Sunday, 9 September 2012
Lagi Barang-barang Bertukar Tuan
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
[I] Hari Mengemas
Sambil bersarapan bersama suami, saya mendengar suatu perkongsian oleh Ustaz Tuan Syed Norhisyam Tuan Padang mengenai Adab-adab Bergurau dalam Islam. MashaAllah...topik yang begitu dekat di hati saya kerana saya suka bergurau...hehehe..
[II] Barang-barang yang Diagihkan kepada Teman Malaysia
Selepas Asar, kami suami isteri mula bergerak ke rumah kawan-kawan yang berminat dengan barangan rumah kami. Pertama-tamanya, saya ke rumah L*n untuk menghantar rak besi serta free gift yang saya janjikan..hehehe..Tentang free gift ini, saya mempunyai strategi yang tersendiri. Memandangkan ada beberapa teman yang boleh saya katakan saya kenali mereka, jadi saya memberikan bahan masakan dan makanan yang saya rasakan menjadi keperluan mereka. Sebagaimana Kak M*s yang saya berikan bahan-bahan membuat kek, untuk L*n, saya berikan sebungkus teh Boh yang masih belum dibuka (Alhamdulillah, stok uncang teh rumah L*n baru sahaja habis..hihihi), kimichi pedas, tepung naik sendiri, ragi/ibu roti, beras pulut, garam, serbuk cili Malaysia yang masih baru, vegetable shortening (sebab L*n ada breadmaker, jadi memang bergunalah shortening tu untuk buat roti) dan beg Guess untuk anak dara dia (tersenyum Balqis dapat beg;)). Kemudian saya singgah ke rumah N*za untuk mendapatkan segenggam dua cili kering. Walaupun dia sekeluarga tiada di rumah, namun kerana telah berjanji untuk meletakkan cili kering tersebut di dalam mesin basuh, maka saya pun meletakkan sedikit free gift yang saya janjikan ke dalam mesin basuhnya. Antaranya; serbuk koko Van Houten, tepung, sos takoyaki, kimichi pedas, ragi/ibu roti, suhun dan cuka.
Selepas itu kami singgah makan di Gasto untuk minum petang dan solat Maghrib di masjid. Selepas itu saya ke destinasi yang ketiga iaitu rumah Za*a. Memandangkan barang yang ingin diberi kali ini berat dan besar, kami melalui jalan kecil untuk terus dapat parking di halaman rumah mereka. Alhamdulillah, kepakaran memandu suami terserlah walaupun benar-benar teruji...hehehe..Kepada teman ini, kami memberikan set meja makan, set futon, selimut,baju-baju musim sejuk, rak kasut dan bekas payung. Alhamdulillah, mereka sekeluarga menerima dengan tangan terbuka. Lagi pula, rumah mereka agak besar, 3bilik dengan ruang dapur yang dipisahkan. Sesuailah untuk mereka berlima. Ditambah pula dengan halaman rumah yang luas beserta taman kecil yang mana kebanyakan orang Malaysia yang tinggal di apato memang tidak merasalah..huhuhu..Sempat juga kami berbual sambil dihidangkan dengan air koko dan biskut yang enak.
[III] Popia Goreng Pertama
Alhamdulillah, lama juga teringin buat popia sendiri. Baru hari ini berpeluang..hihihi
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment