Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
Alhamdulillah...
[I] Percubaan Kedua
Hari ini, pada pukul 11:55 pagi tadi, buat kali yang ke-2, saya masuk ke dalam bilik di mana IVF dijalankan. Kali ini, saya tidak meletakkan sebarang harapan..entahlah, bukan kerana bimbang pisang berbuah 2 kali, tetapi kerana saya tidak tahu apa hasilnya kali ini (hanya Allah Yang Tahu)..malah jika saya akan buat untuk kali yang ke-10 pun, saya tidak akan tahu hasilnya. Apa yang mampu saya lakukan adalah berusaha. Suami juga berpesan supaya saya buat biasa-biasa, bertenang dan tidak menekan diri saya sendiri. Dan saya hanya memohon kepadaNya agar Dia memberikan yang terbaik buat kami suami isteri dan seluruh anggota keluarga kami. Semoga setiap yang berlaku itu akan dapat kami telah (baca) dan telusuri hikmahnya nanti.
[II] Keberanian yang Berjaya Dizahirkan
Hari ini juga, sebelum menukar pakaian (gaun klinik), saya sempat memberi sekeping nota (sensei sebut: てがみ) melalui pembantu klinik. Saya sendiri dah lama tak menulis nota/surat dalam Bahasa Jepun kepada sensei mahupun kawan Jepun, tapi saya gagahi juga menulisnya sebelum giliran darah saya diambil (sebelum melalukan prosedur IVF). Bunyi nota tersebut lebih kurang begini:
{こんにちは、
せんせい、
きょうのFET, よろしく おねがいします。
きょうのFET, じゅうせいらんを はいるとき、”びすみらひ=Bismillah”と いっても いい ですか!ありがとう ございました。
スハノム
5・15.2012}
Begitulah serba sedikit kandungan nota yang saya tulis kepada sensei. Sebenarnya dah beberapa kali saya cuba untuk tulis nota sebegini. Maklumlah, jika saya berada di Malaysia, pasti saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan doktor wanita Islam untuk lakukan prosedur-prosedur yang melibatkan bahagian-bahagian sulit begini dan InshaAllah mereka akan mulakan apa jua dengan menyebut nama Allah (tanpa perlu saya mohon). Tapi berada di negara yang mana Islam begitu asing, saya tiada pilihan. Alhamdulillah, bersyukur sangat ke hadratNya kerana akhirnya Dia memberi saya kekuatan untuk melakukannya buat pertama kali.
Semasa di bilik IVF, sebelum sensei melakukan ultrasound (bahasa Jepun: chompa), sensei tanya, "Bismillahi tu apa?". Saya pun jawab lebih kurang, "Nama Tuhan orang Islam". Nak terang lebih-lebih, macam takde idea pulak dalam keadaan begitu..huhuh..yang penting, sensei sebut perkataan yang saya nak tuh...hehehe.. Kemudian dia kata saya pandai tulis surat dalam Bahasa Jepun... hehehe.. padahal ayat asas je tuh..huhuhu...apa-apa jelah orang Jepun..hihih..
Prosedur kali ini sedikit sukar dilakukan kerana rahim saya kurang jelas kelihatan. Sensei perlu menggunakan peralatan ultrasound untuk melihat rahim saya dengan lebih jelas dan Alhamdulillah ianya berhasil. Semasa sesi konsultansi dengan sensei pun katanya "もんだい ない”。。。Syukur...

[III] Sabar
Konsultansi seterusnya adalah pada 25 Mei, tarikh penting, khususnya buat suami. Emm... semoga suami akan mendapat hadiah yang bermakna pada hari lahirnya tahun ini, Aminnnn:)
Konsultansi seterusnya adalah pada 25 Mei, tarikh penting, khususnya buat suami. Emm... semoga suami akan mendapat hadiah yang bermakna pada hari lahirnya tahun ini, Aminnnn:)
"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"
No comments:
Post a Comment