Alhamdulillah, walau sudah terlewat 2 hari mengemaskini JK ini, saya tetap ingin berkongsi kisah-kisah kehidupan yang saya lalui di sepanjang penghulu segala hari...penuh dengan ketenangan, namun terselit keterujaan:) Apa yang mengujakan sangat ye? hihihi..
[I] Penghulu Segala Hari
Menurut pandangan Islam, Jumaat merupakan penghulu segala hari, atau dalam bahasa Arab disebut “Saiyidul Aiyam: سيد الأيام ". Saya hanya berkesempatan membaca beberapa ayat daripada Surah Al-Kahfi yang amat digalakkan untuk dibaca pada hari Jumaat. Antara kelebihan membaca surah tersebut pada hari Jumaat adalah bagi mengelakkan fitnah dajjal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang bermaksud:
[I] Penghulu Segala Hari
Menurut pandangan Islam, Jumaat merupakan penghulu segala hari, atau dalam bahasa Arab disebut “Saiyidul Aiyam: سيد الأيام ". Saya hanya berkesempatan membaca beberapa ayat daripada Surah Al-Kahfi yang amat digalakkan untuk dibaca pada hari Jumaat. Antara kelebihan membaca surah tersebut pada hari Jumaat adalah bagi mengelakkan fitnah dajjal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang bermaksud:
"Sesiapa yang hafal sepuluh ayat daripada ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat yang lain, siapa yang hafal sepuluh ayat yang terakhir daripadanya..."
(Hadis Sahih Muslim)
Namun, seluruh isi kandungan Al-Quran itu adalah sangat baik untuk dibaca, difahami, dihayati dan dipraktikkan setiap hari:). Terdapat beberapa hadis yang menekankan keutamaan membaca Al-Quran, antaranya:
Dari Abu Umamah Al Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bacalah Al- Quran, kerana dia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surat Al Baqarah dan Ali 'Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah, kerana dengan membacanya beroleh berkat, dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir."
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0771)
Dan
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda:
"Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Alhamdulillah, saya turut berkesempatan membaca ayat-ayat daripada Surah Al-A'raaf (Tembok yang Tinggi), yang mana antara intisarinya berkisar tentang tujuan Al-Quran diturunkan dan kewajipan Rasulullah S.A.W menyiarkan ajarannya serta memberi semangat kepada Baginda supaya janganlah ia merasa bimbang atau berdukacita terhadap kaum kafir yang menolak dan mengingkarinya.
Surah Al-A'raaf, juz ke-9 |
Dan suka untuk saya berkongsi terjemahan ayat 172, surah Al-A'raaf ini yang bermaksud:
Adakah kita semua masih ingat yang di suatu masa dahulu kita pernah berjanji pada Allah bahawa hanya Allah S.W.T, satu-satunya Tuhan yang layak disembah???
[II] Slot Usrati, IKIMfm
IKIMfm merupakan saluran radio Malaysia yang menjadi pilihan utama kami (macam sedang mempromo moto radio ni plak..hihih). Hampir setiap hari kami mendengarkannya dalam talian di www.ikimfm.my/ikimfm. Alhamdulillah, sejak dari tahuan pertama pelancarannya, kami meletakkannya sebagai pilihan no 1 berbanding saluran-saluran radio yang lain kerana ia sentiasa mengingatkan kami kepada Allah dan pesuruhNya, Rasulullah S.AW. Syabas pada seluruh warga kerja IKIMfm;) Apa yang saya nak kongsikan hari ini adalah sebahagian ilmu yang saya perolehi daripada slot Usrati: "Keindahan Sabar dalam Rumahtangga" yang diterajui oleh pengacaranya, dj Fairuz bersama penceramah jemputan, Ustazah Hafizah dari pukul 11:15 paga - 12tengahari waktu Jepun. Berikut saya kongsikan sedikit isi penting yang dapat saya catit: 1. Beri hak-hak solat, jangan fikir nak cepat siap solat atau bersolat dalam keadaan tergesa-gesa. Selalu nak cepat sebab fikir kerja banyak, itu semua merupakan godaan syaitan. Semasa dalam ibadah solat, kita dapat melatih hawa nafsu. Rasulullan S.A.W semasa solat, selalu baca surah yang panjang-panjang, kemudian berdoa. 2. Pakaian sememangnya ada memberi kesan pada pemakainya. Sekiranya seseorang wanita ingin mengubah pakaiannya kepada yang lebih baik, contohnya berjubah dan bertudung labuh, namun tidak mendapat galakan suami: i) lakukan perubahan secara beransur-ansur
ii) ambilkira pandangan suami
iii) sekiranya wanita itu tetap mahu memakai pakaian yang sempurna, dia perlu ambil hati semua orang termasuklah suaminya. iv) tunjukkan juga bahawa jiwa, akhlak dan pemikiran turut berubah ke arah lebih baik supaya suami juga akan nampak kesan memakai pakaian yg baik itu turut merubah dalaman isteri, akhlak dan sebagainya.(Berubah dalam pakej) 3. Langkah-langkah untuk membuang sifat panas baran: i) Ambil buku nota kecil dan tandakan berapa kali anda marah dalam 1 hari
ii) Beritahu isteri/anak yang anda mahu berubah, jadi, minta tolong mereka bantu dengan cara, bila anda nak marah, minta anak/isteri tegur terus. Nabi kata, “jgn marah, jgn marah, jgn marah”. Maksudnya, bila anda marah, minta anak/isteri tegur, "Jangan marah", sebanya 3 kali.
iii) Bila anda dah catat dan tahu berapa kali anda marah dalam1 hari, anda cuba kurangkan di hari-hari yang seterusnya.
iv) InshaAllah jika anda usaha bersungguh-sungguh, Allah akan bantu, beri taufiq dan hidayah.
4. Isteri sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi atau memujuk suami untuk berubah kepada yang lebih baik. Jika disingkap kisah Firaun, kita semua tahu bahawa Firaun tidak mahu anak lelaki dan mengarahkan tentera-tenteranya supaya mencari anak lelaki untuk dibunuh. Namun begitu, di rumahnya, dengan kekuatan isterinya Asiah yang telah memujuk suaminya dengan mengatakan bahawa anak boleh menjadi penyejuk hati, akhirnya Firaun ikut dan Nabi Musa telah dibesarkan di rumah Firaun tanpa disedarinya. Ramai isteri boleh membentuk atau menukar karakter suami ke arah yang lebih baik dan yakinlah dengan pertolongan Allah. Tapi tak boleh terburu-buru, ia memerlukan masa yang sesuai.
5. Rasulullah S.A.W penuh dengan doa-doa dalam perjalanan ingin bersolat di masjid, yang mana doa itu berbunyi:
"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"
Bagaimana pula dengan persediaan kita mengadap Allah? Adab-adab bertemu Allah dalam solat???
6. Apabila seseorang itu ingin bersabar, lagi banyak gangguan atau dugaannya. Menurut pandangan Yahya bin Muaz, dalam pemerhatiannya, apabila kita ingin menjadi seorang yang lebih baik, kita perlu melalui 4 latihan: i) Kurangkan kenyang ii) Kurangkan tidur (banyak hidupkan malam) iii) Kurangkan bercakap, kecuali yg bermanfaat iv) Sabar terhadap karenah orang lain Allah nak tengok sama ada kita tahan lasak atau tak. Kkita perlu masuk dalam zon latihan itu. Dalam sabar ada: 1) kekuatan utk melakukan, contoh: buat solat sunat dan2) kekuatan utk menahan Kerana itu, ada peribadi yang kita jumpa rajin sedekah di waktu pagi, tapi di waktu petang, membazir. Ada org bagus, banyak mengaji, tapi tiada kekuatan untuk menahan marah. Ada juga yang banyak solat sunat, tapi banyak tengok perkara-perkara haram. Jadi, harus koreksi, adakah kita kuat lakukan sesuatu, tapi gagal tahan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. 7. Rumusan: Masalah yang ada dalam masa lapang. Kadang-kadang bila rasa tak dapat baiki diri, 1 sebab utama adalah kita ada banyak masa lapang. Orang yang menyibukkan dirinya dengan dakwah, dengan kerja yang bermanfaat, mereka boleh menahan diri. Orang yang asyik bosan, mereka menjadi lubuk. Ada nikmat yang orang selalu salah guna iaitu masa sihat dan masa lapang. Hati kita ini menjadi rebutan. Jika nak jadi sabar, hati kena bersih. Jika kita tak sibukkan diri dengan kebenaran, nanti kita akan sibuk dengan kebathilan. Kalau kita hargai masa, nyawa dan kehidupan, letakkan aktiviti dalam kerangka yang diredhai Allah, inshaAllah perjalanan kita menuju Allah akan menjadi lebih mudah. 8. Ada 4 golongan yang tak akan rugi; orang beriman, yang beriman soleh, yg berpesan-pesan pada kebenaran dan yang berpesan-pesan pada kesabaran. Adakah kita sedang tambah iman dengan ilmu? Kalau tak keluar dari 4 ini, inshaAllah kita akan lebih diberkati dan diberi keampunan oleh Allah... |
IKIMfm dalam talian, sudah 10 tahun usianya:) |
[III] Sayangi Bumi Kita
Hari Jumaat minggu ke-4 merupakan hari pembuangan bahan-bahan kitar semula seperti minyak, bateri, termometer dan botol kaca di kawasan saya. Waktu pembuangannya adalah sekitar 7 pagi - 8:30 pagi, kerana sekitar 8: 30++, ada pihak yang bertanggungjawab akan mengutip semua bahan-bahan buangan tersebut. Maka, dalam keadaan suhu 0 darjah Celcius dan kurang (sejuk betul rasenye..huhuh), kami telah menuju ke tempat pembuangan yang telah ditetapkan. Nak tengok suasana tempat tuh? Tengok bawah..
Sekitar pukul 7:10 pagi, kami berjalan kaki dalam 2-3 min untuk sampai ke tempat pembuangan |
Inilah tempat pembuangan yang dimaksudkan |
Sedang mengasingkan bateri dan botol kaca |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah!"
No comments:
Post a Comment