Wednesday, 5 September 2012

Oh Raya!


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad



[I] Jamuan Hari Raya Anjuran Keluarga di Okayama

Ahad lepas, tanggal 2 September, kami, keluarga-keluarga di Okayama telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang ke-3..(kiranya tahun yg ke-3 penganjurannyalah nih)..Alhamdulillah, makanan pelbagai aneka, banyak pulak tuh (sampai berlebih-lebih..huhuhu)..


Kalini saya tak sediakan menu-menu berat macam tahun-tahun lepas (sebelum ni pernah buat soto dan sate goreng..heheh)..maklumlah, dalam keadaan sekarang ni, incik suami tak bagi buat kerja-kerja berat...teman-teman seperjuangan pun memahami..Jadinya, saya menawarkan diri untuk menyediakan dadih, koktel buah-buahan dan nasi himpit. Alhamdulillah, kawan-kawan lain menyediakan pelbagai juadah raya yang enak lagi  menyelerakan..Oshiikatta!..antaranya nasi minyak dengan ayam masak merah dan acar, lontong/kuah lodeh, rendang daging serta aneka kek dan puding. Memang meriah lagi berwarna-warna..memang puas makan..tapi memandangkan perut ni tak boleh nak sumbat makanan bebanyak, jadi saya makan seadanya..Alhamdulillah..apa nak makan semua dapat..hehehe

Nak tengok juadah-juadah jamuan raya kami? heheh

[II] Hadiah

Alhamdulillah, semasa Jamuan Hari Raya tersebut, saya berkesempatan berjumpa seorang sensei Bahasa Jepun yang mengajar saya di Ai Plaza, iaitu Kashi**gi Sensei. Lama jugakla tak ke kelas Bahasa Jepun nih..hehehe (sejak saya buat rawatan dan hamil, ada 7 bulan kot..huhuh). 1 Julai yang lalu (selesai saya menduduki ujian JLPT), sensei ada telefon saya, tapi saya tak perasan sebab manner mode. Dah petang, bila tengok telefon, baru nampak ada misscalled dan voicemail daripada sensei. Tapi nak telefon balik, dah petang sangat..jadi saya pun tangguhkan dulu. Tangguh punya tangguh, Sabtu lepas saya telefon sensei..(lepas 2 bulan  lebih..huhuhu). Lama juga berbual dengan sensei dan akhirnya kami berjanji untuk berjumpa semasa jamuan raya.

Sungguh saya tak menyangka yang sensei akan bagi saya hadiah..dan hadiahnya pun teramatlah bermakna buat saya yang sedang berbadan dua nih..heheh..kata sensei, barang yang beliau bagi tu mungkin belum sesuai untuk saya gunakan sekarang. Tapi mungkin 1 atau 2 bulan lagi saya akan benar-benar memerlukannya. Nak tau apa hadiah sensei pada saya?

[III] Kemas Barang Lagi

Sejak bulan 3 tahun ini saya dan suami dah mula mengemas barang-barang yang ingin kami bawa pulang ke tanahair. Walaupun kami ada 6 bulan lagi, tapi kami tak boleh berlengah sebab bukan senang nak kasi clear barang-barang yang dah bersarang 3 tahun setengah  dalam rumah ni..huhuhu..Clear tuh bukannya boleh tinggal barang sesikit ke, kene kasi kosong..zero..macam mana masa memula masuk rumah dulu, macam tu jugakla kami kene keluar nanti. Begitulah kebiasaaannya bagi semua orang yang menyewa rumah di Jepun ni, baik orang asing mahupun orang tempatan sendiri. Sebab tulah tak hairan kalau kat Jepun ni memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan mengemas dan memindahkan barang-barang daripada rumah lama ke rumah baru. Memang dorang bungkus habis, kasi clear dan bersih, kemudian siap susun lagi barang-barang tu kat rumah baru. Inilah antara perkara yang saya kagum jugak dengan Jepun ni..heheh..

Alhamdulillah semalam kami sudah let go 2 buah kabinet pakaian, karpet elektrik dan rak buku. Lupa pulak nak amik gambar barang-barang tu sebelum berkhidmat dengan tuan baru. Semoga barang-barang tersebut akan berbakti dengan baik sebagaimana masa ia berbakti dengan kami, Aminnn :)





"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment