dengan bab Menutup Aurat, tapi kalini fokus pada Bonggol Unta

Ustaz lukis 2 perbandingan wanita bertudung yang tiada bonggol unta dan ada bonggol unta (tengah)


Kalau yang macam wanita di sebelah tepi (kiri) tu, okay;)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Monday, 27 February 2012

Roti Jala dan Kari Kambing

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad

Memandangkan kari kambing tempohari masih ada, suami minta saya buat roti untuk dimakan dengan kari tu. Lagipun makan malam, tak perlu makan berat sangat kata suami. Saya pun dapatlah idea buat roti jala. Lagipun lama tak makan...hihihi.. bahan-bahan pun semua ada kat rumah. Jom tengok bahan-bahannya:

Bahan-bahan (25 keping):

1. 200 gm Tepung gandum
2. Secubit garam
3. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
4. 1 sudu besar Mentega
5. 200 ml susu segar
6. 200 ml air
7. 2 biji telur saiz sederhana
8. Minyak untuk melengser

Cara-cara:

1. Ayak bahan-bahan kering, tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
2. Buatkan bulatan di tengah-tengah mangkuk dan masukkan bahan-bahan cecair; susu, separuh air dan separuh mentega cair. Kacau menggunakan whisk.
3. Kemudian masukkan lagi separuh air dan mentega. Kacau sebati.
4. Biarkan adunan selama 30 minit.
5. Seterusnya bolehlah menjala roti anda menggunakan acuan.


Mengubat kerinduan...hehehe


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Pertemuan Dengan Sensei [7]

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Ke Klinik

Masa pertemuan dengan sensei untuk hari ini adalah 9:30 pagi. Tetapi, kerana darah saya perlu diambil, saya perlu tunggu nama dipanggil oleh jururawat di tingkat 1.

"Jururawat: Su****mu binti sama...
Saya: Hai..." 

Mereka panggil saya dengan nama Su****mubinti...emm...apa-apa jelah...saya okay..hehehe.. Masuk je dalam bilik, perlu kunci pintu dan beri BBT, macam biasala...Sebaik duduk di kerusi, saya menghulurkan tangan kiri sebab sejak akhir-akhir ni, kerapkali tangan kanan yang dicucuk. Tapi bila jururawat memicit dan menekan tangan kiri saya, katanya mahu lihat tangan kanan. Saya pun hulurkan...emmm, nampaknya dia akan cucuk tangan kanan saya. Okay. Tapi yang tak okay nya, dia cucuk di tempat yang sama seperti sebelum-sebelumnya. Aduhaiiiii...dan macam biasa, bila dia mula nak masukkan  jarum, saya pandang kaki meja. Saya dah biasa dengan rasa jarum masuk menembusi kulit. Tapi bila tiba-tiba dia tarik keluar jarum tu dalam keadaan belum ada darah yang dapat diambil, masa tu saya rasa sakit yang lebih daripada biasa. Dan jururawat tuh memohon maaf kepada saya dan masuk dalam (ada pintu yang menghubungkan bilik ambil darah dengan ruangan kerja mereka). Aikkk??? Kenapa?

Dalam pada saya sendirian di bilik tu, tiba-tiba rasa sebak datang..mulalah air mata nak bergenang..buat pertama kalinya saya rasa sakit. Sebab selama ni, saya kuatkan semangat menghadapi apa jua bentuk dugaan dan cabaran sepanjang tempoh perubatan di sini. Lagipun saya tahu, mereka yang bertugas di sini semuanya pakar, daripada sensei sehinggalah kepada staf-staf bawahan. Perkhidmatan dan layanan memang tip top!

Tak sempat air mata mengalir, masuk pula jururawat lain. Baik yang pertama tadi, mahupun yang kedua ni, kedua-dua mereka memang saya familiar. Jururawat kedua itu bertanya, いたい! Saya jawab いいえ (menyembunyikan perasaan tadi yang dah lama pergi). Dia tanya lagi, "きもちが  わるい!(perasaan tak sedap ke?) Saya jawab Tak. Lepas tu dia rasa kedua-dua tangan saya. Emm..dia pun pilih tangan kanan. Melihat pada tempat cucuk yang dah lebam dia tanya, "selalunya mereka cucuk di sini ke?" Saya jawab "ye". Kemudian dia tunjuk satu salur darah lain yang berhampiran dan tanya, "di sini dah pernah cucuk"? Saya jawab "belum". Dia pun cucuk kat situ. Alhamdulillah, akhirnya sejumlah darah saya yang dikehendaki berjaya dikeluarkan. Saya tanya dia, むずかしい!Dia jawab, そうね。。ほそい だから。。Emmm, rupa-rupanya susah nak amik darah saya sebab salur darahnya halus = hosoi. Huhuhuh..dan faktor cuaca yang sejuk ni pun mempengaruhi. Kesian mereka, pasti mereka bimbang setiap kali ditugaskan untuk mengambil darah saya..huhuhu..Semoga selepas ini Allah akan lebih memudahkan urusan mereka, Amin.

Selesai 1 urusan, saya menunggu untuk dipanggil ke bilik doktor. Setelah nama dipanggil, saya disuruh ke bilik 212, bilik Yoshi*ka Sensei. Hai, bersedia untuk dengar keputusan. *mode suspense*


Keputusan ujian darah harini, normal. Alhamdulillah..

Seterusnya, keputusan yang dinanti-nantikan...


Ada 6 embryo yang sihat dan berkualiti...Alhamdulillah..


No 1, 3, 4, 5 & 7 adalah embryo tahap blastocyst yang terhasil selepas 5 hari disenyawakan


Embyo no. 4 adalah yang terbaik dengan gred 4AA, manakala embyo no. 3 & 5 juga bagus dengan gred 4AB


Embryo no. 1 dengan gred 4AB juga bagus..begitu juga no. 7 dengan gred 4BB

1 Perkara yang sedikit mengejutkan saya dan suami adalah embryo yang terbaik dengan gred 4AA adalah hasil daripada percantuan semulajadi atau istilahnya conventional IVF...Allahu Akbar..ternyata setinggi mana kebijaksanaan manusia menilai dan memilih embryo (melalui kaedah ICSI) dengan sedikit ilmu yang dipinjam Allah, namun Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa...

Setelah itu sensei bertanya sama ada saya ada mengalami kesakitan di mana-mana. Saya katakan bahawa saya sering mengalami sakit pinggang dan beberapa hari yang awal setelah prosedur mengeluarkan folikel dijalankan, di bahagian rahim terasa seperti warm. Sensei terus arahkan saya ke bilik sebelah untuk memeriksa keadaan rahim dan ovari saya. Semasa ultrasonography dilakukan, sensei memberitahu bahawa ovari saya masih sedikit bengkak. Tapi ia suatu keadaan yang normal dan tak perlu dirisaukan. Berikut gambarajah ovari saya...

Keadaan ovari masih bengkak, tapi dah berkurang..

Kemudian sensei menerangkan tentang perancangan beliau mengenai pemindahan thawed embryo yang akan dijalankan selepas 2 pusingan haid.


Pusingan haid ke-2 yang mana saya perlu mengambil ubat hormon


Embryo yang akan dipindahkan adalah tahap blastocyst, bukan cleavage

Di akhir perbincangan dengan sensei, saya akan diberi ubat pil yang bernama Pranoval, yang perlu saya ambil mulai hari ke-3 haid yang akan datang, dimakan 1 biji setiap hari selepas makan malam. Seterusnya sensei mengarahkan saya ke tingkat 1 untuk dipanggil berjumpa jururawat bagi tujuan account/costing briefing...huhuhu...berdebar..


Agak di luar jangkaan..huhuhuh


Lepas penerangan setiap kos yang perlu dibayar (Eigo de), saya perlu tulis alamat, no. tel dan nama. Dan disebut juga di hujung perbualan, よろしく おねがいします。。faham-fahamlah ye...hihihi

Kami pulang dengan perasaan bercampur-baur, gembira sebab ada 6 embryo yang berpotensi untuk dipindahkan ke dalam rahim dengan  embryo-embryo yang berkualiti adalah daripada persenyawaan secara semulajadi dan gundah-gulana sebab tak pasti lubang mana nak korek untuk bayar kos yang dinyatakan di atas sebelum atau pada 5 Mac depan...Hasbunallahu wanikmal wakil...


[II] Baca Buku

Dalam pada menunggu giliran tiba untuk dipanggil ke bilik sensei, saya baca 1 buku ni yang dibeli di KOOP Okadai. Komen saya: Buku yang sangat sangat bagus, penuh dengan tip-tip yang praktikal untuk menjalani kehidupan ini dengan sederhana, simple dan tenang serta membantu semua orang yang membacanya untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Tajuknya:


Don't Sweat The Small Stuff...and it's all small stuff


Written by Dr. Richard Carlson. If  I got a chance to meet him, I might say, "Dr, this book is really awesome!"

Topik yang saya baca hari ini adalah:
Topics number 67, 68, 69 & 70, Done~

Ringkasan topik nombor 67: Practice Ignoring Your Negative Thoughts/Cuba Abaikan Fikiran Negatif

1. Dianggarkankan bahawa purata fikiran/apa yang difikirkan manusia setiap hari adalah 50,000 per hari dan ia terdiri daripada fikiran-fikiran positif dan negatif.
2. Malangnya, kebanyakan fikiran ini adalah yang negatif (antaranya marah, takut, pesimis dan risau), dan bagi memastikan kita berada dalam keadaan tenang, bukanlah sama ada kita patut fikir yang negatif atau tidak, sebab kita memang suka fikir yang negatif pun. Tetapi yang penting adalah apa yang harus kita lakukan pada fikiran tersebut.
3. Secara praktikalnya, hanya ada 2 cara yang boleh dilakukan terhadap fikiran negatif ini iaitu;
   a) analisa fikiran  tersebut: renungkan, fikir dalam-dalam, kaji, memikirkannya lagi
   b) belajar untuk abaikan: tolak, kurangkan perhatian, tak perlu ambil serius
4. Cara kedua iaitu (b) adalah lebih berkesan dalam usaha kita untuk lebih tenang
5. Apabila kita fikirkan sesuatu, kita perlu ingat, ia hanyalah fikiran kita. Ia tak boleh melukai kita tanpa kebenaran kita.
6. Sebagai contoh, kita melalui sesuatu yang menyedihkan di zaman kanak-kanak, apabila kita terfikirkannya sekarang, semasa zaman dewasa, kita ada 2 pilihan; samaada
   a)  ingin masuk ke dalam zaman kanak-kanak itu, menjadikan ia suatu yang penting dan oleh kerana itu, kita meyakinkan diri kita bahawa kita tak sepatutnya bahagia, atau
  b) kita memilih untuk menolak fikiran itu. tapi itu tidaklah bermakna bahawa zaman kanak-kanak itu tidak sukar, ia sudah pun berlaku, tetapi pada masa sekarang, kita ada pilihan untuk memberi perhatian kepada fikiran yang mana. sebagai contoh, daripada memikirkan kesedihan zaman kanak-kanak itu, kita pilih untuk fikirkan perkara lain yang positif seperti kenangan sambutan hari lahir.
7. Dalam banyak keadaan, kita akan mendapati bahawa jika kita abai atau tolak fikiran negatif, kita akan segera mendapat ketenangan yang kita mahukan.
8. Dan dalam keadaan yang tenang, kebijaksanaan dan common sense akan memberitahu kita apa yang patut kita lakukan.
9. Strategi ini perlukan latihan, tetapi ia usaha yang sangat berbaloi.

Emm...menarik, kan? Saya pun nak cuba jadikan strategi ini sebagai amalan sehari-hari..tapi ingat, kene banyak latihan ye..;)



[III] Tonton Program TV

Ada 2 program yang saya tonton malam ni, macam biasa, 30MUD dan program Para Sahabat Nabi S.A.W.


Ustaz kata wanita wajib tutup lurah

Program seterusnya:

Kisah hari ini adalah tentang Hamzah bin Abdul Mutalib r.a














Oleh Wahsyi dengan lembingnya





Bapa saudara yang akrab dan sering melindungi Nabi S.A.W


















....dipimpin oleh Hamzah ketika Perang Badar






Hamzah adalah watak utama


Hamzah dilantik sebagai panglima Perang Qainuqa'


Hamzah dibunuh oleh Wahsyi semasa perang Uhud.






Semoga dirahmati Wahai Singa Allah dan RasulNya, Aminn..

"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Hadis Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi S.A.W bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya."                            
                                                                                                           (Riwayat Muslim)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

Sunday, 26 February 2012

Resepi Nasi Beriani dan Kari Kambing

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


MashaAllah...nasi beriani dan kari kambing...emmm, menu favorite saya dan suami buat masa ini. Minggu ini sahaja, dah 3 kali saya masak kari kambing...hehehe..

Sebenarnya dah lama saya teringin makan kari kambing versi Malaysia (sebab kari kat sini banyak versi, Jepun ada, Pakistan ada, Bangladesh ada dan lain-lain lagi). Pada entri sebelum ni saya ada cerita tentang bentou yang saya beli di kedai Khadijah san, tapi rupa-rupanya minggu tu beliau tak buat kari kambing, tapi kari ayam dan kambing goreng (kot..hehehe).

Setelah beberapa minggu saya membuat permintaan pada suami untuk membeli kari kambing, akhirnya Sabtu minggu lepas, suami membeli kambing boneless di Kurusawa san (1kg). Tanpa melengahkan masa, esok malamnya (Ahad), saya buat kari kambing. Kemudian hari Rabu, saya buat lagi menu yang sama. Dan yang terakhir, harini, menu yang sama juga :D (Jangan bau kambing sudaaaahhh..hihihih)

Suami ada menyatakan hasratnya untuk membela kambing. Duduk di kawasan kampung. Kenapa???

Pertama, sebab pengembala kambing tu sunnah Nabi S.A.W.
Kedua, minum susu kambing juga sunnah Nabi S.A.W.
Ketiga, makan daging kambing pun sunnah Nabi S.A.W.

Pendek kata, sebab nak ikut sunnah Nabi S.A.W;) Saya tak pasti sama ada hasrat suami tu akan dapat direalisasikan atau tak. Entah, macam tak boleh bayangkan lagi sekarang. Cuma saya berdoa, kalau benar membela kambing tu baik bagi kami, semoga Allah mudahkan, Amin:)

Nak tengok gambar nasi beriani dan kari kambing saya? Tuuuuu...


Ada rupa nasi beriani ke? hehehe


Manala kambingnye, tak nampak pun...huhuhu


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"