Sunday, 5 September 2021

Sempena Harilahir Nur Sabrina Adlyn M.Husaini

 Bismillahhirahmanirrahim...





Lama sungguh meninggalkan dan mengabaikan blog ni...bertahun-tahun lamanya setelah kembali semula menjalani rutin harian sebagai kakitangan awam hampir sepuluh tahun yang lalu. Kehidupan dengan 2 rumah yang jaraknya lebih kurang 150km antara satu sama lain amat mencabar dan memerlukan kerahan tenaga, fikiran dan masa yang tinggi. Pergantungan diletakkan sepenuhnya kepadaNya.  Sungguh! Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang💗.

Namun harini, bersempena tarikh kelahiran Nur Sabrina Adlyn M.Husaini, ada suatu energy luar biasa yang menggerakkan jari jemari ini untuk menghasilkan posting ini. Entahlah..Mungkin kerana beberapa perkara yang telah ditakdirkan olehNya. Walau pedih, namun ibrahnya harus dicari.

"Nina, Makha doakan Nina sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayahNya, dilimpahi rezeki dengan 'afiyah dan keberkatanNya. Semoga Nina dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah, kakak yang menjadi contoh pada adik-adik, bakal pekerja yang bertanggungjawab dan amanah dan paling penting, hambaNya yang bertaqwa. Makha sayang Nina dan adik-adik sampai bila-bila".

Sempena hari kelahiran Nina, Makha ingin hadiahkan sebuah klip video Allahyarham ayah yang Nina kasihi. Pemergiannya pada 17/8/2021 (Selasa, 12:05 malam) amat mengejutkan Makha sekeluarga. Tarikh ini sepatutnya Makha meraikan ulangtahun perkahwinan. Namun, segala-galanya berubah setelah menerima berita yang Mama Nina kongsikan di group Whatsapp keluarga kita.



Sukar untuk terima kenyataan bahawa dia sudah pergi meninggalkan kita semua. Inilah yang dikatakan Covid is Real! Terlalu banyak kenangan bersama yang bermain di kotak fikiran Makha. Walau dia adalah abang ipar, namun Makha telah menganggap dia seperti abang sendiri sejak Mama Nina menjadi suri hatinya. Mama Nina, wanita yang amat dia sayangi, seumur hidupnya. Dia melayan kami seperti anggota keluarganya sendiri. Walau ia telah berlalu bertahun lamanya, namun ia tetap segar di ingatan Makha sekeluarga kerana ayah Nina baik orangnya. Seorang anggota keluarga yang sentiasa ada apabila kita perlukan dia. Walaupun mungkin ada sisi kekurangan dan kelemahannya, itulah lumrah seorang manusia yang tidak sempurna. Segala kebaikan, jasa baktinya kepada keluarga besar Makha amat kami hargai dan ingati. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Pada hari ini, dipertontonkan sebuah kenangan bersama seorang anggota keluarga yang telah kembali ke rahmat Ilahi, untuk kita sama-sama terus hadiahkan bacaan ayat-ayat suci AlQuran dan sedeqah agar rohnya dicucuri rahmat..Aamiin ya Rabb👐



Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Nina!💖



No comments:

Post a Comment