Monday, 28 May 2012

Ada Orang Demam

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Slot Khas Radio IKIM; Fadhilat bulan Rejab

Pagi ini saya mendengar suatu slot khas di radio IKIMfm dalam talian dari pukul 10 hingga 11 pagi mengenai Fadhilat bulan Rejab.

Menurut Ustaz Mahathir Haji Jul dari UIA, ada amalan yang bila kita istiqamah, bila tak amal, rasa lain. Contoh bila beramal dengan al-mathurat. rathibul hadat: zikir..pahalanya besar sekali. Beramal biar ada sumber. biar ada fadhilat dan keberkatannya.

Hadis Puasa dalam Bulan Rejab:

Puasa itu sendiri itu suatu yg dituntut dalam Islam.
Ada hadisnya, iaitu berpuasa secara umum.
Hadis Riwayat Ibnu Majah:"Berpuasalah dalam bulan2 Haram".
Sunat puasa pada hari Isnin dan Khamis, pada hari2 putih, yang mana termasuk bulan Rejab

Dalam buku, Al-Faqir karangan ustaz tentang puasa bulab Rejab.

Uthman pernah tanya Saad al Jubair, aku dengar Saad menjawab, Nabi berpuasa sehingga tidak berbuka, terus menerus (Riwayat oleh Imam Muslim)

Syarahan Imam Nawawi kepada Imam Muslim: Tiada tegahan dalam puasa pada bulan Rejab. Tiada larangan yang tsabit dan tiada pula sunat berpuasa pada bulan itu. Disunatkan kerana kesunahan ibadat tersebut.

Ada 6 Hadis yang menyokong, boleh puasa sunat pada bulan Rejab.

Tiada tegahan utk berpuasa pada bulan Rejab, tetapi tidak juga disunatkan, bukan semata-mata kerana bulan itu, tetapi kerana kesunahan ibadah puasa itu sendiri. Tiada larangan untuk berpuasa, tetapi tidak juga menggalakkan .

Makruh puasa sepenuh-penuh bulan (pada bulan Rejab). Ditakuti kerana ia jadi wajib di kalangan orang jahil. Tetapi kalau tidak jadi sebegitu, tidak mengapa. 4 mazhab mengatakan boleh berpuasa pada bulan-bulan Haram (termasuklah Rejab). 

Makruhbpuasa sepenuh-penuh pada bulan Rejab
Boleh berpuasa sepenuh-penuh pada bulan Rejab (dalam mazhab Hambali), tetapi perlu dikembarkan dengan bulan-bulan lain. Jangan diasingkan puasa itu.

Ustaz tidak setuju puasa pada bulan Rejab bida'ah/haram.

Ibnu Umar (anak Umar), puasa sepenuh-penuh pada bulan haram.
Imam Hassan Basri, Sheikh Abu Ishaq As-Sabii, Imam Sufyan at-Tsauri, aku menyukai untuk puasa pada bulan-bulan haram. Oleh itu ulama berpuasa sungguh-sungguh dalam bulan ini.Ada yang puasa sepenuhnya, ada yang puasa sebahagian besar darinya.

Hukuman yang dilihat oleh Nabi ketika Israk Mikraj.

Ada hadis (walaupun tidak kuat), Orang tak solat, memukul kepalanya dengan batu, pecah, kemudian dipukul lagi.

Orang tak tutup aurat, dadanya (susu) disangkut dengan cangkuk.

Pemimpin tak adil, memikul bebanan yang sangat berat, dia tak larat, tapi dia tambah lagi, akhirnya tak terbawa bebanan tersebut.



Contoh tentang niat:

Ustaz lihat polis trafik bertugas semasa dalam perjalanan ke radio. Jadi ustaz terfikir, tugas mereka sungguh memberi manfaat, besarnya pahala mereka. Kalau tiada polis trafik, mungkin jalan jam dan ustaz lambat datang ke konti. orang buat kerja dunia, niat akhirat, akan dapat akhirat.

Orang berceramah agama, tapi niat nak glamour, nak kumpul pengikut, untuk dapat duit. Dalam konteks ini, dia buat kerja dunia, niat dunia, akan dapat dunia. Niat ikhlas dan buat untuk redha Allah.

Soalan: Berpuasa di awal dua hari di bulan Rejab, pahala seperti 2 tahun, betul ke?
Jika menyampaikan pada orang lain, seakan seperti ibadah/pahala 80 tahun.

Jawapan ustaz,
Jika dikaji hadis, buat amalan sikit, tapi jika pahala berganda-ganda, itu tanda-tanda hadis maudhu'.
Ustaz tak pasti ada atau tidak. Kalau sanadnya mungkin tidak betul (maudhu dan sebagainya), mungkin maknanya betul. Kalau Allah nak bagi pahala, lebih daripada itu pun boleh, kembali pada ni at kita.

Ada hadis, Jangan tinggal solat sunat sebelum Subuh sebab Nabi SAW menyebutkan, "2 rakaat fajar (Sebelum Subuh) lebih aku cintai daripada dunia dan apa yang ada dalam dunia."
Sebab itu kalau kita melaziminya, Kalau tertinggal solat sunat ini, boleh qadha' (bila kita istiqamah, tak pernah tinggal).

Doa orang yang Allah uji dengan sesuatu, makbul.
Imam Habib Ali Al-Idrus (di Batu Pahat, sudah meninggal dunia, InshaAllah wali Allah),sgt istimewa, makbul doanya. ada orang datang bawa air, berkata mereka, mohon Habib doakannya. Habib tanya, kenapa saya perlu doa? Kata orang yang datang, ya Habib, orang yang sakit itu doanya makbul.

Solat sunat Fajar, boleh mana-mana, sama ada solat sunat Fajar 2 rakaat (sebelum waktu Subuh) atau boleh juga qabliyah iaitu sebelum solat Subuh kemudian solat Subuh.

Sheikh Nurudin jawab, dalam mazhab shafie (pandangan pertama), tak boleh kerjakan solat sunat jika ada yang wajib belum diqadha. Mesti dikerjakan yang wajib dahulu. Tidak boleh, mesti kerjakan yang wajib dulu.

Sheikh Nuruddin al--Banjari dengar dari ulama yang terkemudian (pandangan kedua), membolehkan solat sunat dilakukan walaupun ada solat wajib yang tertinggal. Bergantung pada situasinya.
Ulama yang terkemudian, jika dalam waktu . Pada pukul 9:50 pagi, jika akan dibunuh 9:55 sedangkan dia belum qadha' solat Subuh dan Maghrib semalam, wajib bagi dia kerjakan yang wajib, haram kurniakan solat sunat Dhuha.

Solat Zuhur, kemudian kita solat sunat Ba'diah, kemudian solat qadha' Zuhur yang sebelum-sebelumnya, boleh juga jika ikut pandangan kedua.

Hutang Allah lebih layak untuk diqadha'kan.

Seseorang tidur lama, tak solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, kemudian dia solat Subuh esoknya..jadi yang kene qadha' dulu adalah solat Zuhur, kemudian Asar, Maghrib, Isyak.

Permasalahan ini ada disebut dalam kitab, hendaklah solat qadha' dulu, kemudian baru solat wajib,
 tapi pendapat ini ada khilafnya.

Tasbih dan tasmid pada bulan Rejab.
Israk mikraj, peperangan tabuk, pemebsasan al-bait al muqaddas, Imam Shafie lahir pada bulan Rejab. Perang Tabuk juga berlaku pada bulan Rejab.

"Risalah Amalan Bulan Rejab" - ada diupload di internet oleh anak-anak murid Ustaz. Siapa yang nak tahu amalan-amalan, detail dibuat oleh ustaz. Boleh rujuk di internet.

Syair Arab:
Putihkan buku amalan bulan Rejab yang hitam lembarannya dengan amalan yg soleh. Rejab termasuk bulan haram, tak rugi berdoa pada bulan Rejab. Cegahlah dirimu daripada kekejian dan kebimbangan, buatlah amal. Istighfar banyak2. Amalkan doa ini di pagi dan petang,"Allahuma fighfirli warhamani watub'alayya", matinya sebagai ahli syurga.

[II] Ada Orang Demam

Emmm...dah lama suami saya tak demam. Yelah, bukannya minta supaya suami demam, cuma apa yang saya lihat sepanjang kami berada di Jepun ni, Alhamdulillah, kesihatan suami sangat-sangat baik.


[III] Hujan

Alhamdulillah, harini hujan :) Adalah normal pada waktu pertukaran musim seperti sekarang, hujan turun untuk beberapa hari..macam musim hujan gitu.. Pokok-pokok yang hanya tinggal ranting semasa musim luruh dan sejuk akan kembali menghasilkan dedaunan yang baru setelah mendapat khasiat daripada air hujan yang membasahi tubuhnya. Semoga kesejukan yang melanda hampir 3 bulan ini akan segera hilang dibawa  hujan yang penuh rahmat ini..Aminnnn :)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment