Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
Rabu, 29 Mac 2012...
[I] 'Dia' Datang Dahhh..
Harini haid saya mula datang. Aik? Kitaran haid yang lalu hanya 22 hari saje? Emm...agak luar biasala sebab kitaran haid saya selalunya 26 hari. Ditambah pula dengan jumlah pengeluaran yang agak lebat/banyak sehingga saya perlu tukar sanitary pad (orang Jepun panggil napkin = ナプキン ) sebanyak 5 kali dalam masa 1 hari saja. Ubat-ubatan yang diberi sensei telah menebalkan dinding rahim saya sehingga apabila ia luruh, saya terasa seperti air hujan mengalir keluar...huhuhu..Kesakitan yang perlu ditanggung juga luar biasa sehingga saya rasa sukar untuk berdiri. Pada waktu tengahari saya rasa tak mampu untuk masak dan hanya alas perut dengan susu dan coco crunch. Seterusnya saya menidurkan diri sambil mendengar video berikut:
Sekitar lepas Asar, barulah saya gagahi diri untuk masa nasi dan lauk-pauk, perlahan-lahan sebab saya mudah penat. Namun saya bersyukur, pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya yang mungkin pada masa ini saya belum tahu. Ini juga merupakan nikmat yang harus saya syukuri.
[II] Tonton TV
Macam biasa, saya tonton 30MUD dan Reflections.
1) 30MUD
Hukum Mim Mati bertemu 26 huruf (selain mim dan ba) = Izhar Shafawi Kebiasaannya, mim mati tersebut ada tanda mati di atasnya. Bacaannya jelas. |
Jika lihat pada surah di atas, khususnya ayat 3 dan ayat 5, mim mati bertemu 'ain, atas mim itu ada tanda mati, itu merupakan salah satu tanda bahawa hukum mim mati itu adalah Izhar Shafawi |
2) Reflections
Menarik sangat topik yang dibawa Imam Suhaib Webb harini, berkenaan bacaan Bismillah dan Al-Fatihah.
Imam Suhaib Webb |
Membaca "Bismillah" yang mengandungi 19 huruf akan melindungi kita daripada 19 malaikat yang akan menyeksa kita di dalam neraka. |
Kita ucap "Alhamdulillah" bukan sahaja di bibir, tapi juga di hati (memaksudkannya) |
Kita kena bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah kurniakan |
Apabila berjumpa Allah, pakailah pakaian yang cantik, bersih dan kelihatan segar |
Dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang diulang 2 kali, ia bermaksud Allah mahu kita, hambaNya mendekatinya |
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment