Thursday, 1 March 2012

Kedatangan Yang Dinanti

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


Khamis...walaupun saya tidak lagi ke klinik, saya masih lagi mencutikan diri daripada mengikuti sebarang kelas atau pengajian disebabkan oleh keadaan badan saya yang masih belum pulih sepenuhnya. Tekak tak rasa nak makan apa pun, akibatnya saya gagal masak tengahari..huhuhu...

[I] Diziarahi

Dalam pada berehat, saya menerima panggilan daripada seorang adik Malaysia, katanya mahu ziarah saya. Saya tanya dia di mana? Katanya di えき。Emm..okayla tu...sebab mungkin ada 15 ke 20 minit untuk saya menyiapkan diri sebelum menemui tetamu..hehehe..

Sekitar pukul 3:40 petang, adik I*a pun sampai. Saya diberi sedikit buah tangan yang sungguh indah bungkusannya. Maklumlah Jepun, kalau kita beli barang di kedai mereka dan kita katakan ianya adalah hadiah, mereka akan bungkuskan elok-elok dengan pembalut yang menarik, ada yang dikenakan bayaran dan ada yang tidak...seperti di bawah..


Diberi beg kertas lagi!;)

Nak tau apa ada kat dalam? hihihi..



Ada beg lagi...

Pada mulanya kami berbual panjang mengenai hal rawatan saya. Kemudian berlanjutan hingga hal-hal keluarga I*a, persediaan untuk PhD, persediaan untuk berkeluarga (semoga ditemukan dengan lelaki yang soleh), buku dan pelbagai lagi. Sambil tu kami minum petang dengan omiyage yang dibawa kawan suami tempohari serta buah tangan yang dibawa I*a.


Madeleines atau bahulu Mat Saleh..heheh..sedapppp...Terima kasih I*a;)

Memandangkan I*a tak jadi ke rumah kawan yang satu lagi, jadi saya ajak beliau makan nasi di rumah. Lagipun, bila ada tetamu ni, barulah mood ceria tu muncul..hehehe..Kami masak bersama, lauk-pauk yang ringkas je... Dalam tempoh 1 jam, hidangan sudah tersedia untuk dijamu; ikan saba masak tempoyak, ikan bilis goreng dan sayur campur. Alhamdulillah, berselera saya makan.. hihih.. Setelah makan, kami berbual lagi hinggalah suami muncul di muka pintu sekitar pukul 10 malam. Kemudian perbualan disambung lagi hingga jam menunjukkan pukul 11 malam. Kesian pulak I*a terpaksa balik ke rumah beliau dalam keadaan gelap dan sejuk. Jauh jugak tu..semoga Allah pelihara hendaknya, Amin.

Terima kasih I*a sebab sudi datang melawat...sememangnya kedatangan yang dinanti itu terkandung 1001 rahmat:)

Dr kiri: I*a, E*h, B***a

Bergambar dengan bakal pensyarah UIAM:)

[II] Tonton TV

Macam biasa, malam-malam begini, saya menonton 30MUD. Belajar apa harini ek?


Ulangkaji 3 hukum tajwid: Idgham Mislain, Ikhfaq Shafawi dan Izhar Shafawi

Bibir atas dan bawah dirapatkan bila membaca ayat yang mengandungi hukum Izhar Shafawi

Bibir direnggangkan sedikit bila membaca ayat yang mengandungi hukum Iqlab dan Ikhfaq Shafawi (mim mati bertemu ba)

Surah Al-Fill

Terima kasih Ustaz Don! Semoga Allah merahmati Ustaz, Amin...


[III] Doa zuriat

Doa Nabi

Semoga bermanfaat!



"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment