Tuesday, 22 May 2012

Gerhana Matahari


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad


[I] Melihat Gerhana Matahari

Sambil bersarapan bersama suami, saya mendengar suatu perkongsian oleh Ustaz Tuan Syed Norhisyam Tuan Padang mengenai Adab-adab Bergurau dalam IslamMashaAllah...topik yang begitu dekat di hati saya kerana saya suka bergurau...hehehe..


[II] Solat Sunat Gerhana Matahari

Sebenarnya selama ni saya tidak terlalu mengambil berat tentang kejadian gerhana, baik gerhana bulan mahupun gerhana matahari. Walaupun tahu itu suatu fenomena alam yang membuktikan kekuasaan Allah, namun saya tidak pernah mensyukurinya dengan melakukan solat sunat. Alhamdulillah, ketika berada di perantauan ini, nikmat syukur semakin dalam saya rasakan dalam diri, dalam hampir segenap perkara yang berlaku dalam hidup saya.


[III] Hujan

Alhamdulillah, harini hujan :) Adalah normal pada waktu pertukaran musim seperti sekarang, hujan turun untuk beberapa hari..macam musim hujan gitu.. Pokok-pokok yang hanya tinggal ranting semasa musim luruh dan sejuk akan kembali menghasilkan dedaunan yang baru setelah mendapat khasiat daripada air hujan yang membasahi tubuhnya. Semoga kesejukan yang melanda hampir 3 bulan ini akan segera hilang dibawa  hujan yang penuh rahmat ini..Aminnnn :)


"Segala Puji bagi Allah, Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment