Tuesday 24 January 2012

Kek Keju Labu Krim Karamel

Bismillah...


Yummyyyyy:)

Hari ini saya nak kongsi 1 resepi kek yang diperolehi daripada program realiti TV Masterchef Malaysia. Pertama kali tengok chef buat saya dah rasa hasilnya akan menarik. Ditambah pulak dengan komentar-komentar berbentuk pujian daripada peserta rancangan tu, lagi berkobar-kobar rasa nak cuba.

Bila dah berjaya hasilkan sendiri, MasyaAllah, memang best sangat. Kalau tengok tekstur, macam puding, lembut sangat..tak kisahlah tuh..tapi rasa dia..memang semua unsur-unsur utama kek tuh terase; iaitu keju dan labu...whipped cream dan susu tuh buat kek rasa lemak. Lepas makan 1 potong, rasa nak makan lagi semakin membuak-buak, tak tahu kenapa...rasa tak puas makan..hehehe..Alhamdulillah:)
Berikut resepinya:

Bahan-bahan:

1. 1 biji labu
2. 1 cawan gula - dibuat karamel
3. 1 biji oren - diambil kulit dan jus/ekstrak
4. 200 gm keju krim (cream cheese)
5. 6 biji telur
6. 1/4 cawan gula - dimasukkan dalam krim keju
7. 2 cawan susu segar/sejat
8. 1 cawan whipped cream
9. 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

1. Bakar labu di dalam microwave, pada suhu 180 darjah Celcius selama 45-60 minit.
2. Hiris kulit oren dalam 5-6 keping, untuk bagi rasa sitrik pada karamel.
3. Panaskan kuali dan masukkan gula. Setelah semua gula sudah mencair dan sedikit keperangan, masukkan kulit oren. Kemudian masukkan sedikit air (lebih kurang 2 sudu besar), kacau dengan laju sehingga gula sebati dengan air. Setelah sebati, keluarkan kulit oren. Tutup api.
4. Masukkan karamel/gula hangus ke dalam loyang dan pastikan dasar loyang dipenuhi karamel. Ratakan cepat-cepat sebab karamel akan mengeras.
5. Labu yang telah siap dibakar dikeluarkan daripada microwave dan dikupas kulitnya. Semua biji di bahagian tengah labu disudu keluar dan hanya isinya diambil, lebih kurang 1 cawan (buat semasa labu masih panas).
6. Isi labu dimasukkan ke dalam mangkuk dan diputar menggunakan mixer/food processor.
7. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala ke dalam isi labu dan diputar lagi.
8. Masukkan keju krim (suhu bilik) ke dalam food processor. Putar sehingga lembut dan sebati.
9. Masukkan telur satu demi satu dan kacau sebati.
10. Masukkan 1/4 cawan gula ke dalam campuran keju krim dan telur.
11. Masukkan whipped cream, susu segar/sejat, esen vanila dan ekstrak oren.
12. Panaskan microwave pada suhu 150 darjah Celcius selama 3 minit.
13. Masukkan puri labu ke dalam campuran keju krim dan kacau sebati.
14. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain supaya tiada keladak.
15. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
16. Memandangkan kek akan dibakar secara bain-marie atau water bath, letakkan 3/4 (daripada ketinggian loyang berisi adunan) air panas ke dalam loyang yang besar dan letakkan kain di tengah-tengahnya supaya loyang yang berisi adunan tidak bergerak semasa dibakar.
17. Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang yang lebih besar dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 1 jam 10 min.
18. Setelah kek siap dimasak, cucuk dengan pisau di bahagian tengah kek untuk memastikan ia benar-benar dah masak. Keluarkan daripada microwave dan biarkan 1 jam. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Namun lebih lama kek disimpan dalam peti sejuk, lebih sedap (sehingga 8 jam/semalaman).
19. Keesokannya, keluarkan daripada peti sejuk. Untuk mengeluarkan kek daripada loyang, ambil pisau dan lalukan di keliling/tepi loyang. Kemudian letakkan air panas di dalam dulang yang besar dan rendamkan bahagian bawah loyang dengan air panas untuk mencairkan karamel.
20. Tonggengkan acuan ke pinggan. Hiaskan atas kek dengan potongan oren dan daun pudina.

Walaupun banyak proses terlibat, tapi sangat-sangat berbaloi!;) Alhamdulillah..

"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu ya Allah!"

2 comments:

  1. Mak Ha terliur adik tengok kek labu krim karamel macam sedap je.. kakak pernah buat puding karamel nii...

    ReplyDelete
  2. hikhikhik..sedap dik..makha pun trliur gak..huhuh..nanti nak rase kakaknye puding karamel la..tak pun adiknyeee..;)

    ReplyDelete