Kenapa Perlu Ada Blog???
Setiap orang yang mempunyai blog pasti ada sebab-sebab tersendiri mereka menghasilkan blog dan mengemaskininya..kan?? Saya juga begitu..;)
[I] Pertama, saya nak jawab kenapa saya hasilkan blog ni:
1. Ingin mengabadikan segala nikmat yang Allah beri sepanjang kehidupan yang sementara ini kerana saya hambaNya yang mudah lupa,
2. Ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakanNya kerana Allah berfirman Dia akan tambah nikmat hambaNya yang bersyukur,
3. Ingin berkongsi 2 perkara yang di atas bersama orang lain (itupun kalau ada yang sudi nak baca :D)
[II] Kedua, saya nak jawab kenapa blog ini dihasilkan hari ini (24 Jan 2012):
Hari ini saya sangat bersyukur dapat berkomunikasi bersama ahli keluarga di JB sempena cuti Tahun Baru Cina (mak, kaklong sekeluarga & adik), dan hasil daripada komunikasi itu benar-benar memberi inspirasi untuk saya menghasilkan blog ini, hari ini, (nikmat Allah gak tuh, Alhamdulillah..) full stop :D
"Segala Puji Bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
Woww bagus bagus hehehe
ReplyDeleteadik pun inspirasi makha tau;)
Delete