Friday, 2 March 2012

Penghulu Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Slot Sebelum Usrati

Sambil bersarapan bersama suami, saya mendengar suatu perkongsian oleh Ustaz Tuan Syed Norhisyam Tuan Padang mengenai Adab-adab Bergurau dalam Islam. MashaAllah...topik yang begitu dekat di hati saya kerana saya suka bergurau...hehehe..

Emmm, kenapa saya suka bergurau ye? Saya tak berapa pasti apa yang menyebabkan saya menjadi individu yang suka bergurau, tapi yang berada di kotak fikiran dan tersemat di hati saya adalah saya tidak suka keadaan yang tegang atau serius (khususnya di luar waktu bekerja atau belajar) dan sejak dari zaman sekolah, saya pernah dengar bahawa Rasulullah S.A.W juga bergurau dengan para sahabat. Jadi saya mengambil contoh sikap Rasulullah S.A.W tersebut, tetapi saya tidak pasti sama ada gurauan yang saya lakukan bertepatan seperti mana yang dilakukan dan dianjurkan Rasulullah S.A.W. Oleh kerana itu, saya bersyukur sangat kerana berpeluang untuk mendengar topik yang sangat berguna dalam saya menjalani kehidupan berkelana ini...hihihi

Jom tengok perkongsian tentang adab-adab bergurau oleh Ustaz Tuan Syed Norhisyam;)

  1. Boleh bergurau, tetapi jagalah batasan. Apakah batasannya? Ikut Rasulullah S.A.W. Dalam bergurau tidak bohong, tidak hina dan tidak mengumpat.
  2. Pertama-tamanya, kenali orang yang kita ingin bergurau, tahu situasi orang tersebut dan gunakan kaedah yang sesuai.
  3. Tidak boleh memasukkan unsur-unsur lucah dalam gurauan. Sebagai contoh dalam menyampaikan ceramah, boleh masukkan unsur seks, tetapi tidak lucah. Tidak boleh juga memasukkan unsur-unsur lucah dalam  penyampaian ilmu.
  4. Dalam hal bergurau, Haram, menggunakan senjata. Tidak boleh bergurau dengan pistol, pisau atau alat-alat lain yang membahayakan.
  5. Antara contoh gurauan yang tidak sesuai dan mungkin menyakitkan hati orang lain: "Bolehla naik pelamin sekali dengan anak"; kepada seorang ibu tunggal. Seharusnya orang yang ingin bergurau dengan orang yang sebegini perlu faham bahawa ibu tunggal tersebut sudah kematian suami, perlu membesarkan anak-anak sendiri. Mungkin raut wajahnya senyum, tetapi dia simpan kesedihannya dalam hati. Antara lain adalah gurauan kepada orang yang bersaiz besar, lambat mendapat anak dan sebagainya.
  6. Jika seseorang itu bergurau kerana fikir ingin berseronok, dia tidak ikut cara Nabi S.A.W. Nabi S.A.W bila bergurau, Baginda menjaga hati temannya. Sepatutnya, sebelum kita bergurau dengan seseorang mengenai sesuatu perkara, cuba letak diri kita di tempat orang yang kita ingin bergurau itu. Jika kita sendiri akan melenting atau marah apabila diperlakukan (gurau sesuatu yang tidak sesuai) sedemikian, jangan lakukan hal tersebut kepada orang lain.
  7. Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia merasa seronok apa yang berlaku pada saudaranya seperti dia pun rasa. Jadi, berguraulah dengan hal-hal yang dapat menggembirakan hati orang lain.
  8. Haram hukumnya jika seseorang itu mengambil gambar candid kawannya yang sedang tidur, kemudian meupload ke alam maya seperti fb atau blog kerana perkara tersebut mengaibkan kawan tersebut. Bagaimana kita ingin tahu samaada ia mengaibkan atau tidak, kita nilai dahulu.
  9. Kesimpulan: Gurauan umpama garam dalam masakan. Bergurau sikit-sikit, sebagai contoh, antara bos dan pekerja, suami dan isteri. Adalah lebih baik jika bergurau dengan mesej dan tidak menyebabkan putusnya silaturrahim.
Pengajaran bagi diri saya: Mulai hari ini, Berpada-padalah dalam bergurau.


[II] Slot Usrati

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mendengar slot Usrati di IKIMfm. Seperti biasa, Ustazah Nor Hafizah Musa merupakan ustazah jemputan (yang tetap) bagi slot ini yang ke udara bermula 11:15 pagi setiap hari Jumaat di Pilihan Utama Anda...hehehe..

Perkongsian Ustazah kali ini adalah seperti berikut:

  1. Air adalah satu nilai relaks. Air boleh menjadi sesuatu yang menenangkan hati.
  2. Air mata sebagai penenang hati.
  3. Rasulullah S.A.W sendiri berdoa supaya dikurniakan airmata untuk menyembuhkan penyakit hati. Sebahagian doa Baginda yang sempat saya salin adalah, "Wahai Allah, rezekikan kepadaku sepasang mata yang selalu mengalirkan air mata, air mata yang boleh menyembuhkan jiwa......(tak berjaya salin)....sebelum nanti air mata darah yang keluar".
  4. Air mata darah = air mata penyesalan
  5. Air mata yang keluar kerana takut kepada Allah boleh menyembuhkan penyakit dalam jiwa dan melapangkan hati.
  6. Kita masukkan doa sebegini supaya moga-moga Allah kurniakan air mata yang menenangkan jiwa.
  7. Rasulullah S.A.W dikurniakan nikmat air mata, di mana sahabat melihat Nabi bersolat, permulaannya Nabi sebut "Bismillah..Summa baqa..." kemudian Nabi menangis. Sahabat bertanya, "Kenapa Rasulullah menangis?" Nabi jawab, "Celakalah kepada orang yang tidak dapat rahmat Allah. Dengan sifat Allah, Bismillahirrahmanirrahim iaitu Dengan nama Allah  Yang Maha Pengasih dan Penyayang, tetapi ada orang yang tidak dapat nikmat Allah.
  8. "Carilah Aku wahai anak Adam, maka Aku ada, maka kau ada segala-galanya. Kalau kau kehilangan Aku, maka kau kehilangan segala-galanya."
  9. Kisah yang boleh dikongsikan dengan anak-anak kita (khususnya yang berada di IPT). Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang ingin bertaubat dan menasihatinya. Nasihat Ibrahim bin Adham, "Kalau kamu nak buat maksiat dan terus berbuat dosa kepada Allah, cubalah renungkan 5 perkara ini, kalau boleh lakukannya, maka buatlah maksiat. Pertama, bila engkau hendak menderhaka kepada Allah, jangan makan rezeki yang dikurniakan Allah. Kalau boleh melakukannya, tak perlulah bersolat. Kemudian lelaki tadi berkata, "Mana boleh". Jadi, adakah patut kau makan rezeki Allah setiap hari, kemudian kau gunakan kudrat tu untuk bermaksiat kepada Allah?". Kedua, kalau nak derhaka pada Allah, boleh, tapi jangan menginap  di mana-mana pun di bumi Allah. Lelaki tadi pun berkata, "Yang ini lebih hebat. Semuanya milik Allah." Jadi Ibrahim Adham berkata, "Adakah patut kau makan rezeki Allah, duduk dalam bumi Allah, tapi menderhaka pada Allah?". Ketiga, kalau nak juga  menderhaka pada Allah, makan rezeki Allah, duduk dalam bumi Allah, tapi duduklah di tempat yang Allah tak nampak kau. Dan keempat, boleh nak buat dosa, tapi bila malaikat maut datang nak cabut nyawa, katakan pada malaikat itu, tangguhkan, sebab kau nak bertaubat dan buat baik dahulu. Kelila, apabila datang Malaikat Zabaniah nak bawa kau ke dalam neraka, katakan yang kau tak mahu, kau mahu tunggu di sini sahaja. Sedangkan Allah sentiasa beri nikmat dan kebaikan, tetapi kau balas dengan kejahatan. Mendengarkan kelima-kelima perkara tersebut, lelaki itu pun berhenti daripada berbuat dosa dan bertaubat.
  10. Ibu ayah bertanggungjawab mengajarkan Al-Quran kepada anak-anak mereka. Ia merupakan satu indikator dalam mendidik anak.
  11. Seawal anak itu boleh bercakap, terus ajarkan ayat-ayat Al-Quran supaya cahaya hikmah akan masuk ke dalam hati mereka sebelum kesesatan dan kemaksiatan.
  12. Ibu bapa bertanggungjawab memasukkan Al-Quran dan kecintaan terhadap Al-Quran kepada anak-anak.
  13. Menurut 1 hadis, "Sesungguhnya orang-orang yang tidak ada dalam hatinya Al-Quran, seperti rumah musnah yang tiada penghuni".
  14. Kondisi hati yang tiada Al-Quran dalam hatinya adalah simbol kepada kebusukan hati mereka.
  15. Ustazah berkunjung ke negara jiran dan berjumpa alim ulama di sana. Negara jiran sedang berusaha mewar-warkan kempen, "1 hari 1 ayat". Bermaksud, 1 hari hafal 1 ayat Al-Quran. Jadi kalau boleh, kita cuba menyahut seruan kempen tersebut, mudah sebenarnya kerana 1 hari hanya 1 ayat.

[III] Hadis

Prophet Muhammad peace be upon him said, "Indeed, Friday is the master of all the days".
So, Jumu'ah Mubarakah!;)

"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment