Jam menunjukkan pukul 11:40 malam. Saya berusaha untuk memikirkan apakah nikmat-nikmat kurniaanNya yang saya rasai hari ini. Tanpa perlu mengambil masa yang lama, begitu banyak yang dapat saya hitung dan senaraikan..Alhamdulillah.., namun saya begitu teruja untuk berkongsi 3 perkara ini;
[1] Turunnya Yuki/Salji
Kehadiran salji/yuki yang permulaannya hanya seperti rintik-rintik hujan, bertukar menjadi hujan lebat. Sememangnya di tempat saya ni sangat jarang turun salji selebat itu, namun, siapakah yang boleh menghalang sesuatu itu berlaku setelah Allah katakan "Kun Faaya Kun". Tiada kata yang mampu saya lafazkan melainkan..Subhanallah..Maha Suci Allah..
[1] Turunnya Yuki/Salji
Kehadiran salji/yuki yang permulaannya hanya seperti rintik-rintik hujan, bertukar menjadi hujan lebat. Sememangnya di tempat saya ni sangat jarang turun salji selebat itu, namun, siapakah yang boleh menghalang sesuatu itu berlaku setelah Allah katakan "Kun Faaya Kun". Tiada kata yang mampu saya lafazkan melainkan..Subhanallah..Maha Suci Allah..
Ketika salji turun seperti hujan rintik-rintik, sekitar pukul 1:20 ptg |
Salji sudah menyerupai hujan lebat..sekitar pukul 1:40 ptg |
Salji berkumpul di bidai rumah kami yang runtuh akibat angin kencang beberapa hari yang lalu:D |
Pemandangan di hadapan rumah kami... |
Nampakkan perbezaan gambar pertama dengan kedua, ketiga dan seterusnya?
[II] Pemberian Yang Tidak Disangka-sangka
Ketika salji turun dengan lebatnya (tanpa saya sedari), pintu rumah saya seperti diketuk oleh seseorang. Tetapi ketukan itu agak perlahan, namun kerap. Saya bergegas menyarung tudung dan membuka pintu. Kelihatan susuk tubuh yang sedikit bongkok sedang mahu menuruni tangga..(rumah saya di tingkat 2). Segera saya menyapa beliau, "Konnichiwa"...Saya begitu mengenali susuk tua itu kerana sejak dari minggu pertama saya mendiami rumah (apato) ini, beliau sudah datang bertamu memperkenalkan dirinya..katanya "Oyaasan"..tapi kerana saya masih menunjukkan riak wajah tidak faham, disebutnya pula "Obaachan..". Namun kedua-duanya tidak saya fahami..hihihi..(masa tu masih belum mengikuti sebarang kelas bahasa Jepun).
Sejak daripada kehadiran pertama beliau, setiap bulan pasti ada 1 kali beliau akan datang bertandang ke rumah...untuk apa ye? Hehehe..pasti ada yang tertanya-tanya..hehehe..Obachaan (nenek) itu merupakan tuan rumah (Oyaasan) kami. Beliau tinggal dengan anak-anaknya dan di kawasan rumah kami itu, ada 2 bangunan apartment (apato) mereka. Malah mereka juga mempunyai tanah kosong tempat bercucuk tanam. Di situlah nenek ini menanam sayur-sayurannya mengikut musim-musim di Jepun ni. Memandangkan sekarang ini (bulan Dis - Feb) merupakan musim sejuk/fuyu, beliau memang gemar memberi kami sayuran di bawah ini dan tidak ketinggalan, telur ayam :)
Itulah sayur yang saya maksudkan, Daikon/Lobak putih;) |
Nenek tua ini meredah salji yang lebat semata-mata ingin menghantar daikon dan telur.. |
[III] Membeli Buah dan Sayur di Kedai Harga Patut
Sekitar jam 11:00 pagi, saya berkesempatan ke kedai di Fakulti Pertanian, Universiti Okayama yang menjual aneka sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan pokok-pokok(an??) hehehe...Kedai ini dibuka dari jam 10:40 - 11:40 pagi sahaja, setiap hari bekerja. Dan selalunya, sebelum kedai dibuka lagi para pelanggannya (selalunya terdiri daripada nenek-nenek dan atuk-atuk..hehehee) akan beratur di luar kedai. Mungkin mereka mempercayai hasil tanaman dan kajian para pendidik dan penuntut di fakulti tersebut yang pastinya sentiasa memastikan kualiti hasil tanaman mereka. Kalau nak ikutkan harganya, bolehlah..ikut item..ada yang murah, ada yang biasa-biasa saja.., tetapi kesegarannya, InshaAllah terjamin..segar dari ladang gitu..hikhikhik..Apa yang saya beli kat kedai tu ek? hihihi..
Strawberry/Ichigo dan Lemon/Remon |
Sungguh menggoda..Oishikatta!! |
Sengaja ambil gambar dekat supaya keharuman dan keenakannya akan jelas terbayang selagi hayat dikandung badan:)
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu ya Allah!"
No comments:
Post a Comment