Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Nikmatnya Bahang Matahari
Hujung minggu yang aktif telah membawa kepada permulaan yang agak perlahan buat saya di pagi Isnin ini. Emmm, ditambah pula dengan faktor cuaca; suhu antara -1 dan 0, benar-benar melemahkan tubuh saya..huhuhu..Alhamdulillah, Subuh dijalani dalam tempoh waktunya, namun selepas itu, tiada daya kekuatan untuk memulakan hari dengan aktiviti yang lebih bermanfaat melainkan tidur...huhuhu...
Terik matahari memberi kekuatan untuk saya menggerakkan tubuh yang sudah sedikit hangat. Suami juga sudah menyiapkan diri untuk ke sekolah. Setelah suami ke sekolah, saya menjamah nasi lemak yang masih bersisa dan terus membasuh pakaian yang menggunung di dalam bakul..hihihi...Sungguh bermakna bahang mentari hari ini sehingga mesin basuh saya bekerja 3 kali ganda daripada biasa..hihih..Alhamdulillah...
[II] Slot di IKIMfm
Seperti biasa, pukul 11:15 pagi waktu Jepun, Ustaz Muhammad bin Abdullah ke udara di corong speaker saya..hehehe..Hari ini tajuk yang dibawakan adalah mengenai Seni Ikhlas. Menarikkkk!!! Namun saya tidak dapat memfokuskan diri mendengar dan menyalin apa yang diperkatakan oleh ustaz memandangkan saya membuat 2 kerja dalam 1 masa. Jadi saya kongsikan sedikit ilmu yang seperolehi;
Seni Ikhlas ada 5 perkara:
- Ikhlas tidak
- Ikhlas tidak
- Ikhlas tidak
- Ikhlas tidak
- Ikhlas tidak
[III] Menonton TV
Hari ini, seperti biasa, saya menonton rancangan di TV Alhijrah seperti berikut
[III] Hujan
Alhamdulillah, harini hujan :) Adalah normal pada waktu pertukaran musim seperti sekarang, hujan turun untuk beberapa hari..macam musim hujan gitu.. Pokok-pokok yang hanya tinggal ranting semasa musim luruh dan sejuk akan kembali menghasilkan dedaunan yang baru setelah mendapat khasiat daripada air hujan yang membasahi tubuhnya. Semoga kesejukan yang melanda hampir 3 bulan ini akan segera hilang dibawa hujan yang penuh rahmat ini..Aminnnn :)
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment