Monday, 5 March 2012

Tazkirah Maghrib


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Tazkirah Maghrib

Daripada kuliah maghrib ustaz Ghazali Ibrahim:


1. Mukadimahnya, seharusnya kita bersyukur kerana Allah sudi hidupkan kita sehingga sekarang, berpeluang menunggu masuknya waktu solat Maghrib sambil mendengar kuliah Maghrib. Ini adalah antara nikmat Allah yang harus kita syukuri.
2. Kenapa kita masih hidup sehingga ke hari ini? Allah akan mematikan kita apabila kita sampai ke kemuncak, sama ada kemuncak kebaikan atau kemuncak kejahatan. Jadi, kenapa kita masih hidup sehingga sekarang? Ia menunjukkan kita masih belum berada di kemuncak dan Allah memberi peluang untuk kita menambah amalan kebaikan yang pastinya.
3. Agama menyarankan agar penganutnya membaca 50 ayat 1 hari
2. Kalau tak mampu, baca 5 ayat atau 10 ayat, kemudian perhatikan maknanya dan amalkan  dalam kehidupan.
3. Menurut Imam Hakim, jika kita ingin berkata-kata dengan Allah, bersolatlah. Semasa membaca Al-Fatihah, apabila kita mengucapkan "Segala puji bagi Allah", maka  Allah menjawab, "Hambaku memujiku'. Seterusnya bila kita sebut, "Maha Pengasih dan Maha Penyayang", maka Allah menjawab, "... Seterusnya bila kita ucapkan, "Raja di hari pembalasan", maka Allah menjawab, "Hambaku memuji-mujiku" dan seterusnya.
4. Menurut Imam Hakim lagi, jika kita ingin Allah berkata-kata dengan kita, maka bacalah Al-Quran.
5. Membaca Al-Quran merupakan suruhan Allah.
6. Kisah seorang sahabat nabi SAW, Abu Huzaifah, beliau berjumpa Nabi. Nabi kata bacalah AQ, diulang-ulang sebanyak 3 kali.
7. Di dalam AQ terdapat banyak perkara yang boleh kita jadikan pegangan. Antara yang banyak Allah sebut dalam AQ adalah suruhan-suruhan Allah, sebagai contoh; dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa. Kemudian, di dalam AQ juga terdapat larangan-larangan Allah seperti; jauhi zina, jangan minum arak. Seterusnya terdapat perkara-perkara yang Allah galakkan seperti membuat kebaikan yang banyak, dan perkara-perkara yang tidak digalakkan seperti membuat kemungkaran di atas mukabumi. Allah turut berjanji sebagai contoh jika kita lakukan kebaikan, maka balasannya adalah syurga manakala bila kita lakukan banyak kejahatan, maka balasannya adalah neraka.

[III] Hujan

Alhamdulillah, harini hujan :) Adalah normal pada waktu pertukaran musim seperti sekarang, hujan turun untuk beberapa hari..macam musim hujan gitu.. Pokok-pokok yang hanya tinggal ranting semasa musim luruh dan sejuk akan kembali menghasilkan dedaunan yang baru setelah mendapat khasiat daripada air hujan yang membasahi tubuhnya. Semoga kesejukan yang melanda hampir 3 bulan ini akan segera hilang dibawa  hujan yang penuh rahmat ini..Aminnnn :)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"


No comments:

Post a Comment