Thursday, 30 August 2012

Genap 18 Minggu

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


Lama sungguh saya tak mengemaskini blog ni...Hampir 3 bulan blog ni terabai, malah tidak dipedulikan (saya sendiri pun tidak menjengahnya..ish ish ish)..huhuh..Entahlah, mungkin kerana tak ada perasaan..hehehe..

[I] Syawal Tiba Lagi :D

Alhamdulillah, diberi kekuatan dan kesihatan yang baik olehNya untuk meng'update' blog ini lagi. Ternyata Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang:) Harini dah masuk 12 Syawal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je nak masuk Ramadhan...huhuhu..Masa minggu pertama Ramadhan dulu, saya asyik mengira hari, 1 Ramadhan, 2 Ramadhan, 3 Ramadhan..Tapi bila masuk 10 Ramadhan je, tak terkira dah...dengan setiap lepas Subuh kami di sini bertadarus AQ dari lebih kurang pukul 4 pagi hingga 7 pagi, berdesup je rasanya masa berlari..huhuh..Jadi di kesempatan Syawal yang masih berbaki ini, saya ingin kongsikan foto-foto beraya di perantauan tahun yang ke-4..

[II] Kandungan Masuk 18 Minggu

Hari ini, genap kandungan saya 18 minggu, Alhamdulillah. Saya benar-benar bersyukur ke hadratNya kerana masih dapat merasakan nikmat menjadi ibu, walaupun bayi saya ini masih tak dapat saya sentuh dan belai. Entahlah, setiap kali memikirkan bahawa saya sedang mengandung, setiap kali itu jugalah saya merasakan ianya suatu keajaiban yang berlaku dalam hidup saya, dan setiap kali itu jugalah hati ini menangis..rasa sungguh terharu dan besar sungguh rahmat yang Dia kurniakan ke atas saya.

[III] 28 Ogos 2012, Tarikh Keramat

Selasa lepas yang bersamaan dengan  tanggal 28 Ogos merupakan tarikh yang amat bermakna buat saya dan suami. Walaupun pada awalnya ia merupakan hari yang mendebarkan, khususnya suami, namun setelah suami selesai melaluinya, ia benar-benar suatu kenangan yang teramat manis buat kami.

Apa yang berlaku sebenarnye eh? hihihi..Setelah 3 tahun setengah bertungkus-lumus, bekerja keras, berusaha, akhirnya saat-saat yang dinantikan tiba, iaitu hari untuk membentangkan hasil penyelidikan sepanjang 3 tahun. Slot suami adalah dari pukul 11:10 hingga 12:10 tengahari.





"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment